Sabtu, 20 Julai 2013

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 03:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Fire Damages Orphanage In <b>Hulu Kelang</b> - Malaysian Digest

Posted: 28 Jun 2013 07:09 PM PDT

  
Saturday, 29 June 2013 10:09

HULU KELANG: Part of an orphanage in Hulu Kelang, Selangor, was destroyed by fire last night.

A spokesperson from the Selangor Fire and Rescue Department said they received a report on the incident at 9.57pm, several minutes after the fire broke out.

No injuries or fatalities were reported in the fire which was believed to have started on the top floor of the three-storey building, he said.

The cause of the fire and total losses incurred are still being investigated, he added.

The number of orphans residing in the building is yet to be ascertained at press time.

Two fire engines from the Ampang Jaya and Pandan Indah stations were deployed to the scene.

- Bernama

Meraikan Majlis Pembukaan Rangkaian Butik Bak Tailor, Ukay <b>...</b>

Posted: 18 May 2013 03:56 AM PDT

Hulu Kelang, 18 Mei 2013 – Saari telah diundang ke Majlis Pembukaan rangkaian terbaru Butik Bak Tailor yang beralamat di Ukay Boulevard, Jalan Ulu Kelang.

Saari di bawa meninjau hasil jahitan keluaran Bak

Saari di bawa meninjau melihat hasil jahitan keluaran Bak

Pelbagai barangan seperti songkok, kain pelikat, samping, butang baju melayu dan beberapa kelengkapa  lain turut dijual

Pelbagai barangan seperti songkok, kain pelikat, samping, butang baju melayu dan beberapa kelengkapan lain turut dijual

Jamuan ringan turut disediakan kepada pelanggan yang hadir pada majlis pembukaan rangkaian kedai mereka

Jamuan ringan turut disediakan kepada tetamu yang hadir pada majlis pembukaan rangkaian butik mereka

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


104 PATI Ditahan <b>Di</b> Pasar Borong <b>Selayang</b> - Tv3

Posted: 07 Jun 2013 10:58 PM PDT

Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

8 Jun 2013, 01:58pm by Syuhada Rais



Dalam satu lagi operasi  membanteras pendatang tanpa izin di Pasar Borong, Selayang, 104 orang ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Serbuan kira-kira jam 3.30 pagi tadi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa bersama 128 pegawai dan anggota Imigresen Putrajaya, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ada yang  sanggup meredah belukar bagi mengelak di tahan.

Kebanyakkan mereka adalah warga Thailand, Myanmar, Kemboja, India, Indonesia dan Nepal.

41 daripada mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Turut di kesan permit dan kad UNHCR yang dipalsukan.

Kesemua yang ditahan di bawa ke Depoh Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.


12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pesta Gol <b>Di Shah Alam</b> Akhiri Kempen Liga Super Pahang Dan <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 10:53 AM PDT

Pahang mengakhiri kempen liga super musim ini dengan noktah kemenangan  selepas  menewaskan PKNS FC 5-4 di Shah Alam.

Seawal minit ke-10, Amirulhadi Zainal memberi gol pertama buat Tok Gajah sebelum R.Gopinathan menambah pada minit ke 21.

PKNS merapatkan kedudukan selepas Patrick Ronaldo menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 namun Pahang menambah gol ketiga mereka menerusi sepakan penalti yang berjaya disudahkan Matias Conti sepuluh minit kemudian.

Bersambung babak kedua, Pahang terus berpesta jaringan dengan kali ini gol dijaringkan oleh Faizol Hussien pada minit ke-49 dan jaringan sendiri pertahan PKNS, Ally Imran selang 5 minit kemudian.

Patrick kemudian menambah gol kedua PKNS pada minit ke-70 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70. Penyerang kebangsaan Liberia itu sekali lagi meledakkan jaringan pada penghujung perlawanan.

Namun begitu, kebangkitan lewat PKNS gagal untuk mengikat Pahang sebaliknya pelawat berjaya mencatat kemenangan 5-4 untuk naik ke tangga ke-5 liga.

"Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan persembahan anak buah saya sepanjang musim ini.

"Kami tiada nama-nama besar namun berbekalkan dengan pemain yang sedia ada, kita tetap mampu memberi saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan lain" kata Dollah Salleh; ketua jurulatih Pahang.

Di kem PKNS, jurulatih Haji Abdulrahman Ibrahim turut berpuashati dengan prestasi pasukannya musim ini walaupun ianya berakhir dengan kekalahan serta sekadar menduduki tangga ke-8 liga.

"Sebenarnya, pencapaian PKNS tahun ini lebih baik berbanding dengan pencapaian yang dicatatkan tahun lepas.

"Kita akan perbaiki lagi pasukan kita selepas ini terutamanya menjelang Piala Malaysia" jelas Abdulrahman.

Mengulas mengenai sasaran di Piala Malaysia, Abdulrahman memberitahu kali ini dia berhasrat untuk membawa PKNS layak ke peringkat suku akhir sekurang-kurangnya.

"2 tahun berturut-turut kita terkandas di peringkat kumpulan jadi tahun ini saya harap kita dapat pecahkan badi tersebut dan layak ke suku akhir".

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 07:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jawatan Kosong PERODUA <b>di Balakong</b> Service Centre - Jawatan <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 08:08 AM PDT

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), established in 1993, is a joint venture company between Malaysian and Japanese partners.

Jawatan kosong Pembantu Alat Ganti

Responsibilities
Membantu Eksekutif memantau segala aktiviti keluar masuk inventori alat ganti di pusat servis
Merekod semua inventory alat ganti di pusat servis.
Melakukan kiraan stok pada pertengahan dan hujung tahun.
Menerima dan merekod penerimaan stok alat ganti daripada jabatan alat ganti dan ibu pejabat.
Membantu memastikan perkhidmatan berkualiti diberikan kepada para pelanggan.

Requirements
SPM/SPMV/STPM dan Sijil Automotif atau MLVK Tahap 1
Berpengetahuan dalam aplikasi komputer
Berorientasikan pelanggan
Mampu mengenalpasti alat ganti kenderaan
Boleh bekerja secara berkumpulan.

Tarikh tutup :23 Jun 2013

Maklumat lanjut klik sini.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jul 2013 03:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2013 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2013 03:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

N56 - Tuan AB Manap Calon Bebas - <b>Sungai Pelek</b> - People Against <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 01:13 AM PDT


Calon Bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) kelak mungkin bukan menjadi pilihan utama pengundi di Selangor kerana mereka dilihat tidak signifikan 'berperang' dengan dua parti dominan ketika ini. Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat, ini kerana trend pengundi sekarang dilihat lebih cenderung kepada parti, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).Beliau berkata, calon Bebas itu bagaimanapun boleh bertanding dalam pilihan raya, asalkan mempunyai karisma, pesona dan kriteria lain untuk menambat hati pengundi.
Laporan Sinar Harian - 2 March 2013
Dun Sg Pelek bakal menjadi medan mencuba nasib bagi seorang calon Bebas iaitu - Tuan AB Manap yang berasal dari Sg Pelek. Berumur 68 tahun dan pada PRU 12 yang lepas beliau merupakan calon Bebas yang bertanding di DUN yang sama. Apa yang menarik tentang calon BEBAS - Tuan AB Manap ini adalah, beliau merupakan penyokong Barisan Nasional. Aktivis politik ini yakin dan percaya bahwa beliau masuk bertanding bagi memastikan calon Barisan Nasional -  ( Ng Chok Sin ) tidak kalah dan tidak mahu DUN Sg Pelek jatuh ke tangan pembangkang terutamanya DAP. Temuramah BLOG People Against Opposition dengan beliau di PWTC minggu lepas memaparkan satu usaha murni lagi ikhlas dari aktivis veteran ini yang sedih melihat keadaan anak bangsa yang ditindas disebabkan politik "divide and conquer" yang direncanakan oleh Pakatan Rakyat telah menjadikan parti-parti Melayu dalam Pakatan Rakyat menjadi tidak dominan. Beliau turut menjelaskan bahwa tujuan beliau bukanlah untuk menang di DUN Sg Pelek tetapi sekadar membantu calon BN menentang calon DAP. Beliau yakin bahwa BN dapat membawa kemakmuran dan perubahan di Dun Sg Pelek serta membawa perpaduan kepada rakyat berbilang kaum. Perjuangan beliau sangat mudah dan bersahaja. 
"Jika kita benarkan Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia maka negara kita akan ditimpa malapetaka besar akibat daripada bencana yang bakal dibawa oleh falsafah kebencian yang dipelopori oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Dari sudut pandangan beliau yang telah lama menjadi aktivis politik, Tuan Manap menerangkan bahwa ; "Pakatan Rakyat bukanlah sebuah pertubuhan politik berdaftar sepertimana Barisan Nasional. Ianya merupakan satu pakatan sahaja yang bersetuju bekerjasama semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Aspirasi parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat jelas mempunyai motif politik yang berbeza. DAP memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia dan berusaha untuk menjatuhkan kuasa majoriti orang-orang Melayu. PKR jelas hanya mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala PAS masih bermimpi di siang hari dengan agenda HUDUD yang telah diganti dengan Negara Kebajikan"
Apabila di tanya soalan apa yang akan berlaku jika beliau menang sebagai ADUN Sg Pelek maka Tuan Manap menjawab sebagai pemegang amanah beliau akan memulangkan amanah kepada yang memberikan amanah tersebut kepadanya. Insya Allah. 

Jumaat, 19 Julai 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Top 10 Bazar Ramadhan <b>di Negeri Selangor</b> =) | It&#39;s Too Complicated

Posted: 14 Jul 2013 10:50 PM PDT


Assalamualaikum.

Bazar Ramadhan merupakan fenomena masa bulan puasa. Pada masa ini, semua warga Malaysia

berpusu-pusu ke bazar di waktu petang untuk membeli makanan. Untuk umat Islam memang untuk berbuka puasa, untuk orang Malaysia yang beragama lain pula untuk menjamu selera yang berbagai-bagai ini.

Khas untuk warga Selangor dan yang berdekatan,

mari kita lawati Top 10 Bazar Ramadhan ini untuk membuat pilihan yang tepat, mahu ke Bazar Ramadhan yang mana satu!

Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa,
 Jus Mango "Oshin", Kebab Cucuk dan Kambing Golek.
Mula 3 petang, boleh beli awal untuk mengelakkan 
kesesakan jalan raya dan masalah tempat letak kereta.
Ayam Golek dan Kambing Golek Grill
Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja)
 Bubur Lambuk percuma di masjid. 
Terdapat kira-kira 150 gerai.
Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.
Peluang untuk berjumpa dengan artis tempatan 
yang suka membuka gerai di sini.
Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, 
Air Kelapa dah Kuih-Muih.
Dekat stesen LRT "University".
Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.
Terletak di seberang Mini Market Giant 
di Jalan SS6/1, Kelana Jaya.
Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, 
Nasi Goreng dan Sotong Bakar.
Perniagaan bermula awal untuk menarik pelanggan 
dari semua kaum dan agama. Bagi yang tidak berpuasa 
boleh dapatkan makanan tengah hari dan minum petang di sini.
Sesuai untuk penghuni di Damansara dan Bandar Utama 
sebab bazar ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3.
Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.
Di depan Masjid Bangsar dan Food Court.
Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, 
Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala.
Jauh daripada bandar KL di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.
 Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.
Wah, sedapnya nampak makanan-makanan tu semua kan!
Selamat ke Bazar Ramadhan uolls!
Selamat berbuka puasa!

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Pelakon Arja Lee Sibuk Jaga Ibu <b>di</b> Hospital <b>Selayang</b> - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Ketika umat Islam yang lain sibuk menjalani ibadah puasa sambil menyiapkan persiapan raya, aktor Arja Lee pula sibuk turun naik ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur kerana menjaga bonda tercintanya, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit.

Malah, dia sanggup meninggalkan lokasi drama bersiri, Ramadhan Yang Hilang pada pagi Khamis lalu, setelah mendapat tahu ibunya mengadu terlalu sakit dengan tiba-tiba.

"Waktu itu, saya sedang dalam persiapan untuk shoot scene saya untuk Ramadhan Yang Hilang. Tapi scene tu tak banyak mana pun. Jadi, bila kaka saya hubungi saya memberitahu bahawa ibu mengadu sakit kuat.

"Hati saya terus rasa berderau dan resah. Cepat-cepat juga saya beritahu pengarah yang saya terpaksa tinggalkan lokasi untuk mendapatkan ibu saya dengan segera.

"Mujurlah mereka faham. Malah, setiap kali hendak buat shooting pun, mereka selalu tanya saya, apakah saya okey untuk shoot atau pun sebaliknya. Saya pula akan sentiasa update mereka dengan perkembangan ibu saya," kata Arja Lee kepada portal Murai.

Menurut Arja Lee lagi, dia bagaimanapun tidak tahu mengapa ibunya, sakit kuat pada Khamis lalu.

Tapi, tak tahulah kenapa Khamis lalu, ibu tidak-tiba mengadu sakit kuat. Sampaikan kami panggilkan ambulans untuknya dan menghantar dia ke Hospital Selayang.

"Kami hantar dia ke hospital ini pun sebab rekod sakitnya memang ada di sini dan doktor yang merawatnya pun sudah tahu akan perkembangan dirinya.

"Apapun, keadaan ibu sekarang ini dah makin kritikal kerana kanser lelangitnua sudah masuk ke tahap 4. Doktor pun kata, agak sukar untuk dia pulih dalam tahap yang begini. Kalau pulih pun, pasti akan ada komplikasi yang lain yang akan dihadapinya pada masa akan datang," katanya.

Pun begitu, Arja Lee bersyukur kerana selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, keadana ibunya kini sudah bertambah baik.

"Dia kini sudah boleh duduk dan makan serta tidak perlu lagi bergantung kepada alat pernafasan. Lega hati saya bila melihat kesihatannya kini semakin bertambah baik.

"Sebab, terus-terang, saya tak sampai hati sungguh tengok dia berada di dalam kesakitan. Bayangkan dalam usia yang begitu dia terpaksa berdepan dengan sakit yang kronik begini. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana menderitanya dia pada waktu itu.

"sekarang ini, dia masih lagi berada di hospital dan masih belum dibenarkan untuk keluar. Selain saya, kakak seta adik-beradik yang ;lain termasuk anak-anak buah sering menjaganya," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Arja Lee kini sibuk menjual Arja's Cookies yang terdiri daripada Tart Nenas Gulung, Tart Nenas bunga, Cokelat Chips, Almond London serta Hazel Nut Choc.

"Semua kuih muih ini, kakak saya yang buat dengan bantuan anak-anak buah," katanya.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


RUMAH UNTUK DISEWAKN DISEWAKAN <b>DI SIJANGKANG</b> KLANG <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2013 11:39 AM PDT

Publish date: July 14, 2013 6:39 pm
Contact Name: Nanie
Price: RM600
Region: Selangor
Location: Klang
Phone: 0174575431
Tags: , , ,

Assalamualaikum w.b.t. sy mempunyai 2 buah rumah untuk disewa kan di Sijangkang, Klang.

- Rumah semi-D yang baru, cantik.
- Persekitaran yang nyaman dan jiran2 yang mesra.
- Selesa dan luas untuk family yang telah berkeluarga.
- 3 bilik 2 bilik air (kedua-dua bilik air ada toilet)
- Kemasan tiles seluruh rumah termasuk dapur, bilik dan bilik air.
- Plaster siling dan downlight seluruh rumah.
- Sewa RM600
- Deposit 2 + 1(Sewa bulan pertama) + RM200 (Utiliti) = RM2000
- Sedia disewa pada bulan SEPTEMBER 2013

- 10 minit ke Jusco Bukit Tinggi Klang, Pusat Pemborong GM Plaza Klang, Giant, Tesco Klang.
- Berhampiran KESAS Highway, SKVE Highway.
- Berhampiran Shah Alam, Pulau Indah, Klang, teluk Panglima Garang, Jalan Kebun.
- 20 Minit to Putrajaya melalui SKVE.
- 5 minit ke jalan Jalan Besar (jalan (Jalan Klang-Banting)
- Berhampiran Sekolah, masjid, pasar, Klinik,kedai
- Pasar pagi (sabtu)
- Pasar Malam (Jumaat)
- 10 minit ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah
- Bersebelahan kaw. Perindustrian Telok Panglima Garang

Call/SMS sy tuan rumah – Nanie – 017-457-5431.

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Khamis, 18 Julai 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 06:10 PM PDT

Jawatan kosong 2013 di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Jawatan kosong 2013: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio- ekonomi di Selangor, bertujuanuntukmenggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi Negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

// ]]>

A ) Permohonan menerusi portal jobstreet.

1.Pegawai Tadbir Gred N41

Tarikh Akhir Permohonan: 2 Ogos 2013

1. Juruteknik Awam J17 – (Bilangan Kekosongan: 10 )
2. Juruteknik Seni Bina J17 – (Bilangan Kekosongan :5 )
3. Juruteknik Ukur J17 – (Bilangan Kekosongan :5 )
4. Juruteknik Landskap J17 – (Bilangan Kekosongan :10 )
5. Pembantu Pertanian G17 -(Bilangan Kekosongan : 5 )
6. Juruteknik Komputer FT17 – (Bilangan Kekosongan: 5 )

Tarikh Akhir Permohonan: 12 Julai 2013

Rujuk maklumat di bawah untuk maklumat lanjut.

Isikan 'keyword' majikan yang dicari dengan carian PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR. Hasil carian pilih majikan - PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

 Jawatan Kosong 2013

from your own site.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Selangor</b> - MyNewsHub

Posted: 26 Jun 2013 05:12 PM PDT


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 2 hingga 3 Julai ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air itu ekoran kerja-kerja penyambungan paip 600mm di Kampung Teluk Penyamun.

"Kerja-kerja ini bagi meningkatkan kapasiti bekalan air ke Kuala Selangor. Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 9 malam pada 2 Julai ini hingga pukul 5 pagi keesokannya.

"Kawasan dijangka terjejas adalah pekan Kuala Selangor; Assam Jawa; kawasan Jeram, Sungai Buloh, Jeram; Sungai Sembilang dan Sungai Janggut membabitkan 7,241 akaun pengguna," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan Priscilla menasihati pengguna di kawasan terlibat supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan tersebut.

Beliau turut meminta pengguna terlibat supaya bersabar dan menghubungi hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 jika mempunyai sebarang masalah.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Malaysia Edition

Posted: 11 Jun 2013 10:10 PM PDT

KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.

Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.

Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.

Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.

Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo

Aku Budak Telok: Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:32 AM PDT

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris
 (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
 (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?

                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal

 kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini 
terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
 tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang 
rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
 dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam
 mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat 
penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan 
orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. 
Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture,

 kata cikgu omputeh aku dulu.


Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
 yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
 Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah 
darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
 dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
 Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh
 datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan
 tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
 tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu 
untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
 pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri
 ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli
 yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah
 berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

"JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG"


Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, 

Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok 
dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang 
amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
 Kampung Telok Panglima Garang manakala
 lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh 


Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
 di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang
 terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. 
Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
 yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang
 menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri.
 Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di
 sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
 di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang
 iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'.
 Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
 ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung
 ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang
 lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka
 seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar.
 Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil
 yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah
 dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
 ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan
 yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama 
dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
 tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas
 (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang
 yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan
 menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina
 masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925,
 ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. 

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina 

menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
 Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8
 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat,
 selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru,
 Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. 
Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
 Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting.
 Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar
 terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal 
ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini 
hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
 diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British
 yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey,
 beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang
 telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan
 nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng. 

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal

 masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia.
 Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli
 yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur 
ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
 masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, 
Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
 dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).
Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
 yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom

Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
 sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah
 dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh 
Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
 Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan
 sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan
 ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, 
kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
 terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom,
 Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
 dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis
 tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu,
 rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. 
Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
 kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai
 Kampung Jenjarom.
 Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari
 Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan 
dengan sebuah papan tanda.




Coret-coret: Catatan setahun <b>di</b> SJKT <b>Jenjarom</b>

Posted: 07 Nov 2012 05:52 PM PST

Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini. 
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


LAPORAN PROGRAM BERSAMA DR DANIAL <b>DI KUALA LANGAT</b>

Posted: 02 Jul 2013 07:33 PM PDT

Kunjungan Dr Danial ke Kuala Langat pada minggu lepas, kami telah susun dengan program yang agak padat. Bermula dengan ceramah SEMARAK RAMADAN di SM Sains Banting pada 29 Jun diikuti Kuliah subuh keesokannya di Masjid At-Taqwa Banting. Alhamdulillah sambutan kuliah subuh sungguh menggalakkan dimana jemaah yang hadir seramai program Kuliah umum yang biasanya diadakan selepas maghrib.  Jemaah masjid mohon kepada kami agar membawa lagi Dr Danial pada masa depan untuk siri ceramah umum yang lebih panjang masanya. Ceramah seterusnya ialah bersama-sama pelajar Kolej matrikulasi selangor dengan kehadirannya melebihi 2000 orang yang memenuhi surau kolej berkenaan. Dalam siri ceramah Dr Danial ini, isu Palestine dan Syria turut disentuh. Kami memeriahkan program di Sekolah menegah sains Banting dan Kolej Matrikulasi Selangor ini dengan booth Pameran Palestien dan Ikram for Syria. Kami berjaya mengutip derma keseluruhan untuk kedua-dua tabung ini sebanyak RM4619.25.

ads