Sabtu, 12 Oktober 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


10 bom buatan berkuasa <b>tinggi</b> dirampas <b>di Sungai</b> Petani - Realiti <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2013 05:19 PM PDT

AHMAD (dua dari kiri) menunjukkan bom buatan sendiri yang dirampas di Sungai Petani.

Alor Setar: Polis menahan sembilan lelaki termasuk seorang pelajar berusia 14 tahun selepas menyerbu dua premis di Sungai Tukang, Sungai Petani, kerana memiliki dan memproses 10 bom buatan sendiri berkuasa tinggi yang dipercayai boleh menyebabkan sesebuah kenderaan melambung setinggi bangunan tiga tingkat jika diletupkan.

Dalam serbuan dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menyerbu sebuah rumah dan bengkel di kawasan berkenaan.

Difahamkan, pelajar lelaki terbabit kerap ponteng ke sekolah dan bekerja sambilan di bengkel berkenaan untuk memproses bom buatan sendiri sebagai punca pendapatannya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis menyerbu di lokasi pertama di sebuah rumah di Sungai Tukang dan menahan dua lelaki.

"Soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada serbuan kedua di lokasi sama sehingga tertangkapnya tujuh lelaki, termasuk pelajar itu di sebuah bengkel membuat dan memproses bom buatan sendiri.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Apabila Ombak <b>Tinggi</b> Melanda <b>Sungai</b> Qiantang (16 <b>...</b> - Blog Serius

Posted: 02 Sep 2013 09:01 PM PDT


Dayyum!

Seramai 30 orang penonton yang ingin melihat fenomena aneh "water backflow" di Sungdai Qiantang tercedera apabila ombak laut yang dilanda taufan Trami melanda dan memecahkan pagar penghadang. Fenomena back flow berlaku apabila ombak dari laut menolak air yang keluar dari kuala sungai. Penduduk setempat yang ingin melihat fenomena yang jarang dilihat ini berkumpul di tebing sungai untuk melihatnya dengan mata sendiri. Malang bagi yang hadir secara tiba-tiba ombak setinggi 6.6 meter datang dan memberikan mereka the biggest surprise wet t shirt party. Bad luck!

Laporan asal ChinaSmack

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


TRAGIS! - Detik Cemas Wanita Nak Bunuh Diri Bersama Bayinya <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 07:13 PM PDT

TAOTAUAJER - SEORANG wanita warga China mengejutkan orang ramai apabila ingin membunuh diri bersama bayinya di Hotel Sun Inns, Bukit Puchong, Selangor pada pagi 24 sept 2013.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh orang ramai apabila terlihat seorang perempuan di atas hotel tersebut.
Usaha memujuk wanita berkenaan yang dibuat oleh anggota bomba dan polis akhirnya berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.




TAOTAUAJER : Syabas anggota bomba dan polis yang bertugas….sekurang-kurangnya dua nyawa berjaya diselamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah. Kalau tak kesian baby tu tak pasal-pasal ikot mak dye bunuh diri - Koleksi Bunuh Diri

Bunuh Diri Bersama Bayinya <b>Di Puchong</b> ~ Perihal Negara

Posted: 24 Sep 2013 09:51 PM PDT

Bunuh Diri Bersama Bayinya Di Puchong | Seorang wanita warga China hari ini mengejutkan orang ramai apabila ingin membunuh diri bersama bayinya di Hotel Sun Inns, Bukit Puchong, Selangor pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh orang ramai.

Usaha memujuk wanita berkenaan yang dibuat oleh anggota bomba dan polis akhirnya berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Syabas anggota bomba dan polis yang  bertugas….sekurang-kurangnya dua nyawa berjaya diselamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah.

 

Macam-macam hal… – Gambar Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong

hSumber : jarigempaq.blogspot.com

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Bubblynotes: Tree Steak House, <b>Sg</b>. <b>Buloh</b>

Posted: 30 Sep 2013 01:11 AM PDT

Dah lunch kannn??? Tak apa kan??? Cerita pasal makan pula kali ni... ^_^... Yeshhhh!!! Akhirnya, akhirnya, akhirnya, mak buyung dapat juga makan di Tree Steak House setelah sekian lama mengidam... Dan di Tree Steak House ni adalah merupakan tempat makan "western favourite" Cik Puan Bubbly sedari tahun 2006 lagi. Memang setiap kali kalau keinginan tekak tu datang, di sinilah persinggahan Cik Puan Bubbly dan "family" ataupun dengan kawan2... 
Kira2 macam dah lama juga tak jejak sini walaupun agak selalu juga lalu di sini bila pergi ke Bandar Baru Sg. Buloh...^_^... sebabnya bila lalu ada masanya hari tu tutup... ada masanya hari tu ada urusan lain nak kena diuruskan jadi memanjang tak sempat jer lah... 
Tree Steak House ni adalah salah satu restoran "western" yang terbaik pada tekak Cik Puan Bubbly dan juga pada tekak ramai orang kot??? Sebab, Tree Steak House adalah salah satu restoran yang popular di sekitar Sg. Buloh dan juga rasanya bagi penduduk di kawasan Lembah Klang... Kalau tak, tak adalah keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan kan??? Entah bila keluarnya yang tu akak tak pasti... he he he... tau pun restoran ni keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan bila nak membayar di kaunter masa hari tu... 
Kami pergi malam minggu hari tu... dan bila sampai macam biasa "fullhouse"!!! Tak ada "seat"... Jadi, kami menunggulah sekejap...tapi rezeki ibu mengandung gamaknya, penantian tu tak adalah lama sangat...Agaknya kesian "owner" restoran tengok mak buyung berdiri lama... "plus2" muka "wanted" kannn??? Dah kenal...wakakaka.... Alhamdulillah ada rezeki junior... Dan pada malam tu, menu kami adalah... Chendana Chicken Chop... 
Hamik ko, mengidam punya pasal, licin kot pinggan tu... cumanya macam biasa... suami tukang habiskan tomato dan sedikit coleslaw yang berbaki... hu hu hu... "part2" sayur ni memang akak slow sikit...memang sejak azali macam tu...
Sedikit tentang Tree Steak House... Tree Steak House terletak di Kampung Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor. Restoran ini telah beroperasi sejak dari tahun 2003 dan berada di jalan utama ke Kuala Selangor. (Jalan menuju ke rumah akak "uols"), berhampiran dengan kawasan pasar malam Paya Jaras. Chef mereka adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam masakan "western" selama lebih dari 10 tahun.
Dari segi harga??? "Trust me!!!" memang berbaloi dan masih di dalam bajet kemampuan...walaupun mungkin ada antara menu2 tu yang mahal, tapi "uols" takkan menyesal punyalah... Sekali makan mesti nak lagi... ahakss... (beria "promote" walhal bukan dibayar pun....wakakaka...ikhlas la...sebab memang sedap... tempat makan sedap mestilah kongsi kan???"
Siapa2 yang dah pernah makan dan juga "regular customer" macam akak mesti setuju dengan pendapat ni... "but then to those" yang masih belum pernah mencuba...kalau nak rasa dan cuba "uols" bolehlah cuba... Yang uniknya, nama2 menu ikut nama pokok...dah nama pun Tree Steak House kannn??? Sebagai panduan "uols" yang masih belum pernah ke Tree Steak House....
Waktu Perniagaan:
6.00 petang sehingga 12.00 malam setiap hari
Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor
016-343 6550 (Sham Shaharir)
016-269 0656 (Efiyanti Jaarif)
Bon Appetite!!! ^_^... Yummylicious!!!

Gambar DJ Nasa Kemalangan <b>Di Sungai Buloh</b> - Pacuan Empat <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:16 PM PDT


Seorang DJ radio Astro, Nasaruddin Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai DJ Nasa telah mengalami kemalangan jalan raya apabila kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandunya melanggar seekor lembu di Desa Coalfield, Sungai Buloh pagi pada Khamis.

Menurut Nasa, 48, kejadian tersebut berlaku kira-kira 5 pagi semalam tadi ketika dia dalam perjalanan untuk menghantar anak-anaknya yang bersekolah di Kampung Baru.

"Keadaan pada masa itu sangat gelap sehingga saya tidak menyedari saya telah melanggar seekor lembu yang muncul secara tiba-tiba sehingga menyebabkan ia tercampak di tepi lalu mati.


"Apapun saya bersyukur kerana saya dan ketiga-tiga orang anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar Nasa dipetik dari laman mStar.

Nasa sempat menceritakan kisah lucu dan pelik yang dialaminya sewaktu berada di tempat kejadian.

"Apa yang menghairankan saya, sejurus selepas kemalangan, penduduk di kawasan tersebut bergegas ke kawasan kemalangan dengan lampu suluh untuk melihat apa yang berlaku. 

Mereka bukan berkerumun untuk melihat keadaan saya tapi mereka lebih prihatin kepada lembu tersebut yang telah mati, agaknya salah seorang daripada mereka adalah pemilik lembu berkenaan.

"Saya ingin menasihatkan kepada semua penternak mahupun penggembala lembu agar lebih bertanggungjawab dan tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di jalan raya kerana perkara sedemikian boleh meragut nyawa pengguna jalan raya," pesan Nasa - Yahoo News Malaysia & Ping Merah blog

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Adun <b>Tanjung Sepat</b> nyaris maut dalam kejadian runtuhan <b>di</b> jeti <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 05:33 PM PDT

Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terbabit.

"Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam ke bawah jeti.

"Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk," katanya lapor media.

Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.

"Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini," katanya.

adun <b>tanjung sepat</b>, sepang, selangor, nyaris maut - Omak Kau!!!!

Posted: 25 Jun 2013 06:41 PM PDT

TANJUNG SEPAT - Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terbabit.

"Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam  ke bawah jeti.

"Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk," katanya semalam.

Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.

"Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini," katanya.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Mayat wanita kepala berlubang ditemui <b>di Kapar</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 04 Sep 2013 06:04 AM PDT

- Wednesday: 2013-09-04 21:04:55'.

jenayah5

KLANG – Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan memakai baju tidur itu ditemui dalam keadaan terlentang.

"Polis percaya mangsa mungkin rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada bahu kirinya. Bagaimanapun siasatan masih dilakukan untuk mengetahui identitinya," katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Shukur berkata, siasatan pihaknya juga percaya mangsa mati antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal dan bau mayat.

Tambah beliau, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya.

Ibu Ayah Khalis Damia dan Kasih Dania: Sekitar Syawal <b>di Kapar</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:30 PM PDT

Sabtu, sebelah ayah kakak nak datang. Ayah suh masak nasik jek, buat gulai ketam, goreng sayur, budu, telur masin, ulam petai dan jering, ayam goreng....Makdik sekorga ngan Paklong jek pun datang....tapi boleh tahan gak ramai tuh..he.he... Ibu nih wat keje maklum jek la, sopan santun bagai @ lembab kene le awal2 prepare. bukan ape yang teruk sikit tuh, pinggan mangkuk  bagai sume dlm stor sebab kitorang  2-3 beranak nih jek, keluarkan pinggan setakat yang nak guna jek la. Habis tu, dari pagi le ibu sibuk, ke pasar reramai ngan kakak, kasih dan ayah. sampai umah, punggah stor pulak carik pinggan,  basuh bagai, susun sesiap. Ayah pulak lepas ke pasar terus ke umah lame kitorang kat sri kayan batu tiga tuh pasai nak uruskan moto pakdik yang ayah parking kat situ sekian lame nye, nasib baik tak hilang. Ibu kelam kabut sikit pasai plan nye, petang tuh nak pi school kakak buat rumah terbuka raya.....nak mengejor itu le yg ibu lagi rase panik. Balik takut tah dah kul bape. Ketam yang kitorang beli hidup2 tu, sempat jugak ibu suh ayah "bunuh" dulu sebab ibu nak masak sesiap sebelum ke jamuan raya tuh. Ibu buat jugak puding karamel untuk pembasuh mulut. Kelam kabut betul. Dlm kul 3 camtu dah siap semua, ayam ibu akan goreng mlm, sayur pun....gulai jek masak dulu.

Sekali ayah sampai dalam kul 4 camtu, bawak sepupu kakak, Kak Umairah ngan Alhamrah... Dah camno nak pi jamuan raya, sebab budak berdua tuh tak bawah pulak baju kurung ke apa. Diorang pun pakai track suit jek.....pujuk le kakak, dah ada kawan tuh...pi la mandi kolam ke apa ke.....(Kolam untuk bebudak tuh, takat 3-4 orang boleh le mandi kat depan umah tu). Dengar leh mandi jek, plus dah ada kawan...sonok le kakak. "takpe la ibu, walaupun kakak dah janji nak tunjuk gigi adik kat kwn2 kat school, tapi lain kali le kite pergi ibu"....kakak nih ingat school dia nak ke buat jamuan raya tuh 2 -3 kali..iskkkk ok kan jek la.

Dapat la ibu pun bernafas kejap.....dah tak jadi keluar, boleh releks sikit. Layan gambar le pulak...


Sebarkan Semangat Ramadan Bersama Coca Cola-HotFM <b>di Kapar</b>

Posted: 30 Jul 2013 02:32 AM PDT

Salam..

Last week sebagai warga Kapar, ayahlisa sempat bersama2 penduduk setempat beratur mendapatkan juadah berbuka dari Coca Cola-HotFM..
alhamdulillah rezeki bulan puasa..
saje nak share mangkuk tingkat Coca Cola yang cantik tu..

Terima kasih kepada Abang Zarul yang ingat kat semua penduduk setempat untuk sama2 menyebarkan semangat ramadan dengan pembahagian juadah berbuka ni..
murah rezeki dia..Insha Allah..




satu lagi lauk coca cola-hotFM bagi pajeri nenas..
best sangat lauk dia..
and also tak lupa air coke 1.5 liter..
mamilisa memang tak pernah makan pajeri nenas sejak makan yang tak sedap time skolah asrama dulu..
la ni bila rase balik..nyums sedapnye..hehe..
manela catering yang buat ni..hehe..

okay u olls..tu je..
i olss nak balik masak plak ni..
Selamat Berbuka :)

12 di klang - Google Blog Search

di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Tribunal Rakyat: Ahli Parlimen DAP dedah penipuan undi <b>di Klang</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 09:22 PM PDT

charles santiagoSUBANG JAYA, 19 SEPTEMBER: Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago mendedahkan terdapat sebanyak 3,457 nama pemilih berdaftar yang 'dipindahkan' daripada daftar pemilih kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu.

Beliau mendedahkan penipuan itu pada Tribunal Rakyat yang ditubuhkan untuk mengenal pasti penyelewengan dan kesalahan yang berlaku sebelum dan ketika proses PRU-13.

"Daripada jumlah itu, 2,195 dipercayai dipindahkan dari kawasan Parlimen Klang manakala 1,000 lagi ke kawasan sekitar Selangor dan selebihnya ada yang dipindahkan ke negeri lain termasuk ke Sabah dan Sarawak.

"Kira-kira 500 pengundi yang mengundi di Klang pada pilihan raya umum sebelum ini dipindahkan daripada kawasan itu. Ini dianggap sebagai latihan persempadanan yang perlu diluluskan Parlimen pertama tetapi ia tidak pernah berlaku," katanya.

Menurut Santiago, nama rakyat Malaysia di luar negara juga terdapat dalam senarai daftar pemilih kali ini walaupun mereka telah tinggal bertahun-tahun lamanya di luar negara.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor mengakui mereka sedar bahawa seorang Pembantu Pendaftar UMNO dengan nama Hishammuddin Kassim telah mendaftar ramai pengundi yang meragukan tetapi tidak ada tindakan yang diambil untuk membetulkan keadaan.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor turut menyatakan terdapat 60 pengundi didaftarkan di bawah satu alamat dan telah memaklumkan kepada SPR mengenai perkara ini, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Apa yang lebih mendukacitakan, dalam satu alamat rumah yang kami temui di Klang iaitu di Jalan Papan sekitar Pandamaran mempunyai 60 pemilih tinggal di alamat rumah yang sama dan pemilik rumah itu juga tidak mengetahui mengenai perkara itu

"Saya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai penipuan dalam daftar pemilih yang mana 60 pengundi didaftarkan di bawah satu alamat, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu kerana kononnya undang-undang tidak membenarkan perubahan daftar pemilih," ujarnya.

Beliau turut menyatakan terdapat pegawai memakai jaket polis mengiringi dua rakyat asing di sebuah pusat pengundian Klang ketika hari mengundi.

"Pegawai polis terbabit mengiringi dua lelaki warga Indonesia dari Sekolah Teknik Klang.

"Pada hari yang sama, warga Klang menghentikan sebuah bas di Pandamaran, tetapi polis campur tangan dan iring bas itu ke sebuah balai polis di Klang.

"Kami telah mengambil gambar 18 orang yang berada dalam bas itu dan tidak syak lagi bas itu digunakan untuk mengangkut pengundi hantu di mana seorang daripada mereka (pekerja asing) mempunyai dakwat pada jari telunjuk," tegasnya.

Charles Santiago merupakan saksi pertama dalam Tribunal Rakyat inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang berlangsung mulai semalam sehingga 22 September ini di Empire Hotel, Subang Jaya.

Panel tribunal terdiri daripada pakar undang-undang, Profesor Yash Pal Ghai, mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti, bekas Pegawai Diplomatik Kementerian Luar Negeri, Datuk Azzat Kamaluddin, bekas Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Reverend Dr Herman Shastri.

Manakala, Pengarah Pusat Kecemerlangan untuk Undang-undang Biodiversiti, Universiti Malaya, Profesor Gurdial Singh Nijar bertindak sebagai ketua pasukan guaman tribunal. -Roketkini.com

Lelaki Dicari Susulan Kes Serang <b>Di Klang</b> - MyNewsHub

Posted: 05 Aug 2013 04:42 PM PDT


Pihak polis juga sedang mencari seorang lelaki bernama Vengadasalam a/l Palaniandy @ Venggudu, No.KP: 771007-10-5135 beralamat di No. 16, Lintang Nau, Pelabuhan Klang, Klang Selangor.

Vengadasalam dikehenaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan di Jalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang pada 25 April 2013 di mana mangsa telah diserang oleh tiga lelaki India semasa meraikan Hari Cithara Pournami. Akibat pergaduhan tersebut, mangsa mengalami cedera parah.

Mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkenaan saksi ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp. Mohd Zain Patitong di talian 019-6697394 (Ibu Pejabat Polis Daerah Klang) atau mana-mana balai berdekatan.

Sumber: Facebook PDRM

Lelaki Dicari Susulan Kes Serang Di Klanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Suspek-1.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Suspek-1-150x150.pngMyNewsHub Terkini

Pihak polis juga sedang mencari seorang lelaki bernama Vengadasalam a/l Palaniandy @ Venggudu, No.KP: 771007-10-5135 beralamat di No. 16, Lintang Nau, Pelabuhan Klang, Klang Selangor. Vengadasalam dikehenaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan di Jalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang pada 25 April 2013 di mana mangsa telah diserang oleh...

Pihak polis juga sedang mencari seorang lelaki bernama Vengadasalam a/l Palaniandy @ Venggudu, No.KP: 771007-10-5135 beralamat di No. 16, Lintang Nau, Pelabuhan Klang, Klang Selangor. Vengadasalam dikehenaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan di Jalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang pada 25 April 2013 di mana mangsa telah diserang oleh tiga lelaki India semasa meraikan Hari Cithara Pournami. Akibat pergaduhan tersebut, mangsa mengalami cedera parah. Mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkenaan saksi ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp. Mohd Zain Patitong di talian 019-6697394 (Ibu Pejabat Polis Daerah Klang) atau mana-mana balai berdekatan. Sumber: <strong>Facebook PDRM</strong>