Ahad, 13 Oktober 2013

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Kuat Merayau: Puasa Kali Pertama <b>di Padang Jawa</b>

Posted: 17 Jul 2013 04:06 PM PDT

Hai! Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama berpuasa di Padang Jawa. Yup! Rumah sewa kat Padang Jawa, Selangor. Meriah sungguh kat sini. Lalu dekat jalan utamanya (jalan mati) meriah macam masuk bazar naik kenderaan sendiri. Boleh beli ala drive thru tau. Haha. Seronok!

Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan serumah yang sungguh rajin masak sahur. Kadang-kadang je beli. Ikhlas daripada HY yang tak reti masak. Apa yang boleh bantu, tolong bawak 'rice cooker' jela dari rumah. Pinjam dengan mama. Macam-macam menu yang dimasak tau. Antaranya tomyam, telur sambal, telur goreng, sardin, spagheti dan lain-lain. Masakan mudah? Lelaki bujang kalau nak bangun sahur pun kira eksklusif ya. Haha. Thank you, guys!

Semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini!

“Kampung Seni” <b>Padang Jawa</b> jadi ikon usaha murni anak muda <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2013 09:33 PM PDT

"PADA mulanya masyarakat kampung agak janggal dengan cadangan saya…" – Aisyah Baharuddin, Artis

TEMBOK kelabu yang kusam, comot dan berdebu sudah hilang. Dinding pagar yang warnanya luntur, sudah pun berubah wajah. Pemandangan menyakitkan mata dengan lambakan tempelan poster ubat kuat, urut batin, pinjaman wang yang terpamer sepanjang tembok jejantas dan laluan jalan atas sudah ghaib. Semuanya digantikan dengan karya lukisan mural dan grafiti oleh artis, anak-anak muda dan kanak-kanak sekitar yang peduli pada lingkungan mereka.

Dua kampung yang menjadi titik temu sempadan bandaraya Shah Alam dan Klang telah menjadi saksi bangkitnya sebuah gerakan seni untuk masyarakat. Kampung Padang Jawa dan Kampung Karuppiah (kejiranan Padang Jawa) melakar sejarahnya tersendiri.

Anak muda peduli pada lingkungan

Gerakan seni ini dipelopori oleh sebuah komuniti seni yang dinamakan T.I.G.A bermaksud Tindakan Gerak Asuh. Ia diasaskan oleh Aisyah Baharuddin, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada UiTM bersama dua lagi teman iaitu Mohamad Idham Ismail, graduan Unisel yang menamatkan pengajian dalam jurusan Senireka Grafik dan Farhana Mohd Tajali juga graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus UiTM.

Aisyah merupakan tunjang utama T.I.G.A  berpengalaman luas dalam bidang seni lukis, mural, seni persembahan dan hampir 15 tahun menceburkan diri sepenuh masa dalam aktiviti seni malah beliau acap kali menyertai pameran lukisan yang diadakan di seluruh negara.

Hingga setakat ini, komuniti T.I.G.A yang beroperasi di Pusat Sekitar Seni, Kampung Karuppiah berjaya memimpin kanak-kanak dan remaja kejiranan ini untuk turut serta meraikan kepelbagaian seni dan menambah kemahiran mereka dalam bidang seni lukis. Hujung minggu bagi anak-anak ini tidak lagi menjadi satu hujung minggu yang membosankan dengan tayangan Sponge Bob yang diulang-ulang.

"Kampung seni pertama di Selangor"

Siapa sangka, kejiranan Padang Jawa mencatat sejarah pada 23 Mac 2013 lalu apabila sebahagian besar dinding tembok dan pagar rumah laluan utama dilakar dengan pelbagai bentuk lukisan mural dan grafiti berwarna-warni membawa mesej sivik mengangkat tema alam sekitar dalam Festival Seni Jalanan Padang Jawa atau lebih dikenali sebagai Padang Jawa Street Art Festival 2013 (PJSAF).

Tema alam sekitar dengan mempromosikan aktiviti kitar semula dan menjaga kebersihan amat bersesuaian dengan implementasi dasar hijau Kerajaan Negeri Selangor mahu pun Kerajaan Persekutuan. Atas usaha gigih komuniti ini, kini kejiranan Padang Jawa sudah digelar orang sebagai "Kampung Seni".

Menurut Pengarah PJSAF, Aisyah Baharuddin, festival sebegini merupakan julung-julung kali diadakan dalam kejiranannya itu dan beliau tidak menolak kemungkinan ianya adalah yang pertama kali dianjurkan di Selangor.

"Idea untuk menjalankan festival ini timbul apabila melihat kepada persekitaran kampung dan berasa 'sakit' dengan pemandangan tembok yang banyak ditampal dengan 'iklan haram'.

"Saya fikir, dengan kemahiran yang ada bersama teman yang lain, mungkin kami boleh lakukan sesuatu untuk kampung dan masyarakat di sini," ujar Aishah ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai sumber kewangan dan peralatan, pengasas T.I.G.A itu berkata mereka mendapat tajaan dari syarikat swasta, Nippon Paint (M) Sdn Bhd dan kerajaan melalui Dana Belia 1Malaysia.

PJSAF turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Jawa, Balai Seni Visual Negara (BSVN), Komuniti Buku Jalanan, Media Legal dari Jakarta, gabungan artis tempatan seperti Escape, Medea Project, dan beberapa individu artis yang lain.

Langit petang yang suram dengan hiruk-pikuk kenderaan pulang dari kerja di tempat lain tidak lagi sama dengan kejiranan Padang Jawa. Di balik deruan enjin kenderaan, waktu petang di sini menjanjikan pemandangan yang berbeza.

Atas usaha gigih T.I.G.A yang mendapat kerjasama baik penduduk kampung, JKKK dan kelab belia sekitar, kini, kejiranan Padang Jawa bertukar wajah dan boleh diangkat sebagai sebuah destinasi pelancongan. Sebuah 'perkampungan seni' buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Selangor.

Mengukuh perpaduan kaum melalui aktiviti melukis

Kedudukan kawasan kampung yang terletak di antara dua bandar ini menjadikan ianya satu kawasan campuran pelbagai kaum dengan penempatan komuniti Melayu, India dan Cina.

Bagi Aisyah, selain mendidik masyarakat mengenai peri-pentingnya menjaga kebersihan dan persekitaran, PJSAF yang berlangsung selama tujuh hari itu telah merapatkan lagi hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di sini.

"Kami menerima sokongan penduduk kampung dan ketika festival ini berlangsung, kami dapat lihat bagaimana masyarakat sekitar terutama remaja dan kanak-kanak berlainan kaum dapat berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama.

"Biasanya, aktiviti majmuk sebegini cuma dapat dilakukan di sekolah atau padang bola sahaja," ujar Aisyah.

Beliau berpendapat, usaha untuk memasyarakatkan seni ini harus terus mendapat sokongan penduduk, masyarakat sivik atau kerajaan dalam menjamin satu kerangka untuk mendidik masyarakat melalui seni sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Meluaskan aktiviti komuniti untuk masyarakat

Walaupun PJSAF telah berlalu, T.I.G.A masih giat meneruskan aktiviti kesenian mereka dengan memperbanyakkan lagi lukisan mural dan grafiti dengan pembabitan remaja dan anak-anak muda setempat.

"Selain melukis, kita juga membuat kelas membaca secara percuma untuk kanak-kanak yang dijalankan di pusat komuniti kami di sini (Pusat Sekitar Seni) hampir setiap hujung minggu," jelas Aisyah.

Katanya, T.I.G.A turut merancang memperluaskan lagi aktiviti mereka seperti penganjuran bengkel percuma seperti bengkel penulisan, lukisan, asas fotografi dan sebagainya.

"Pusat Sekitar Seni ini mempunyai ruang yang selesa dan cukup untuk menjalankan aktiviti dalaman dan kita berharap masyarakat kampung terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak mendapat manfaat," kata beliau.

Bagi seluruh penduduk di Shah Alam mahu pun di seluruh negara, usaha komuniti ini dalam memasyarakatkan seni perlu menjadi perhatian dan diberi sokongan samada dalam bentuk peralatan atau kewangan.

Di akhir perbualan kami, Aisyah menegaskan bahawa hasil karya seni tidak hanya eksklusif di galeri yang jauh daripada masyarakat. Seni juga harus memasyarakat dan dimasyarakatkan.

"Seni perlu memberi sumbangan dalam membentuk sebuah persekitaran kejiranan yang ideal dan kukuh," katanya.

T.I.G.A boleh dicapai dalam talian di [email protected] atau melalui www.facebook.com/streetartfest2013pdgjawa atau terus hubungi 013-6613243 (Aisyah Baharuddin)

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Syazwani Mazlan Official Blog: Santai petang <b>di</b> Pantai <b>Morib</b>

Posted: 29 Sep 2013 04:03 AM PDT

Assalammualaikum...
Sebenarnya dah lama tak jumpa kawan aku yang seorang ni (izzati), sebab dia dah kahwin, so ikut suami dia di Kelantan. Alang-alang dah ada kat sini, aku pun ajaklah jumpa walaupun sekejap je kan...  kitaorang plan nak pergi Pantai Morib dan Bukit Jugra di Banting. Tapi apakan daya kuuuu, terpaksa tunda masa sekejap. Uwaaa. Dekat petang jugaklah baru nak pergi.. dengan jammed nya lagi... Pukul 5 gerak dari rumah Izzati my BFF masa sekolah menengah dulu tp still la aku anggap dia BFF aku lagi. hikhokhik.  Kitaorang tak dapatlah nak singgah Bukit Jugra walaupun aku nampak je signboard Bukit Jugra tengah jejoget tepi jalan. wakakakak.
Gambar kiri bawah, Dila , Izzati & aku

Jangan tak sangka uols, dulu Pantai Morib ni sunyi sepi je. Sekarang dah macam PD dah. muahahaha. Banyak jugaklah perubahan yang ado dekat sini. Jualan mcm-mcm, of coz la budak-budak kecil yang suka membelikan. jejaga.. hahahaha. Yang paling aku tak sangka, rupanya sini boleh mandi yek.. bukan pantai morib ni tak boleh mandi ke? sebab laut berlumpur?? setahu aku la... Tapi memang aku nampak lah ada orang mandi di pantai ni. Kalau nak mandi, kena pergi sebelah kanan Morib. Kalau nampak orang tengah mandi, ha, situlah port sesuai sebab boleh pijak pasir. kikiki.


Banyak jugakla perubahan kat sini.. ada taman permainan, info , main layang-layang pun best kat sini. kedai makan pun banyak. Cerita pasal kedai makan, ada satu kedai ni memang jual kerang je. Janganlah beli kerang situ. Memang tak best. Kerang tak fresh, busuk. Sampai lalat-lalat datang. Harga pun tak berbaloi dengan persekitaran yang dekat dengan pantai ni. Harga sepinggan RM5, tapi kerangnya macam harga RM3 je... :(




Nak ke Morib ni, ambil masa sejam je dari Klang ke sini. Kalau nak pergi PD ikut jalan lama ni pun boleh... Tapi jauh sikit la... P/S: Semoga persahabatan kitaorang berkekalan sepanjang hayat. Walaupun akan datang dah ada yang kahwin ke, still boleh keluar sesama. InsyaAllah. Amin..

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


myfamily: Kedai Kecil <b>di Bangi</b> Gateway

Posted: 17 Sep 2013 07:55 AM PDT

Shopping kompleks Bangi Gateway....di sebelah kiri Stadium
Seksyen 15 BBBangi berhampiran roundabout Tol BBBangi
hampir siap dibina.....Arked Fashionista sudahpun memulakan
perniagaannya di sini...perasmianya pada Ahad 15 Sept 2013
mama nekad sungguh menyewa satu kedai kecil di sini
di no A19....mama dan ayah melabur sebagai platform
untuk anak2 mencebur diri dalam perniagaan...
meramaikan jumlah golongan peniaga Muslim...InsyaaAllah....
Ni keadaannya sebelum barang2 dibawa masuk....
Lot kedai kecil berukuran 12 x 10 kaki.....
perlu bantuan ayah untuk renovation kecil.....
dan bantuan anak2 untuk mengangkut pakaian.....
Alhamdulillah akhirnya pada hari pertama....
Terimakasih kepada kawan2 dari Grup Usrah 
Ustazah Busra yg datang berkunjung .......
Penulis novel Dina Najat @ Jie pun datang...siap
membeli sehelai baju....terimakasih...

Rupanya jiran sebelah kedai kecil mama ni
jiran makcik Jie.....Alhamdulillah bertambah kawan...
Lailatul Hani  H & H Muslimah.....

Za...Hus...Na....gabungan nama Zaharah, Nazhiratul
Husna  dan Nabihah Raihanah .....
Beli banyak dapat diskaun lagi......
Koleksi Haji dan Umrah... ada warna coklat, Grey, hitam dan putih..
.sangat selesa dipakai pada bila2 masa.....

Koleksi kanak2 dan untuk suami isteri.....

Koleksi Hilyah dan Aqeela terkini....
Sempena pembukaan kedai kecil ni kami nak bagi 
diskaun terbest kpd pengunjung yang sudi datang....
Koleksi terpilih diskaun 30%....
 Koleksi minijubah dan jubah Aqeela pun ada

Tudung labuh pun ada dijual di sini cuma tak boleh display
sebab mama pilih untuk display Tshirt Muslimah....


Sambil menanti pelanggan walk-in mama
melayan dan mencatat order secara on-line juga...
http://tudungannur-zatajul.blogspot.com/

"Pembantu kedai 2 hari" sedang berehat.....
mujurlah Arsyad cuti panjang.....kerja lebih masa 
tolong mengangkut baju2 yang banyak nihh... 
Alhamdulillah Arsyad ni yang rajin tolong mama....
tak banyak merungut....mama belanja Nasi goreng Sate
Secret recepi.....dan popcorn...dan Gula2 Kapas...
dan Asam Boii...dan susu Coklat...dan.....dan...alahaii...

Pengunjung sedang dihiburkan oleh Ainan Tasneem
penuh sesak...tak nampak kelibat mana rupa orangnya
dengar dari jauh jer dia nyanyi.....owwwhhhh budak yg 

Ramai yang datang kerana nak melihat Irma Syahmie... 
pengacara TV AlHijrah...yg datang bersama ibu 
dan anaknya..juga suaminya...owhh suaminya jadi duta
pakaian lelaki brand AlFitra......ada kedai di sini

Pertandingan untuk kanak2....Sciences explore
Ada juga pertandingan azan dan persembahan marhaban
ehh macam makcik Balkisy jer tu kan.....

Ramai pengunjung yang datang.....ada yg datang 
dari Kuantan...sebab ziarah anak di UKM....
YaAllah semoga perniagaan ini dapat memberi menafaat
kepada muslimah yang sedang mencari busana mengikut
syariat......permudahkanlah urusan kami...


12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Kampung Kemboja <b>Di Paya Jaras</b>, Pahang? - titian perjalanan ini <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:30 AM PDT

Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja. 
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain. 
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut. 

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


2 Gambar tiga lagi perompak berjaya ditembak mati oleh polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 11:24 PM PDT

IPOH – Polis menembak mati tiga penjenayah yang baru merompak sebuah kedai emas dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Meru Raya, dekat Jelapang, sebentar tadi. Kejadian berlaku kira kira jam 11.15 pagi ini.

Seorang lagi suspek cedera parah namun berjaya melarikan diri. Gerakan memburu suspek yang bersenjatakan pistol itu sedang giat dijalankan.

#Tahniah PDRM!

ARTIKEL BERKAITAN:

Video Terkini! Rompakan <b>di Meru</b> Raya: Polis menembak mati 3 <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 06:35 AM PDT

Khamis, 10 Oktober 2013
Tiga perompak kedai emas mati ditembak

tembak di bandar meru jaya2

Laporan Kes Tembak Di Bandar Meru Raya Ipoh 10 Oktober 2013
Tiga perompak ditembak mati dihadapan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya setelah cubaan mereka melarikan diri setelah merompak sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya. Manakala seorang penjenayah berjaya meloloskan diri dari Proton Waja yang digunakan untuk merompak manakala tiga yang lain mati ditempat kejadian. Polis sedang giat memburu seorang lagi penjenayah yang terbabit. Difahamkan penjenayah tersebut merompak sebuah kedai emas di hadapan Mydin jelapang kira-kira pukul 10.40 pagi tadi sebelum berjaya ditembak 2 kilometer daripada kedai yang dirompak.
Published Thursday, October 10, 2013 By Melvister

Insiden Tembak di Meru Raya: Polis Buru Suspek Yang Bolos
Polis menembak mati tiga penjenayah yang cuba melarikan barang kemas RM 1.8 juta hasil rompakan kedai emas di Meru Raya, Jelapang pagi tadi.

Ketua Polis Perak , Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun berkata, seorang lagi perompak dapat meloloskan diri ke hutan berhampiran

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi apabila empat suspek berkenaan merompak sebuah kedai emas berhampiran Mydin mengunakan sepucuk pistol dan dua tukul besi.

Katanya, suspek mengambil barang kemas bernilai RM1.8 juta dan melarikan diri mengunakan kenderaan jenis Proton Waja berwarna perak sebelum bertembung dengan anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan bulatan Meru Raya.

"Selepas bertembung, suspek memecut laju ke arah Simpang 3 berdekatan sehingga terbabas merempuh penghadang jalan.

Sejurus kemudian seorang lelaki India keluar daripada kenderaan terbabit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Acryl Sani berkata,  polis terpaksa membalas tembakan dan berjaya menumpaskan tiga daripada mereka tempat kejadian manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke hutan berhampiran.

Pihak polis bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi terdapat beberapa kesan tembakan pada kenderaan mereka.

Hasil siasatan awal, polis berjaya merampas sepucuk pistol jenis 7.62mm, tiga butir peluru hidup, sebilah parang, satu telefon bimbit, tujuh bekas dulang pameran, dua topeng ski mask dan emas hasil rompakkan berjumlah RM1.8 juta di dalam kereta suspek.

Selain itu polis juga menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama tiga butir peluru caliber 9mm di kebun kelapa sawit berhampiran, dipercayai kepunyaan perompak yang meloloskan diri.

"Hasil siasatan awal kami, tiada kad pengenalan yang dijumpai bersama si mati dan pihak kami sedang berusaha mengenal pasti identiti perompak-perompak ini,"

Pihak polis meminta orang awam atau klinik-klinik yang mendapati seorang lelaki India yang mengalami kecederaan akibat tembakan, menghubungi balai polis berhampiran.
PerakNews

ANGGOTA polis mengangkat salah satu daripada tiga penjenayah. FOTO Supian Ahmad/MyMetro

12 di shah alam - Google Blog Search

di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Parkir Percuma <b>Di Shah Alam</b> Pada 10 Oktober - MyNewsHub

Posted: 07 Oct 2013 05:00 AM PDT

Parkir Percuma DI Shah Alam Pada 10 Oktober

SHAH ALAM – Pemilik kenderaan akan menikmati parkir percuma di kawasan Shah Alam pada Khamis ini sempena sambutan ulang tahun ke-13 ibu negeri Selangor itu diisytiharkan sebagai bandar raya.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata ia merangkumi semua tempat letak kereta yang diuruskan MBSA.

"Pengecualian caj bayaran ini tidak termasuk tempat letak kereta yang diuruskan pihak swasta," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

Parkir Percuma Di Shah Alam Pada 10 Oktoberhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/mbsa.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/mbsa-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

SHAH ALAM - Pemilik kenderaan akan menikmati parkir percuma di kawasan Shah Alam pada Khamis ini sempena sambutan ulang tahun ke-13 ibu negeri Selangor itu diisytiharkan sebagai bandar raya. Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata ia merangkumi semua tempat letak kereta yang diuruskan MBSA. 'Pengecualian caj...

SHAH ALAM - Pemilik kenderaan akan menikmati parkir percuma di kawasan Shah Alam pada Khamis ini sempena sambutan ulang tahun ke-13 ibu negeri Selangor itu diisytiharkan sebagai bandar raya. Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata ia merangkumi semua tempat letak kereta yang diuruskan MBSA. "Pengecualian caj bayaran ini tidak termasuk tempat letak kereta yang diuruskan pihak swasta," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA