Isnin, 2 Disember 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Satay Besar Sedap <b>di</b> Satay AK24, <b>Shah Alam</b> | My Selera

Posted: 01 Nov 2013 12:37 AM PDT

Kali ini kami dijemput untuk merasa dan membuat review Satay AK24 yang terletak di Restoran Bisik Bisik, Seksyen 7, Shah Alam. Agak hebat memandangkan selepas beberapa bulan beroperasi Satay AK24 telah pun berjaya membuka 3 cawangan  yang terletak di tiga lokasi iaitu Seksyen 24  Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam dan di Puchong Selangor.

Menurut pemilik Satay Ak24, Puan Zzett, satayyang di jual diperap menggunakan ramuan istimewa resepi rahsia ibunya termasuklah dengan kuah kacangnya. Di Satay AK24 bukan sahaja ada sate ayam dan daging malah satay kambing turut dijual di sini.

Sate Ayam AK 24 Seksyen 7

Sate Ayam Biasa : RM 0.80/cucuk

Sate Daging AK 24 Seksyen 7

Sate Daging : RM0.80/cucuk

Sate Kambing AK 24 Seksyen 7 2

Sate Kambing : RM1.00/cucuk

Terbaru, Satay AK24 memperkenalkan satay ayam yang lebih besar saiznya iaitu BIG Satay!!.  Saiznya memang lebih besar dari biasa. Kalau tak puas jugak tak tahulah. Setiap cucuk BIG Satay hanya berharga RM1.30.

big satay di Satay Ak24 restoran bisik bisik 2

Amacam? Besar tak??

Bagi peminat satay yang ingin mecuba BIG SATAY AK24 boleh singgah cawangan berdekatan iaitu Shah Alam ataupun di Puchong.

Pemilik Satay AK24 sendiri yang bakar Sate tau..

Pemilik Satay AK24 sendiri yang bakar Sate tau..

Satay AK24
- Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7, Shah Alam. (Belakang UNISEL)
- Restoran Murjana Maju, Seksyen 24, Shah Alam
- Restoran SK Corner, Meranti Jaya, Puchong

No tel : 016-677 7653
Facebook : https://www.facebook.com/SatayAK24

Operation Hour: 10:00 am – 12:00 am

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 4.4/5 (5 votes cast)

Satay Besar Sedap di Satay AK24, Shah Alam, 4.4 out of 5 based on 5 ratings


Izz Khairi

Look, I love food. I love it. I love it. I love it. I'm probably happiest when I am in the process of eating


12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


gotong-royong mengecat gelanggang futsal <b>di</b> <b>...</b> - sk <b>bandar sunway</b>

Posted: 20 Nov 2013 01:00 AM PST

LAGU SEKOLAH

Berketerampilan menuju gerbang kecemerlangan
Itu cita murni SKBS mercu keunggulan kami
Falsafah pendidikan negara pedoman kami semua
Jasa guru ibu bapa pasti
Kami syukuri selalu
Tanamkanlah tekad jua bersemangat terus usaha
Kami berikrar akan terus maju
Menjayakanya

MATLAMAT

* Melahirkan bangsa malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara malaysia.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


~~Coretan Hati~~: Pengalaman checkup <b>di</b> KPMC <b>Kajang</b>

Posted: 07 Nov 2013 11:59 PM PST

Assalamualaikum...rasanya memang dah terlalu lama x mencoret santai kat sini..
Terlalu banyak kalau nak di ceritakan..Just beberapa kebelakangan ni sibuk menguruskan rumah 'kedua'--business Impianz Shoppe saya-->http://vithebat.blogspot.com/
Alhamdulillah usia kandungan saya dah masuk 34 minggu which is almost lagi sebulan lebih si comel ni nak berjumpa kakak dan abang dia:-) Sebelum ni saya just checkup di klinik mesra serdang @ klinik dr rohaya..Majoriti ibu2 area serdang @ UPM akan kenal siapa Dr Rohaya yang sangat lembut dan baik ni..
Untuk kelahiran ke 4 ni,Insyaallah saya dan suami memilih KPMC kajang untuk bersalin anak ke 4 ni..Sebelum ni pengalaman bersalin di hospital pantai batu pahat..So,dahade maid ni pepandaila pantang sendiri + anak yg ke 4 dah pun..buat2 pandaila kan...hehe..dah jadi ibu 6 tahun insyaallah..
Pagi ni kami ke KPMC kajang..lepas dah wat appointment siap2 minggu lepas..make sure buat appointment dulu yer..kadang dr bz ade emergency or full..Saya pilih Dr mimi..Pergi pkl 8.30 pagi masuk2 dapat giliran no 4..okla..nurse ckp doc lambat sikit sebab round patient dulu kat wad..xpela saya paham checkup kat hospital camnila kan..sama je mana2 az zahrah or an nur bangi pun..dalam pukul 10.45 baru no giliran saya di panggil..
Masuk 1st time jumpe dr Mimi..Sangat baik dan layan pun dengan baik..haha..ade ke doc layan kasar2?nama dh swasta kan?Tapi saya selesa la dgn cara dia..Dia tanya sikit sebanyak dan terus scan..Sebenarnya dekat sebulan jgk saya x g checkup lepas last 30 minggu kt klinik mesra tu..so sedikit teruja nak tgk si comel ni n takut jugak dah terlalu besar or air ketuban sikit ke..
Alhamdulillah,all goes fine..Uri elok terletak,kepala dah kat bawah..cuma tang nak tgk jantina tu,dia tutup si anu tu..so doc xle confirm 99% la..xpela,yang penting semua selamat dan sihat..Alhamdulillah..
Keluar2 hubby baya pakai KK RM 69..okla..x la terlalu mahal compare to hospital2 swasta berdekatan saya dgr ada sampai checkup rm100 lbh..
Doc pun tanya saya makan ubat ape?obimin,kalsium?saya cakap saya makan set hamil shaklee..doc puas hati dan minta saya sambung je..
Saya nak share sikitla pengalaman makan shaklee ni..Saya mula start makan shaklee lepas bersalin umair anak ketiga..masa tu ambil set penyusuan..tp lepas jadi ahli saya sambung je makan set hamil..
alhamdulillah sepanjang preggy kali ke 4 ni,saya sangat bertenaga..jarang sanagat2 kena kejang kaki or cramp tu..dulu masa mengandung sebelum ni tengah2 malam asyik kene dan banyak kali pulak tu..padahal dah makan pil kalsium dan minum susu lagi..then gigi saya cepat sangat sakit..Kali ni saya kdg terasa juga berdenyut kat gigi,tapi lepas ambil 2 biji ostematrix terus je hilang berdenyut tu..alhamdulillah..tapi cek gigi memang saya akan buat lepas bersalin ni..
Kawan2 pun tegur saya lain dari pregnancy sblm ni..n diorg pun tahu saya dealer shaklee..of course berat saya naik pun xdela tinggi sangat n yg best xde darah tinggi,kencing manis or hb rendah..alhamdulillah..semua dgn izinNya..
Saya just kongsi apa yg saya rasa..Kalau ibu-ibu kat luar nak tahu lebih lanjut pasal set kehamilan ni..boleh PM saya or ke blog vitamin saya--http://vithebat.blogspot.com/ atau boleh like page saya di Impianz Shoppe..
Insyaallah saya akan share setiap kebaikan,konsultasi cara makan dan sudah pasti harga lebih murah dan diskaun hebat untuk anda..juga tak lupa sape nak buat side income or fulltime pun boleh PM saya..sangat2la murah hanya modal RM 75 sahaja..insyaallah anda pasti puas hati dan ramai telah mencuba...
Okla,saya mohon doa dari kawan2 dan semua semoga dapatla saya lahirkan si comel ni dengan selamat dan semuanya dipermudahkan..

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


(5 Gambar) Wanita maut nahas libat tiga kenderaan <b>di Sepang</b> <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2013 06:00 AM PST

Nahas yang melibatkan tiga buah kenderaan di KLIA semalam.

Nahas yang melibatkan tiga buah kenderaan di Sepang tengah hari semalam.

Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan, semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nathrah Zulkifli, 38, yang memandu kereta proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang rakan dan dua anaknya cedera parah.

Difahamkan ketika kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan sebelum dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang

Kereta Avanza yang terlibat dalam nahas itu. Gambar kecil pemandu Proton Iswara Nathrah Zulkifli maut di tempat kejadian.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang5 Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang6

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang, Inspektor Farah Hakim Azizan berkata, siasatan awal mendapati Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua penumpang lain hilang kawalan dan terbabas ke laluan bersebelahan.

Katanya, selain dirempuh MPV itu kereta mangsa turut dilanggar sebuah teksi yang mengekorinya di belakang.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini hari ini.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang2

Keadaan sebuah teksi dan Toyota Avanza yang kemek.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang4

Pemandu teksi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87724222.-u

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2013 01:46 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2013 01:59 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Oct 2013 01:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di ijok - Google Blog Search

Faktor Calon Beri Kelebihan BN Kuasai <b>Ijok</b> - MyNewsHub

Posted: 11 Apr 2013 11:50 PM PDT


SHAH ALAM – Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok yang sebelum Dun dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN.

Penganalisis politik meramalkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan tercabar jika BN meletakkan Setiausaha MIC Selangor K.R. Parthiban sebagai calon, yang menewaskan beliau pada pilihan raya kecil Dun itu pada April 2007.

Sungguhpun Abdul Khalid dikatakan ada kelebihan disebabkan pengaruhnya sebagai menteri besar Selangor, namun landskap politik Selangor kini sukar diramal kerana isu-isu politik semasa yang melanda negeri, terutama Abdul Khalid dibayangkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak akan dilantik menteri besar walaupun jika partinya menang pada PRU13.

Penganalisis politik Anbumani Balan berkata Parthiban, yang merupakan antara bakal calon BN yang disebut-sebut bertanding di Ijok, berkemampuan mengambil kembali kerusi itu untuk BN kerana beliau kini mendapat sokongan yang meyakinkan daripada para pengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil Dun Ijok 2007, Parthiban mengalahkan Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi.

"Sekiranya Parthiban menjadi calon di Ijok, MIC membuat pilihan bijak dengan tidak mengulangi strategi lama pada PRU12 apabila ia melepaskan kerusi tradisi Ijok kepada Umno dan menukarnya dengan kerusi DUN Bukit Melawati.

"Saya percaya kesilapan dalam strategi itu telah memberi ruang kepada Abdul Khalid yang menjadi calon PKR bagi kerusi Ijok pada PRU12, memenangi kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas lanjut, Anbumani berkata Parthiban mampu mendapat sokongan yang menyakinkan daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi Adun Ijok, walaupun untuk jangka masa pendek.

Parthiban juga sering hadir pada majlis-majlis keramaian penduduk di kawasan itu.

"Beliau memahami segala permasalahan yang dihadapi penduduk Ijok dan ini membantu Parthiban memberikan tentangan hebat kepada calon lawannya," kata Anbumani.

Pada PRU12, 2008 Abdul Khalid menewaskan calon BN Datuk Mohamad Sayuti dari Umno dengan majoriti 1,920 undi. Partibhan pula yang bertanding sebagai calon BN di kawasan DUN Bukit Melawati, kalah tipis kepada calon PKR, M.P. Muthiah dengan majoriti 297 undi.

Dun Ijok mempunyai hampir 19,000 pengundi, dengan kira-kira 49 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi India dan 16 peratus pengundi Cina serta kaum lain.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peluang seseorang calon untuk menang di Ijok bergantung kepada kerjasama antara calon dan jentera pilihan raya parti.

"Calon PKR akan bergantung kepada jentera parti di peringkat Selangor, manakala calon BN akan bergantung kepada bantuan jentera parti pusat. Kini perebutan di Ijok ialah sama ada jentera pusat boleh memanjangkan bantuan kepada jentera negeri," katanya.

Beliau berkata pelantikan Parthiban sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) Dun Ijok memberikan peluang cerah kepadanya untuk menebus kekalahan BN di kawasan itu dan beliau telah pun membuat gerak kerjanya sejak sekian lama.

Sivamurugan percaya Parthiban mampu memberikan tentangan hebat kepada mana-mana orang kuat PKR termasuk Abdul Khalid untuk kerusi DUN Ijok jika ada kerjasama antara jentera parti BN.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa puak atau kem yang wujud dalam PKR Selangor, yang tidak sehaluan dengan Abdul Khalid, boleh mensabotaj dan menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Parthiban, 43, yang juga bekas guru berkata beliau ingin kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat Ijok untuk meneruskan khidmatnya yang terhenti sebagai Adun kawasan itu pada April 2007.

Katanya sokongan masyarakat India khususnya kepada BN di kawasan Ijok telah meningkat dengan signifikan kerana beliau sering mengambil berat permasalahan mereka melalui lawatannya ke kawasan-kawasan ladang sejak tahun 2008.

"Saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN pada PRU13 kerana rakyat sudah pandai menilai situasi sebenar di Ijok, " katanya.  – BERNAMA

Faktor Calon Beri Kelebihan BN Kuasai Ijokhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/bn.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/bn-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini

SHAH ALAM - Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok yang sebelum Dun dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN. Penganalisis politik meramalkan bahawa kedudukan Abdul...

SHAH ALAM - Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok yang sebelum Dun dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN. Penganalisis politik meramalkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan tercabar jika BN meletakkan Setiausaha MIC Selangor K.R. Parthiban sebagai calon, yang menewaskan beliau pada pilihan raya kecil Dun itu pada April 2007. Sungguhpun Abdul Khalid dikatakan ada kelebihan disebabkan pengaruhnya sebagai menteri besar Selangor, namun landskap politik Selangor kini sukar diramal kerana isu-isu politik semasa yang melanda negeri, terutama Abdul Khalid dibayangkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak akan dilantik menteri besar walaupun jika partinya menang pada PRU13. Penganalisis politik Anbumani Balan berkata Parthiban, yang merupakan antara bakal calon BN yang disebut-sebut bertanding di Ijok, berkemampuan mengambil kembali kerusi itu untuk BN kerana beliau kini mendapat sokongan yang meyakinkan daripada para pengundi di kawasan itu. Pada pilihan raya kecil Dun Ijok 2007, Parthiban mengalahkan Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi. "Sekiranya Parthiban menjadi calon di Ijok, MIC membuat pilihan bijak dengan tidak mengulangi strategi lama pada PRU12 apabila ia melepaskan kerusi tradisi Ijok kepada Umno dan menukarnya dengan kerusi DUN Bukit Melawati. "Saya percaya kesilapan dalam strategi itu telah memberi ruang kepada Abdul Khalid yang menjadi calon PKR bagi kerusi Ijok pada PRU12, memenangi kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Mengulas lanjut, Anbumani berkata Parthiban mampu mendapat sokongan yang menyakinkan daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi Adun Ijok, walaupun untuk jangka masa pendek. Parthiban juga sering hadir pada majlis-majlis keramaian penduduk di kawasan itu. "Beliau memahami segala permasalahan yang dihadapi penduduk Ijok dan ini membantu Parthiban memberikan tentangan hebat kepada calon lawannya," kata Anbumani. Pada PRU12, 2008 Abdul Khalid menewaskan calon BN Datuk Mohamad Sayuti dari Umno dengan majoriti 1,920 undi. Partibhan pula yang bertanding sebagai calon BN di kawasan DUN Bukit Melawati, kalah tipis kepada calon PKR, M.P. Muthiah dengan majoriti 297 undi. Dun Ijok mempunyai hampir 19,000 pengundi, dengan kira-kira 49 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi India dan 16 peratus pengundi Cina serta kaum lain. Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peluang seseorang calon untuk menang di Ijok bergantung kepada kerjasama antara calon dan jentera pilihan raya parti. "Calon PKR akan bergantung kepada jentera parti di peringkat Selangor, manakala calon BN akan bergantung kepada bantuan jentera parti pusat. Kini perebutan di Ijok ialah sama ada jentera pusat boleh memanjangkan bantuan kepada jentera negeri," katanya. Beliau berkata pelantikan Parthiban sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) Dun Ijok memberikan peluang cerah kepadanya untuk menebus kekalahan BN di kawasan itu dan beliau telah pun membuat gerak kerjanya sejak sekian lama. Sivamurugan percaya Parthiban mampu memberikan tentangan hebat kepada mana-mana orang kuat PKR termasuk Abdul Khalid untuk kerusi DUN Ijok jika ada kerjasama antara jentera parti BN. Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa puak atau kem yang wujud dalam PKR Selangor, yang tidak sehaluan dengan Abdul Khalid, boleh mensabotaj dan menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum nanti. Sementara itu, Parthiban, 43, yang juga bekas guru berkata beliau ingin kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat Ijok untuk meneruskan khidmatnya yang terhenti sebagai Adun kawasan itu pada April 2007. Katanya sokongan masyarakat India khususnya kepada BN di kawasan Ijok telah meningkat dengan signifikan kerana beliau sering mengambil berat permasalahan mereka melalui lawatannya ke kawasan-kawasan ladang sejak tahun 2008. "Saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN pada PRU13 kerana rakyat sudah pandai menilai situasi sebenar di Ijok, " katanya.  - BERNAMA

Ahad, 1 Disember 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Nov 2013 11:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Motosikal, Awie tunggu anda <b>di</b> AEON, <b>Bukit Raja</b> | Berita Tempatan

Posted: 28 Sep 2013 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pelbagai hadiah menarik, termasuk sebuah motosikal Modenas dan barangan elektrik menanti pemenang cabutan bertuah peringkat akhir Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan yang julung kalinya diadakan… …read more

Berita Penuh: Sukan Utusan Malaysia

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Biar Betul!!! Penduduk PPR <b>Di</b> Kencing Kerajaan <b>Negeri Selangor</b>???

Posted: 15 Nov 2013 06:52 PM PST

Biar betul cerita ni pasal harga sewa rumah PPR yang dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apa yang selama ini umum sudah mengetahui tujuan pembinaannya adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah mampu untuk menyewa tempat kediaman dengar kadar mampu bayar terutama bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang dan Selangor. 
Bila jer Pakatan dapat terus memerintah Selangor buat penggal yang kedua selepas PRU13, kerajaan negeri Selangor diketuai oleh PKR terus menekan golongan rendah dan bawahan dengan menaikkan sewa dari hanya RM124 sebulan kepada RM250 sebulan kepada pemohon baru yang berpendapatan rendah. Sewa RM124 hanya diberikan keistimewaan kepada penghuni yang terlibat dengan proses perpindahan dari kawasan setinggan.
Jika penyewa enggan membayar dengan kadar RM250 sebulan, pihak anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang diberi amanah menguruskan perumahan PRR seluruh Selangor ini akan menampalkan nama-nama mereka ini di papan noris untuk ditunjukkan kepada penghuni lain. Apa tujuan sebenarnya tindakan ini dilakukan oleh kerajaan Selangor.
Asal pembinaan rumah PPR adalah untuk membantu golongan rendah dan miskin terutama kepada orang-orang melayu. Tetapi kerajaan Selangor cuba menekan orang-orang melayu yang susah dengan cara halus supaya mereka ini tidak mampu membayar lantas keluar dari PPR. Inikah balasan kepada pengundi Selangor yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Tahniah rakyat Selangor.
Inilah watak sebenar Pakatan Rakyat yang menaburkan pelbagai janji-janji manis kepada pengundi Selangor sebelum PRU13 tetapi berbeza dengan segala bentuk tindakan yang dibuat selepas kembali memerintah Selangor. Adalah diharapkan agar rakyat Selangor kembali sedar dengan perangai buruk pemimpin PR yang hanya gilakan kuasa pemerintahan.

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Lubuk-lubuk <b>Di</b> Sungai Langat - <b>Dengkil</b> / Banting, Selangor - Blogger

Posted: 15 Oct 2013 06:29 PM PDT

Hasil tinjauan lubuk-lubuk di Sg Dengkil hingga ke Pekan Banting yang sempat di tinjau pada 12 Oktober 2013. Lubuk-lubuk ini akan di terjah bila musim panas dan Sg Sungai mula mengering. Pasti banyak Ikan Patin Mega di Sg. Dengkil / Banting dapat di daratkan nanti.

Dari lubuk-lubuk ini. abee akan cuba daratkan Ikan Pantin mega. Kalau ada otai-otai patin nak cuba di lubuk-lubuk ini. Dipersilakan...lepas tu report. Cuma nak tahu berapa besar ikan Patin mega yang ada di dasar Sg Dengkil ke Banting ini. Buat masa sekarang, lubuk-lubuk ini ditenggelami air. Musim hujan katakan...

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Oct 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2013 11:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 11:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pok Pek Pok Pek.. Kite: Makan2 <b>di</b> Rumah Parent In Law <b>Beranang</b>

Posted: 09 Jun 2013 11:00 PM PDT

ahad minggu lepas..
kite balik rumah PIL kat beranang..
balik sana sbb ada makan2..
hubby buat makan2..
saja jer..
kebetulan lak..
abg long hubby dtg dari t'ganu balik..
balik dgn menantu pertama..
hari tu masa kenduri kawen anak dia..
kiteorg semua x dpt nak pergi sana..
sbb kenduri dorg buat masa hari kerja..
kan ker cuti t'ganu lain sikit dari sini..
jumaat dorg cuti kite kerja..
kite ahad cuti.. dorg kerja.. yg tgh duduk tu la MIL kite..
kecik jer org nyer..
yg tgh pegang nak ceduk air tu..
kak ipar hubby kite..
yg baru dtg dari t'ganu..
kalau dah namanya org kampung..
kalau time makan..
reramai cam ni..
mmg eloklah duk kat lantai..
lg afdal.. muat sikit..
dari makan atas meja..

yg kawen awal bulan hari tu..
yg pakai cekak putih tu..
yg tu anak buah abg paling tua sekali..
rasa nya beza umur dgn abg..
x sampai pun 15thn..
hubby dia yg sblh kak ipar hubby kite tu..
yg tembam2 sikit tu..
ahhahaha..
suke2 jer panggil dia tembam kan..
ok lah dari pak mertua kite bg gelaran..
the buntal man.. kih3..
gelak jer sume..
masa dorg makan tu..
dah siap masak ayam gulai letak pucuk ubi..
yg ni ayam kite bawak..
ayam gulai gak.. tp letak kentang..
uii.. kalau masak pakai kayu api..
nak2 lak PIL n geng masak..
mau nyer x sedap..
sehingga menjilat jari la jawabnyer..
oh! petua kalau masak ayam gulai ni..
rupanya lg sedap kalau guna..
ayam pencen,,
kalau guna ayam kampung atau bandar..
x best..
manis ayam tu x der..
tu sbb nyer kalau masak lauk ni jer..
kite sker..
haha..
kite saje nak interprem dia..
asyik makanan jer kan..
sesekali masuk sekali gbmr laki lak..
alah.. mmg x hensem pun..
mak kite ckp abg rentung
xpelah rentung pun rentunglah..
tp dia penyayang..
itu penting..
pembersih.. pewangi..
sedap dicium dan dipeluk.. kah3
alah gmbr x bepe nak clear..
biasalahkan.. dah nak makan..
baru nak ambil..
tu pun ambil cpt2 sblm biras lain ceduk..
yg ni ayam masak gulai letak pucuk ubi..
tentu la sedap kan..
masak cara orang minang..
mana x sedapnyer..
kita makan kat dlm rumah..
lps batch pertama makan..
tuk hubby,abg ipar hubby ngan bapak mertua lak..
kite sediakan kar luar rumah..
sbb dorg yg tggu lauk batch kedua masak..
dorg makan blkg rumah bawah pokok..
sambil makan sambil menghirup udara segar..
angin pun bertiup sedap..
nyaman jer rasa..
masa ni kite dah siap makan..
hubby?
huih.. makan tiga pinggan dia kata..
mana tak nyer kan..
kite dah sarapan..
dia dari pagi x makan apa..
tu yg tghari balun smpi tiga pinggan..
masa ni lauk yg kedua dah nak masak..
masak yg kedua ni tuk sape2 nak bwk balik..
biasalah..
dah benda sedap..
kalau x bawak balik mmg  x sah..
kite bungkus dua plastik..
satu tuk makan malam...
satu nyer tuk sahur lak..
nyum3.. berbaloi3 balik..
betul uols.. kalau masak pakai kayu api..
mmg lain rasanya dgn masak pakai dapur gas..
yg seksi tu bapak mertua ku..
yg blkg tulak mak mertua..
yg tgh mencedok x renti2 makan tu..
hubby kite @ abg rentung bak kata mak kite..
hubby selalu kata..
mentang2 lah anak dia ni putih melepak..
dia kata nyer menantu dia ni rentung..
hahhahaha..
mak ayg gurau2 jer yang oiii..
rentung2 pun..
i lap u..

pptps.blogspot.com: Kampung-kampung <b>di Beranang</b>

Posted: 30 Aug 2013 09:38 PM PDT

Untungnya orang Beranang. Perkampungan melayu yang terletak hanya 35KM sahaja dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 30 KM ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. Di Beranang sudah banyak kelihatan rumah-rumah banglo didirikan oleh penduduk kampung di situ. Memiliki tanah sendiri memberikan kelebihan kepada orang kampung kerana dapat membina rumah yang cantik dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding membeli daripada pemaju perumahan.

Banglo di Beranang semua besar-besar dan cantik-cantik belaka. Pun di sini orang awam bebas keluar masuk. Tiada kawalan keselamatan dilakukan.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Durian Belanda, Kopi 3K tingkat ekonomi <b>Tanjung Sepat</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 08:21 PM PST

Oleh : HAFIZAN TAIB,

TANJUNG SEPAT 12 NOV : Projek tanaman Durian Belanda akan dijalankan di DUN Tanjung Sepat bagi membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi masyarakat tempatan seterusnya memacu pembangunan ekonomi di kawasan DUN itu.

haslinAdun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata projek penanaman itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat dengan perancangan di kawasan halaman rumah di kawasan kampung yang disertai penduduk sendiri.

Beliau berkata, ia dirangka disebabkan agak sukar bagi Kerajaan Negeri untuk menyediakan kawasan bagi tujuan peladangan atau pertanian untuk masyarakat setempat.

"Kita akan mengusahakan tanaman ini dengan sasaran satu kampung membabitkan penyertaan 50 buah rumah yang mana satu rumah akan menanam sekurang-kurangnya lima batang pokok. Maka satu kampung akan menghasilkan jumlah 250 pokok Durian Belanda.

durian_belanda"Dengan cara ini jika 10 kampung terbabit dalam projek ini maka kita akan dapat hasil sebanyak 2,500 pokok dan dalam tempoh kira-kira dua ke dua setengah tahun pokok-pokok ini akan menghasilkan buah-buahan untuk tujuan pasaran," katanya.

Haslin berkata, pemasaran produk itu juga akan dibantu menerusi agensi serta pihak berkaitan demi kebaikan masyarakat tempatan.

Katanya, projek cetusan anak muda tempatan itu adalah salah satu usaha bagi menbantu golongan berpendapatan rendah dan miskin di DUN itu bagi peningkatan ekonomi selain memupuk semangat berdikari di kalangan mereka.

"Selain itu kita juga akan menggerakkan beberapa usaha lain seperti industri produk kopi kampung di kenali Kopi 3K yang mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat di kawasan itu.

"Terdapat pengusaha yang perlu dibantu untuk memajukan perniagaan mereka dan kita akan melihat apa keperluannya supaya ia dapat dijayakan termasuk membantu bagi mendapatkan sijil halal untuk tujuan memasarkannya di pasaran luar," katanya.

Haslin berkata, projek tanaman nanas akan turut dijalankan di DUN itu pada masa depan sebagai salah satu sumber tambahan pendapatan penduduk.

"Kita akan jalankan projek itu selepas ini tetapi biarlah projek tanaman Durian Belanda diusahakan dulu dan membuahkan hasil," katanya.

EZY

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Long Life Journey: Outing - Aktiviti menghilangkan stress <b>di Morib</b>

Posted: 21 Nov 2013 11:57 PM PST

Assalamualaikum..

Bila setiap minggu harus bekerja dan hanya akan cuti pada hari Sabtu n Ahad, ini akan mengundang stress yg amat tinggi.. ecece...sudah lah workdloads agak banyak.. nk layan kerenah org pulak especially boss n internal customer.. nasib la ada rakan2 baik buat penghilang stress..

so ape yg kami lakukan?
haa.. meh nk cite.. hahah kemain pjg mukaddimah..
senang cite aritu cuti Awal Muharram kan jatuh hari selasa, so cuti tgh2 minggu adalah heaven..
maka ktorg plan pergi berlibur, beriadah, ber'lepak', bersenang-lenang di Pantai Morib... yeayy.. aku mmg suka lepak2, rehat2 ni..








lps ktorg dh makan2..gosip2.. rehat2... dlm tghari tu tbe2 ade lg 2 family join misi membuang masa ktorg ni... ira n fmly dan abg bollah n fmly ingtkn dorg x jd dtg.. tup2 dh smpi je.. makin meriah la..
xde aktiviti sgt pun.. just makan.. borak2.. amik angin pantai... mengelamun.. usha2 org.. tu je ..heee
tambah2 angin mmg sepoi2 bahasa time tu.. mendung lak.. aiih mmg best..






till we meet again...

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Video : Kejadian Peniaga tertembak anak sendiri <b>di</b> Kg Baru <b>Balakong</b>

Posted: 28 Nov 2013 09:31 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/UrSR3H1EOok

Sent from my iPhone

ads