Alhamdulilah rezeki beraya di Kampung Sijangkang...walaupun raya aidiladha tapi tetap meriah uols...happening...
ni la kampung halaman saya @kampung sijangkang...kampung sini la tempat bermain, menanggis, gelak ketawa bersama-sama saudara mara dan yang lain...bila besar ia adalah kenangan terindah buat kami yang kadang-kadang menjadi ingatan dan cerita bila berkumpul.
pagi raya hidangan atas meja panjang ni memang banyak, syukur alhamdulilah rezeki ALLAH berikan...walaupun tak semeriah seperti raya aidilfitri tapi ia masih sama seperti dulu...cuma raya aidiladha tahun ni tak dapat ikut mak balik terengganu sebab suami kena standby kerja jadi kami decide balik sendiri kampung sijangkang dan balik sana..
lagi pun raya puasa dah beraya di kampung rembau dengan keluarga mertua jadi biarla raya aidiladha aku sambut dengan atuk nenek belah aku lak..walaupun suami tak dapat merasa kemeriahan raya di kampung terengganu tapi di kampung sijangkang meriahnya tetap sama..love uols..
makanan yang dihidang..banyak tak terkira..macam-macam ada...kenyang sampai ke malam...
sayur lodeh ada, rendang ada, nasi impit ada dan lemang pun ada juga...
jemput makan dari kami...
pakcik aku yang very da sporting...
bila ibu-ibu berbicara..love uols..
cousin lepak-lepaking depan tv ruang tamu rumah atuk
mak ngah tengah suapkan nenek makan bubur..ini la nenek kesayangan saya, dah beberapa tahun terlantar..masih lagi sihat cuma tak dapat nak berjalan walauapa pun aku sentiasa doakan nenek sihat selalu dan sekiranya panjang usia nenek, aku harap nenek dapat tengok cicit-cicitnya membesar..
tangan nenek juga yang jaga aku kalau mak abah hantar aku bercuti di kampung..menjaga makan minum aku..mengusap badan aku kalau demam dan juga memakaikan aku inai di jari..kenangan tu tak mungkin aku lupa di saat nenek sihat...
aku dengan cousin yang giler happening...banyak gambar kat bawah ni..jadi koorang layan kan jela yer...aku doakan hubungan persaudaraan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat...amin...
ini adalah adik beradik perempuan Mrs.Mak, dalam gambar ini ada dua insan yang aku sayang tak ada..of course la seorang tu adalah Mrs.Mak sebab balik kampung abah di terengganu dan arwah aunty yang telah meninggalkan kami hampir 16tahun dalam insiden yang tidak diduga..al-fatihah...
aku doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang sihat sepanjang hayat dan sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki..amin....
kakak-kakak yang tua dikalangan saudara mara..iaitu kak iza yang bertudung hitam adalah cucu pertama nenek dan kak yang baju coklat cucu keempat nenek...
Pertemuan demi pertemuan diatur. Kali ini aku mengatur rancagan ingin bertemu dengan Fidah dan Salmah di rumah emak Fidah di Batu 8 Sijangkang. Salmah sudah lama tidak berjumpa dengan Fidah sejak pertemuan mereka di majlis perkahwinanku pada tahun 1989. Oleh kerana aku dapat menjejaki rumah emak Fidah pada tahun 2008 dan pertemuan aku dengan Fidah di rumahnya di Pulau Indah maka senanglah aku menghubunginya. Kawanku ini susah sikit nak menghubunginya. Hubungan yang teputus dapat disambung melalui sepupunya. Aku sebenarnya telah beberapa kali ke rumah emak Fidah semasa aku di tingkatan 6. Hubungan aku dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya terutama yang perempuan agak rapat juga cuma aku tidak dapat membezakan mereka dan nama mereka. Kampung ini pun telah banyak berubah, maklumlah anak-anak muda telah membina rumah sendiri tanah pusaka ayah bonda mereka. Kalau dahulu kebanyakannya rumah kayu atau rumah kampung, kini dah ada tersergam rumah mewah seperti banglo , rumah dua tingkat dan rumah batu yang gah . Aku dah beberapa kali sesat dalam kampung ini tetapi semua orang kenal akan bapanya. Pertemuan kami bertiga amat bermakna cuma agak terkilan tak dapat menghubungi rakan yang seorang ini iaitu Fauziah bt Abdul Samad , orang Perak, kalau tak silap duk Taiping. Syukurlah kami dapat juga bertemu walaupun aku datang dari jauh Sabak Bernam ke Sijangkang sejauh 161km pergi dan 161km balik.
Semoga Allah mempertemukan kawan karib kami yang keempat....aamiin.
Penulis : bahtera11 ~ Sebuah blog yang menyediakan pelbagai maklumat
Artikel Jalinan Kasih di Sijangkang ini di tulis oleh bahtera11 pada hari Monday, August 19, 2013. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan pengajaran dalam kehidupan kita.Terima kasih atas kunjungan anda.Sila tinggalkan komen.Minta maaf kalau ada silap dan salah.Yang baik ketentuan Allah,yang buruk datang daripada saya :). sudah ada 0 komen: di artikel Jalinan Kasih di Sijangkang
[unable to retrieve full-text content]Sinopsis: Rancangan ini telah disiarkan secara langsung oleh TVSelangor pada 6 September 2012 di Padang Awam, Taman Rambai Indah Batu 13, Kg Sungai Rambai, DUN Sijangkang, Selangor.
VIDEO : Tun Mahathir memandu Lotus Elise di Sepang!
VIDEO : Tun Mahathir memandu Lotus Evora di Sepang!
Hebat skil memandu Tun Mahathir rupanya. Walaupun dalam keadaan litar yang basah, beliau mampu memandu dengan laju dan mengawal kereta Lotus Elise dan Evora dengan baik. Dalam usia yang begitu beliau begitu fokus dan cekap semasa memandu. Video ini telah dirakamkan oleh Editor Funtasticko.net, Shamsul Yunos semasa Lotus Track Day yang berlangsung di litar antarabangsa Sepang semalam menggunakan peranti GoPro . Jom layan video ni! Bukan senang nak lihat negarawan kita ni beraksi di litar.
* Ada yang berani mencabar Tun lumba kereta ke? Jangan main-main tau… Hehehe…
Like this:
LikeLoading…
About the Author
campromania Naluri pereka berjiwa otomotif, ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan Mohd Izarul atau campromania yang merupakan pengasas funtasticko.net (dahulunya dikenali sebagai funtastickodesign.wordpress.com).
keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
Pengedar Shaklee hari ini di cari-cari oleh ramai orang yang berhasrat nak mula mencuba atau menggunakan pelbagai rangkaian Produk Shaklee seperti ESP Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Menyusu Shaklee dan pelbagai lagi Set Shaklee yang lain.
Untuk membantu memudahkan anda mendapatkan Set Shaklee dan Produk Shaklee anda, di sini kami senaraikan Pengedar Shaklee di Kuala Lumpur yang berhampiran dengan anda.
Sekiranya anda berminat nak menjadi salah seorang Agen Shaklee atau nak Beli Shaklee Harga Ahli, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda. Yuran untuk Daftar Ahli Shaklee ni tak mahal, hanya RM65 saja seumur hidup. Kos pos barang Shaklee yang anda dapat selepas mendaftar ialah RM10 sahaja, so total registration ialah RM75 seumur hidup untuk dapat semua manfaat Harga Ahli Shaklee
Adakah terdapat Pengedar Shaklee di Cheras, Ampang, Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur?
Ye , terdapat ramai Pengedar Shaklee di kawasan yang tersebut di atas dan juga di kawasan sekitar KL. Untuk memudahkan carian anda, kami senaraikan Pengedar Shaklee mengikut kawasan anda.
Bolehkah saya dapatkan Produk Shaklee secara COD?
Ye , kini anda boleh dapatkan Set Kurus Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, atau apa saja Vitamin Shaklee secara COD atau Pick Up atau poslaju dengan menghubungi Pengedar Shaklee dalam senarai berikut
Pengedar Shaklee di Cheras ( Alam Damai, Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, dan seluruh Cheras serta Balakong. Boleh COD J )
Boleh bayar dengan kad kredit / credit card / paypal?
Ya kami menerima pembayaran menerusi kredit kad dan Paypal. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian khas 0111 999 5667
Bagaimana dengan Pengedar Shaklee di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak?
InshaaALLAH kami akan update from time to time. Jika anda rasa perlu, anda boleh subscribe kepada blog ini untuk dapatkan maklumat mutakhir tentang Shaklee.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Produk Shaklee, Harga Produk Shaklee, Harga Set Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee, hubungi Pengedar Shaklee di Cheras dan Ampang melalui link tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur agar mengambil tindakan ke atas satu parti liar haram yang bakal diadakan di ibu kota Jumaat ini.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri, Mohd Hishamuddin Yahya yang dihubungi sebentar tadi, pihak Menteri telah mengarahkan pihak DBKL untuk mengambil tindakan sewajarnya agar parti liar itu tidak diteruskan.
"YB Menteri Wilayah sudah arahkan DBKL, gunakan apa sahaja kuasa yang ada untuk membatalkan konsert tersebut" katanya.
Menurut beliau lagi, pihak DBKL juga tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk konsert seperti ini.
"Ia dibuat secara haram, dan pada ketika ini para pegawai DBKL sedang berada di tapak penganjuran untuk mengambil tindakan" jelasnya lagi.
Terdahulu masyarakat khususnya para pengguna media sosial berang dengan tindakan penganjur yang mempromosikan satu parti liar yang akan diadakan di Pool, Jalan Ampang dengan tema 'Topless Friday Beach Party'.
Dalam erti kata lain, mereka yang ingin menghadiri parti tersebut perlu memakai pakaian yang selari dengan konsep pada malam itu.
Parti liar yang mengenakan bayaran sebanyak RM35.00 untuk pengunjung lelaki itu turut menghidangkan minuman keras bagi menarik perhatian pengunjung.
Seterusnya Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyanti Samsuddin menyeru agar pihak berwajib tidak berkompromi dengan program-program seperti ini yang nyata tidak sensitif dengan budaya dan norma-norma masyarakat Malaysia.
"Saya mohon pihak DBKL dan Datuk Bandar membatalkan terus semua permit program-program sebegini dan jangan bagi ruang kepada pihak tertentu untuk merosakkan akhlak dan budaya kita.
"Apa yang paling utama, kesedaran masyarakat tidak kira kaum dan agama untuk menolak sekeras-kerasnya program tidak bermoral ini dengan tidak memberi sokongan atau sambutan terhadap penganjuranya" jelas ketika dihubungi petang tadi.
Sains penjagaan kesihatan adalah salah satu cabang disiplin pendidikan akademik dalam aliran sains gunaan dan sains kesihatan bersekutu yang berkaitan dengan penerapan sains pengetahuan, teknologi, teknikal, kejuruteraan atau matematik untuk perkhidmatan kesihatan.
Bidang penjagaan kesihatan termasuk di dalam 12 bidang kerberhasilan utama (NKEA) di bawah transformasi ekonomi (ETP) Malaysia. Bidang ini akan dikembangkan untuk tujuan melahirkan masyarakat yang menyertai bidang ini, masyarakat berpendapatan tinggi.
Menyertai pendidikan tinggi dalam bidang penjagaan kesihatan menjanjikan peluang pekerjaan yang cerah di masa hadapan.
[Kelayakan Masuk : SPM 3 kredit termasuk 1 kredit dalam Sains atau Fizik/Kimia/Biologi]
Kelebihan program: -Program 2 tahun 6 bulan -Program kendalian universiti terkenal -Peluang kerjaya yang cerah -Pendaftaran RM100 sahaja -Elaun bulanan RM200 -RM1000 elaun perpindahan -Asrama pelajar disediakan -Pinjaman PTPTN 100%
BANTING – Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.
"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.
Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.
Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. – BERNAMA
BANTING - Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di...
BANTING - Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
<strong>"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.</strong>
<strong>"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.</strong>
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
<strong>"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.</strong>
<strong>Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.</strong>
<strong>Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.</strong>
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. - <strong>BERNAMA</strong>
KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.
Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.
Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.
Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.
Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu... (Aku tukar sikit liriknya) Melayu Telok..where you at? Jawa Sijangkang...where you at?, Melayu/ Jawa Kg. Medan...where you at?, Jawa Kebun Baharu...where you at? Jawa Jenjarom...Where you at? Sakai Telok Gonjeng...where you at? Semua ada berapa? Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!) Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok. Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture, kata cikgu omputeh aku dulu.
Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya. Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya..... Kampung Telok Panglima Garang Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh. Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata : "JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG" Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh
Kampung Sijangkang Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'. Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng. Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a). Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Kampung Jenjarom Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang. Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]