Sabtu, 3 Mei 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


RUMAH FLAT UNTUK <b>DI</b> JUAL, BANDAR <b>BUKIT RAJA</b>

Posted: 28 Apr 2014 08:33 PM PDT

Rumah flat ( Aparment kos rendah ) :
Lokasi : BLOK F, FLAT SERI REBANA
             Jalan Gamelan,
             Bandar Bukit Raja.
Keluasan : 650 sq.ft
Status : FREEHOLD





- 3rd floor
-3 bilik
- 1 toilet
- 1 bilik mandi
- Grill sudah pasang
- kipas siling 

Harga berpatutan : RM 60K (fix)


Berdekatan dengan:
- Tesco
Setia Alam (5 minit)
- Giant
Meru (5 minit)
-
Setia City Mall (8 minit)
- Petron (5
minit)
- Bandar
Klang (15 minit)
-
Lebuhraya NKVE (exit Setia Alam)
-
Lebuhraya Persekutuan
-
Klang SentralKemudahan lain:
-
Dobi
-
Surau
-
Tadika
-
Kedai Runcit
-
Kedai Makan
-
Dewan Kecil Orang Ramai
-Taman
Permainan Kanak Kanak

Yang betul2 berminat hubungi 017-8822364 Mohd Kamal



12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Rawatan bekam <b>di dengkil</b>, pesakit alami sakit kencing manis, darah <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2014 05:40 AM PDT

image

—
—
Sent by WhatsApp

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Kilang terbakar <b>di Padang Jawa</b> | Informasi.My

Posted: 01 May 2014 02:06 AM PDT

5 Pilihan Editor

mustapa_mohamed

KOTA BHARU – Pelaksanaan hukum hudud yang dibincangkan secara ikhlas dan rasional boleh mewujudkan perpaduan Islam yang lebih mantap di negara ini.

Harta karun: Dua medal tembaga ditemui

MELAKA – Dua keping 'medal' tembaga dipercayai daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka dekat sini, malam tadi.

Pekerja masa kini perlu hadapi pelbagai cabaran

SHAH ALAM – Golongan majikan digesa mengambil kira keperluan dan kebajikan pekerja berpendapatan rendah sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini.

ABD JALIL ALI

KESIAN, sehingga semalam masih tidak ditemui harta karun yang dikatakan peninggalan Kesultanan Melayu Melaka, di Pulau Nangka. Setelah sekian lama menunggu penuh harapan, harta bernilai berbilion RM itu agaknya masih terapung dalam angan-angan.

Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Hari Pekerja yang disambut seluruh dunia pada setiap 1 Mei, penting untuk menilai kembali peranan yang dimainkan oleh setiap daripada kita yang bergelar pekerja.

RSS Sinar Harian: Semasa

Sumber: Artikel dan berita di atas di petik dari laman Sinar Harian. Sumber dinyatakan.

Carian Popular:

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Ron Asraff: Rumah Penunggu <b>Di Bangi</b> (VIDEO)

Posted: 26 Apr 2014 11:08 PM PDT

Tinjauan ini melibatkan 2 team paranormal iaitu Wujud Paranormal & Jejak Mistik ke satu lokasi di Bangi . Rumah ini telah lama ditinggalkan tanpa penghuni , mengikut kisah dari penduduk setempat . Mereka sering kali terlihat kelibat lembaga di kawasan rumah tersebut yang menyerupai keluarga pemilik rumah ini.

Daripada temuramah yang dibuat bersama penduduk setempat memberitahu sering ternampak lembaga hitam dirumah tanpa penghuni itu . Berikut adalah rakaman kajian semasa di sana .

PERINGATAN !! Rakaman ini adalah rakaman percubaan buat team JM PARANORMAL Team . Saya serta Wujud Paranormal Team hanya membantu sahaja bagi kajian ini .

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


dap benarkan bersekedudukan islam-bukan islam <b>di</b> selangor, apa <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2014 11:54 PM PDT

SIAPA PAS JAWI? SIAPA PAS RUMI? - BUDIMAN ZOHDI

KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.
Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.
Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.
Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.
Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.
Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.
Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.
Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.
Dari Blog sahabat- Terima kasih..
KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.
Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.
Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.
Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.
Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.
Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.
Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.
Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.
Dari Blog sahabat- Terima kasih..

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


RAWATAN GURAH RESDUNG <b>DI MERU</b>

Posted: 19 Apr 2014 10:12 PM PDT

Rawatan Gurah Resdung untuk Lelaki & Wanita.
LOKASI: Pusat Rawatan di Jalan Kopi, Meru, Klang, Selangor
BUKA: 10am - 10pm Setiap Hari
Sila SMS atau hubungi En Kamarudin 017-305 2944 untuk temujanji anda sebelum datang.
LOKASI: Pusat Terapi Syifa Meru, 71B Tingkat 2, Pekan Meru, 41050 Klang
Jumaat OFFDAY / TUTUPSabtu 11am-10pm
You'll need Skype CreditFree via Skype

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Besh Shimatado: Training <b>Di Batu Caves</b>, Gombak, Selangor

Posted: 12 Apr 2014 07:41 AM PDT


Training di Batu Caves sememangnya banyak membantu. Sesuai untuk mendaki ke Kinabalu. Pendakian turun dan naik akan menggalakkan otot-otot kaki bekerja lebih. Aku hanya mampu buat 5 kali pusingan sahaja. Semput habislah. Balik rumah kaki terasa berdenyut-denyut. :)
Paling penting ialah warm up sebelum panjat kerana nanti akan sakit kaki yang teruk. Dan kalau boleh bawa air mineral 500ml tu sekali. 
Hati-hati semasa mendaki kerana tangganya yang pendek-pendek dan orang ramai di situ. Masa turun, kalau boleh ikut tepi berhampiran tempat pegang tangga. In case apa-apa jadi, nak pitam ke, boleh pegang tangga. 
 Ini bukanlah kali pertama aku ke sini, tapi sampai sekarang aku masih tak tau jumlah sebenar anak tangga. Berkali-kali aku kira tapi setiap kali kira mesti tak sama. Adui. Hahaha

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2014 01:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

program terukir <b>di</b> bintang sekolah-sekolah dun <b>sijangkang</b> 2014

Posted: 10 Apr 2014 01:41 AM PDT

Majlis Pemuafakatan Sekolah-sekolah DUN Sijangkang telah menganjurkan Program Terukir Di Bintang Sekolah-sekolah DUN Sijangkang 2014 dengan kerjasama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah DUN Sijangkang. Program tersebut dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

Jumaat, 2 Mei 2014

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2014 03:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 03:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Mar 2014 03:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di jenjarom - Google Blog Search

MH370 - MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2014 07:17 AM PDT


BANTING – Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.

Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.

"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.

"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.

Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.

Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.

"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.

Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.

Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.

Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.

Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.

"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.  – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

#MH370 : Bapa Pengsan, Anak Dalam Pesawat MH370http://mynewshub.my/wp-content/uploads/0903MASPatahBalik.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/0903MASPatahBalik-150x150.jpgAuthor MNH myHangat,

BANTING - Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam. Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di...

BANTING - Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam. Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi. <strong>"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.</strong> <strong>"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.</strong> Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan. Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu. Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga. <strong>"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.</strong> <strong>Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.</strong> <strong>Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.</strong> Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen. Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu. "Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya. Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.  - <strong>BERNAMA</strong>

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Farrel Steak House <b>Di Bangi</b> Gateway - Mia Liana

Posted: 15 Mar 2014 07:59 AM PDT

Isnin lepas semasa perjalanan balik ke Johor dari Kuala Lumpur, Mia dan Suami Mia singgah makan tengahari di Farrel Steak House di Bangi Gateway. Keluar tol Bangi, nampak bulatan... memang nampaklah Bangi Gateway. Senang nak cari.
Kebetulan pula, kawan sekolah Mia, Dr. Masrynnawati pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pun join sama. Memang best sangat dapat jumpa dia. Sejak tamat persekolahan belum pernah jumpa dia lagi.
Farrel Steak House ini sebenarnya baru dibuka pada 1 Mac 2014 dan dimiliki oleh kawan blogger lama Mia, Zulfakar.

Dengan Zulfakar di depan Farrel Steak House.
Suami Mia dengan Zulfakar dan isterinya.


Air durian belanda, asam boi dan nescafe ais.


Farrel Special Combo (Lamb Chop)
Chicken Cordon Bleu (Chicken chop dengan sos istimewa)


Habis licin makan semuanya.
Memang sedap... sedap dan sangat sedap makan western food kat sini. Tempat makan yang best. Harganya murah setanding dengan rasanya yang ummmpphhh dan power ni. Senang-senang jemputlah singgah sini untuk menjamu selera.
Oh ya! Ada informasi yang ingin dikongsikan oleh Farrel Steak House ini. Menarik sangat ni...
TM akan menaja lintas langsung perlawanan arsenal menentang chelsea di saluran Astro Supersport HD pada hari Sabtu 22 Mac 2014 dengan memasang skrin gergasi setinggi 15 meter di Farrel Steak House jam 8:45 malam. Ada juga aktiviti seperti score goal terbanyak, masa terbaik dan banyak lagi di hadapan Farrel Sreak House pada petang itu dan hadiah juga ditaja oleh TM.
TM juga menjemput artis undangan seperti KAKA Zainal dan pemain bola sepak negara Wan Zack Haikal untuk memeriahkan lagi program di Farrel Steak House pada hari tersebut.
Pengunjung terawal juga berpeluang mendapat voucher makanan yang disediakan oleh TM dan boleh ditebus serta-merta pada malam itu juga dengan menu seperti steak, pasta atau apa sahaja di Farrel Steak House. Wahhh... bestnya.... 

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Sweet Like Chocolate: 2D1N <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b>

Posted: 22 Apr 2014 08:43 PM PDT

Selepas berpantang inilah percutian kali pertama . Pilih tempat yang dekat dekat aje. Lagipun booking pun last minute. Tujuan utama nak bagi Farhan gembira. Lagipun dia yang banyak tolong Tifa masa pantang. Ambil itu ini. Nasib baik boleh diharap. Kami ambil package promotion 2 pax dinner + 2 pax breakfast + 2 pax waterpark . Untuk Farhan Tifa bayar tambahan for dinner dan waterpark.
Lebih kurang tiga petang kami bertolak dari rumah. Tak jauh mana, satu jam perjalanan dari Shah Alam kami pun sampai.
Tapi sebelum tu kami singgah makan di warung berdekatan dengan hotel. Kebetulan ada buaian kat situ, apa lagi letak Umar dalam tu maknya pun melantak makan soto. Hubby makan nasi and tifa order goreng pisang.
Dah kenyang barulah check in. Cepat jugak proses dia . Tak ramai orang masa kami sampai.
Farhan yang tak sabar sabar nak masuk dalam air terus tukar pakaian . Tifa tukang ambil gambar jer. Bilik dia boleh tahan. Ada jakuzi lagi. Tifa yang tak mandi dok berendam dalam tu je la. Tapi view bilik Tifa pemandangan dia tak best.
So lepas rehat rehat TIfa pun join turun. Dari memerap dalam bilik kan tak best. Lagipun channel tv tak banyak. Dah purpose nak main air, main air je la sila abaikan yang lain.
Mula mula Farhan takut takut lepas tu ok jer.
Selain tu kami sempat juga jalan jalan pantai.
Malam kami dinner di hotel. Ambil pakej ,senang untuk orang yang ada anak kecil macam kami. Kalau nak rate makanan, Tifa boleh kata food variety just fine. Nak komen banyak banyak pun tak boleh sebab kami bukan jenis yang suka makan buffet. Kami cuma makan shabu shabu, nasi goreng, dan kek. So tak boleh komen banyak. 
Aktiviti malam cuma duduk di bilik since semua dah kepenatan. Hubby dan Farhan plan nak main air keesokan harinya. Tifa cuma bermalasan di bilik dan have me time dengan Umar.
Just nak bagi tips kalau nak main air lagi keesokan harinya jangan tanggalkan tag tu. So boleh main semula dan tak payah beli tiket yang lain. Itu yang bagus bila pergi hotel ni. Farhan main sampai puas.
Kami check out tengah hari. Walaupun aktiviti kami tak banyak tapi penat boleh tahan juga. Pulang ke rumah sambung tidur berjamaah satu family sampai petang. 


12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Keajaiban Alam, Bisa Surfing <b>di Sungai</b> Kampar | New Jatayuair

Posted: 24 Apr 2014 01:26 AM PDT

Keajaiban Alam, Bisa Surfing di Sungai Kampar

Afif Farhan – detikTravel – Kamis, 24/04/2014 15:27 WIB

 

Sungai Kampar dengan Gelombang Bono yang menantang (dok Kemenparekraf)

Palalawan – Sungai Kampar di Riau adalah keajaiban alam di Indonesia. Bukan tanpa sebab, sungai ini punya ombak setinggi hingga 6 meter dengan panjang gelombang mencapai 300 meter. Anda yang punya nyali, silahkan surfing di sini!

 

Kalau biasanya traveler bermain surfing di lautan, tapi berbeda di Desa Pulau Muda yang ada di Kabupaten Palalawan, Riau. Sungai ini justru jadi ajang surfing para peselancar dunia yang punya nyali lebih. Sungai Kampar terkenal dengan Gelombang Bono, yang membentuk ombak dan jadi tantangan berat untuk ditaklukan.

 

Dari informasi pada Situs resmi Pariwisata Indonesia yang dikunjungi detikTravel, Kamis (24/4/2014) ombak yang tercipta dari Gelombang Bono tingginya bisa mencapai 4-6 meter. Tak sampai di situ, gelombangnya bisa bergulung-gulung sampai 2 jam dengan kecepatan paling tinggi 40 km/jam. Dahsyat!

 

Bahkan, para peselancar punya julukan tersendiri kepada Gelombang Bono. Mereka menjulukinya dengan nama gelombang tujuh hantu (seven ghost), karena gelombang yang dihasilkan bisa mencapai tujuh lapis berurutan.

 

Mengapa bisa begitu? Gelombang Bono tercipta dari pertemuan arus sungai dan arus laut. Ditambah dengan angin dan tebing di kanan kirinya, gelombang yang tercipta sangat kuat. Disarankan, peselancar pemula jangan coba-coba bermain di sana.

 

Bulan terbaik mengunjungi Sungai Bono adalah di awal dan di akhir musim hujan. Sebabnya, saat itulah gelombang akan tinggi. Tepatnya di bulan Februari, Maret, Oktober, dan November. Saat siang dan malam hari, adalah waktu terbaik untuk berselancar di Sungai Kampar.

 

Ada dua pintu akses ke Kawasan Palalawan, dari Batam bisa menyeberang pakai boat. Satu lagi dari naik mobil selama 4 jam dari Pekanbaru. Di sana ada banyak homestay di Desa Meranti. Pihak Kemenparekraf (Kementerian Parwisata dan Ekonomi Kreatif) sudah gencar mempromosikan Sungai kampar kepada dunia.

 

Tahukah Anda, rupanya peselancar asal Inggris bernama Steven King sudah memecahkan rekor di Sungai Kampar pada tahun 2013 lalu. Dia berselancar sejauh menaklukkan Gelombang Bono di sana sejauh 20,65 kilometer, selama 1 jam 4 menit. Pria ini pun mengagumi kajaiban Sungai Kampar dan punya penilaian tersendiri.

 

"Gelombang Bono adalah ombak yang panjang dan fantastis. Bono berbeda dengan tempat lain, karena letaknya di garis ekuator. Jadi gelombangnya cepat, panjang, dan karakternya sulit. Di Bono itu air sungai, jadi akan sulit mengambang dan berdiri di sana daripada di laut," ungkap Steven tahun 2013 lalu saat jumpa pers di Hotel Transit, Bandara Soekarno Hatta, Cengkareng.

 

 

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Panas..!! JAIS Serbu Solat Jumaat <b>Di</b> Hotel Budget, <b>Batu Caves</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 06:51 AM PDT





Komen Abu Aqif: Dah lama difatwa sesat tapi masih juga ada pengikut. Dan sekarang berani mencabar undang² dengan bersenjatakan slogan "Human's Right". Tapi mereka ketepikan Allah's Right. Siapa pejuang Hak Asasi di Malaysia? Bagi saya mereka juga harus dipersalahkan kerana membawa perjuangan batil ini.

Kita mesti mendahulukan Hak Allah sebelum hak manusia yang jelas menyanggah dari ajaran Islam. Membawa masuk ke negara kita perjuangan sesat lagi batil demi kepentingan politik, akhirnya aqidah umat Islam juga yang menjadi mangsa. Human's Right bukan dari Islam.

Sebelum terlupa, bukan solat Jumaat di Hotel Budget yang dipersoalkan. Solat Jumaat dan solat Hari Raya bagi umat Islam adalah bersama pemerintah. Jadi, lokasi untuk bersolat Jumaat ini juga mesti mendapat kebenaran dari pemerintah. Dalam konteks Malaysia, solat Jumaat mesti di lokasi yang sdah diwartakan oleh Jabatan Agama. Jika Hotel Budget tersebut sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat maka ianya tidak mengapa. Allahu a'lam. Baca lagi berkaitan solat Jumaat bersama pemerintah di sini.



Kuala Lumpur: "Sekarang saya nak tanya kalau kami dikatakan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang kami bukan Islam, maka kami tidak ada di bawah kuasa JAIS. Di mana kami nak sembahyang itu terserah kepada kami." Itu jawapan seorang lelaki yang mendakwa ketua satu ajaran dikenali Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia ketika diserbu sepasukan penguat kuasa JAIS selepas dia mengetuai 'solat Jumaat' bersama lebih 30 makmum di premis dua tingkat di sebuah hotel bajet di Batu Caves di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu membabitkan 30 penguat kuasa JAIS diketuai Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasinya Shahrom Maarop selepas penguat kuasa agama itu melakukan intipan tiga kali Jumaat sejak tiga minggu lalu di premis berkenaan.



Ketika serbuan, ketua ajaran berkenaan juga berkali-kali mendakwa pihaknya mempunyai memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengiktiraf ajaran berkenaan yang bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu.

Memorandum setebal 48 muka surat itu turut mengandungi surat yang dihantar oleh jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia Ainul Yakin Mohd Zain kepada kerajaan Selangor pada 2012 serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

Selain itu, turut disertakan dalam memorandum bertajuk 'Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia' itu termasuk surat kepada wakil media serta agensi berkuasa agama di beberapa negeri memohon keadilan kepada ajaran berkenaan dalam setiap liputan di negara ini.



Keadaan 'panas' seketika ketika serbuan semalam apabila pegawai penguat kuasa JAIS diketuai Shahrom tiba di tingkat bawah premis berkenaan yang 'dikawal' beberapa individu.

Pemerhatian wartawan mendapati kumpulan itu mengenal pasti terlebih dulu jemaah yang datang bersolat Jumaat dan meminta mereka naik ke ruang atas yang menempatkan tempat solat.

Sebaik waran dibacakan, seorang lelaki dipercayai ketua jemaah 'naik angin' dan mula mencabar Shahrom dengan mengatakan mereka tidak boleh disabitkan dengan undang-undang sedia ada kerana fatwa menetapkan mereka sudah terkeluar daripada Islam sebelum ini.



Tindakan itu menimbulkan suasana tegang dengan Shahrom meminta semua jemaah memberikan kad pengenalan masing-masing kepada pegawai bertugas menyebabkan mereka mula membuat bising dan mempersendakan tindakan pegawai JAIS.

Keadaan berlarutan hampir dua jam sebelum semua mereka ditahan dan dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk siasatan lanjut.



Lelaki yang mengaku ketua itu akhirnya berlembut tetapi meminta seorang daripada jemaahnya yang dikatakan datang dari jauh iaitu London supaya dilepaskan.

Di antara lebih 30 individu yang ditahan untuk soal siasat termasuk dua lelaki berusia 40-an masing-masing berketurunan Pakistan dengan seorang daripadanya mendakwa tinggal di London turut dibawa ke pejabat JAIS.

Sementara itu, jurucakap JAIS berkata, serbuan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 97 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 2003 kerana mengadakan upacara yang boleh dilakukan di masjid tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). - Harian Metro



Rujukan:
1. Fatwa Qadiani 1 Jan, 1970
2. Fatwa Qadiani 22 Jun, 1998
3. Fatwa Qadiani 2 Jul, 2001
4. Fatwa Qadiani 13 Dec, 2006
5. Fatwa Islam QA No.45525
6. Fatwa Islam QA No.4060
7. Fatwa Islam QA No.6153

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


BN melanggar pantang <b>di Kajang</b> - Harakah Daily

Posted: 26 Feb 2014 02:26 AM PST

ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.

Bukanlah sesuatu yang 'memeranjatkan' jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan 'masa menunggu' PRK Kajang.

Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah 'hit and run' beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.

(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)

Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik 'dipelawa' memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.

SPR pada 5 Februari lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac. Pengundian awal berlangsung pada 19 Mac.

Tindakan Anwar memberikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Kajang juga mengundang rasa tidak puas hati pemimpin BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro-BN yang membuat laporan polis berhubung majlis tazkirah yang disampaikan Anwar.

(Gambar kiri: Calon BN, Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al-Falah bertemu pengundi. Foto Utusan Online)

Malah portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Laman portal yang sama juga mempersoalkan Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan gagal menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar.

"Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.

"Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.

"... Dan Khalid sebagai Menteri Besar patut tahu arahan ini dan wajar menasihatkan Anwar jangan berkempen di masjid atau surau kerana tiada tauliah.

"Jika Anwar yang ingin bersultan dihati, teruskanlah kempen di masjid-masjid dan surau," bidas laman portal BNBBC lagi.

Bagaimanapun segala kritikan dan 'pantang' BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang. Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang  pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang – lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik. Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun  turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.

Muhyiddin ketika berucap berkata, BN mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai PRK Kajang.

Menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.

" Saya sedar kita bertanding sebagai underdog tapi semangat kita dan kesungguhan semua peringkat, mudah mudahan kita dapat sokongan. Apa pun masalah di sini tak jadi masalah. Kita akan lihat perkara itu. Kita akan bantu. Kita kena selesaikan tugas kita untuk berjaya di PRK ini," katanya ketika berucap di laman futsal Surau Al-Falah.   

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewarwarkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai 'jeneral' BN bagi PRK Dun Kajang.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin turut menyerang rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya.

"Dia ingat dia menang di Kajang dia boleh ke Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri?" sindir Muhyiddin yang tentunya ditujukan kepada Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar.

Apa juga sindiran dan kecaman Muhyiddin kepada Anwar, BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. BN nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi kempen.

Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun 'cakap tak serupa bikin', bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?

Jawapannya terletak dihujung jari 39,278 pengundi Dun Kajang.  

ads