Selasa, 7 Jun 2011

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PAS BERGASAK DENGAN PKR <b>DI AMPANG</b>!!!

Posted: 07 Jun 2011 07:30 PM PDT

Khasim Abdul Aziz adalah ADUN Lembah Jaya mewakili PAS manakala Zuraidah Kamaruddin pula adalah Ahli Parlimen Ampang yang mewakili PKR. Kedua-duanya berada dalam Pakatan Rakyat.

Dari luaran kelihatan tenang dan hubungan kedua-duanya kelihatan sangat baik. Namun kemelut kontrak pembersihan Kelas F yang diperuntukkan kepada kontraktor-kontraktor Melayu akhirnya menyebabkan Khasim Abdul Aziz 'naik angin' terhadap Zuraidah Kamaruddin.

Puncanya ialah keserakahan dan ketamakan Zuraidah Kamaruddin atau Mak Lampir mengaut segala kontrak tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada kontraktor-kontraktor yang berada di bawahnya.

Biarpun penamatan kontrak masih lagi ke tepi ke tengah ekoran tiada surat rasmi dari Majlis Daerah Ampang, namun khabarnya Zuraidah telah pun membawa satu senarai panjang yang mengandungi nama kontraktor-kontraktor pilihannya.

Inilah yang menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada Khasim Abdul Aziz. Khasim yang rata-rata dikenali oleh penduduk Lembah Jaya, berang dengan tindakan tamak Zuraidah Kamaruddin yang ingin menyapu kesemua kontrak berkenaan seolah-olah sudah tiada esok baginya.

Isu kontrak Kelas F sebenarnya adalah salah satu isu yang membuatkan Khasim tidak menyenangi Zuraidah Kamaruddin. Perkara paling utama yang paling tidak disenangi dengan Zuraidah Kamaruddin adalah sikap dan lagaknya yang bagaikan Diva masuk kampung. Lagaknya seolah-olah Ampang dia punya. Apatah lagi hubungan akrabnya dengan samseng-samseng India yang ada antara mereka kini menjadi Ahli Majlis MPAJ.

Pada zaman Khir Toyo, MPAJ sentiasa diperhatikan dan ada pegawainya yang telah ditarik ke mahkamah kerana rasuah dan penyelewengan kuasa. Bagaimanapun pada zaman Pakatan Rakyat, sekalipun penduduk di Ampang Jaya dapat melihat tingkah laku yang serba canggung, namun tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada pegawai-pegawai MPAJ memandangkan mereka dilindungi sepenuhnya oleh Ahli Parlimen yang mempunyai kepentingan itu.

Apa kesudahan hubungan PKR dengan PAS di Ampang Jaya, pastinya akan terbongkar dalam sedikit hari lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads