12 di shah alam - Google Blog Search |
Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT | BERITA PORTAL DAN AKHBAR PRO PEMBANGKANGMALAYSIAKINI-Anwar gagal kali ketiga lucutkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya. "Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin. Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan. Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut. Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang "berwibawa.". Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga. Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah. Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu ditolak. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan. KATA-KATA SEMANGAT"Untuk mencatur sesuatu yang luar biasa kita tidak perlu menjadi hebat. Namun kita perlu melalui tahap yang biasa untuk menghasilkan sesuatu yang hebat. Tidak ada yang lahir terus menjadi hebat kecuali manusia pilihan Tuhan. Setiap khalqillah perlu melalui tahap biasa untuk menjadi hebat. Apa yang penting biarlah perkara luar biasa yang terhasil itu benar-benar berguna dan bermanfaat" Di atas robohan kota Melaka Kita bangunkan jiwa merdeka Bersatulah Melayu segenap baka Membela hak keadilan pusaka WASIAT RAJA - RAJA MELAYUWASIAT RAJA-RAJA MELAYU Wasiat Raja-raja Melayu Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 . 1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia); 2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; 3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; 4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini; 5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan; 6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan BAHASA MELAYU; 7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan Wasiat Sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan