Rabu, 8 Jun 2011

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


[Sinar Harian] Simpang bahaya <b>di Cheras</b> Batu 11 cetus resah

Posted: 29 Mar 2011 09:38 AM PDT

CHERAS – Peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan persimpangan di Pekan Batu 11 menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya terutamanya masyarakat setempat.

Ini berikutan persimpangan berkenaan tidak mempunyai lampu isyarat menyebabkan ia sering mengalami kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu pagi dan petang.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 5, Lee Ah Seng, berkata, kebimbangan penduduk semakin ketara melihatkan pertambahan kenderaan menggunakan laluan berkenaan yang merupakan laluan utama masyarakat setempat.

"Penduduk mengemukakan aduan mengenai permasalahan ini dan berharap pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti dan menyelesaikan permasalahan ini demi kebaikan bersama.

"Kebanyakan pengguna khususnya penduduk setempat terpaksa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas ketara di persimpangan berkenaan memandangkan ia merupakan laluan utama penduduk untuk ke pusat bandar dan kawasan berhampiran", katanya ketika mengadakan lawatan bersama pegawai JKR Hulu Langat dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Ah Seng berkata, kemalangan kecil sering berlaku di simpang berkenaan memandangkan tiada lampu isyarat dan hanya bergantung kepada sikap toleransi pemandu apabila hendak keluar dari persimpangan berkenaan.

"Kita sememangnya mengharapkan lampu isyarat di simpang berkenaan segera dipasang demi keselesaan dan keselamatan semua pihak", katanya.

Sementara itu, Nie Ching berkata, permasalahan ini akan dipanjangkan kepada JKR Hulu Langat agar ia segera diselesaikan memandangkan ia membabitkan keselamatan pengguna jalan raya.

"Saya akan mengadakan perbincangan bersama JKR Hulu Langat dan pihak lain yang bertanggungjawab supaya permasalahan ini diatasi segera memandangkan jumlah peningkatan kenderaan yang semakin meningkat.

"Berdasarkan tinjauan bersama, memang jelas berlaku kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan dan agak membimbangkan sekiranya sebarang kemungkinan berlaku", katanya.

Dipetik dari Sinar Harian.

Today's Visitors: 0 Total Visitors: 1

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads