Khamis, 9 Jun 2011

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


MP <b>Kelana Jaya</b> pula terima CD lucah | Free Malaysia Today

Posted: 16 May 2011 02:21 AM PDT

Loh berkata, satu sampul surat berwarna coklat yang terletak dalam peti surat di pejabatnya di Mentari Kelana Jaya di sini, namun tidak beralamat dan hanya tertulis 'CD' itu ditemuinya kira-kira jam 3 petang semalam.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Loh Gwo Burne hari ini mendakwa menerima satu sampul surat berisi beberapa keping gambar lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekeping cakera padat (CD) dipercayai klip video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang itu.

Loh berkata, satu sampul surat berwarna coklat yang terletak dalam peti surat di pejabatnya di Mentari Kelana Jaya di sini, namun tidak beralamat dan hanya tertulis 'CD'  itu ditemuinya kira-kira jam 3 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sejak bila kewujudan sampul surat tersebut kerana berada di luar negara minggu lalu.

Sejurus membukanya, beliau mendapati beberapa helai kertas bersaiz ukuran A 4 yang menunjukkan gambar video lucah menyerupai Anwar dan sekeping CD tidak berlabel.

Beliau kemudiannya mendakwa menerima satu panggilan telefon mencurigakan daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira pukul
3.54 petang yang bertanyakan pendapatnya jika beliau sudah menonton CD  tersebut.

Fasih berbahasa Inggeris, lelaki itu melalui perbualan telefon dengan Loh berkata beliau mungkin menemui sesuatu yang menarik tentang bosnya (Anwar) yang jelas bukan seorang pemimpin yang berkaliber.

"Saya tanya siapa yang bercakap, namun beliau berkata 'kita mungkin boleh jadi kawan'.

"Lelaki itu juga berkata kepada saya jangan bimbang kerana saya akan diberi habuan jika menolongnya mengaibkan Anwar dan terus mematikan panggilan," katanya kepada pemberita di pejabat PKR Kelana Jaya di sini  hari ini.

Terganggu dengan panggilan tersebut, Loh membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Way 12.30 malam tadi.

Ditanya jika sudah menonton CD tersebut, Loh menafikannya.

"Tidak perlu kerana jika keluarga Anwar sendiri sudah mengesahkannya,  kenapa perlu saya tonton dan mempercayai kesahihan video tersebut," tegasnya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen PKR Kapar S Manikavasagam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana  menerima cd yang sama, namun beliau mengesahkan itu bukanlah Anwar selepas empat kali menontonnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ust Hj Hishamuddin Mansor: Berkursus Tafaqquh Haji <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 27 Mar 2011 07:17 AM PDT

Hari ini dan semalam saya berada di kompleks Haji Kelana Jaya kerana mengikuti kursus intensif Tafaqquh Haji bagi Guru-Guru Pembimbing Ibadah Haji peringkat zon tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Inilah kali pertama saya menyertai kursus seperti ini. Di kalangan peserta ada yang sudah berpengalaman berbelas-belas kali sebagai Mutawwif Haji.

Topik yang menjadi perbincangan

Ada dua topik yang dibincang dan ditelaah iaitu permasalahan haidh dan Istihadhah serta perkara-perkara larangan ihram (muhramat ihram).


Kitab turas yang menjadi rujukan para peserta ialah "Bughyah at-Tullab" karangan Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani.

Kami dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seramai 9-ke 11 ahli.

Saya dimasukkan ke dalam kumpulan 10.

Kumpulan kami diberi tugas membaca, memahami dan mengambil point-point penting dari kitab "Bughyah at-Tullab" bermula dari muka surat 227 hingga 230, juzuk kedua di bawah tajuk perkara-perkara larangan dalam ihram.

Pada hari kedua (hari ini), setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil yang mereka perolehi di depan pakar rujuk Lembaga Tabung Haji iaitu Prof Madya Datin Dr. Zulaikha (Pensyarah UKM) dan Sahibus Samahah Dato' Hassan Ahmad (Mufti Pulau Pinang).

Alhamdulillah banyak ilmu yang saya perolehi dari kursus ini. Insya Allah nanti saya akan siarkan segala maklumat tersebut untuk dikongsi bersama.

Wallahualam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads