12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: LAWATAN BIRO <b>...</b> Posted: 30 May 2011 07:16 PM PDT LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor. 1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad) 1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat, Masa: 2.30 petang . Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang 1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor masa: 9.00 malam Tempat: Felda Adilla, Pengerang 2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin) 2.1: Dialog Bersama Peneroka Masa: 2.30 petang Tempat: Felda Dengga, Sembrong 2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa Masa: 9.00 malam Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai 3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa) 3.1: Dialog bersama Peneroka Masa: 2.30 petang Tempat: Pejabat PKR Sekijang 3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa Masa: 9.00 malam Tempat: Felda Maokil, Pagoh Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan. Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011 3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16. 4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan. 8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2. 9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2. Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011 Kawasan Rompin: 2.30 petang: Felda Keratong 1 4.30 petang: Felda Keratong 8 8.30 malam: Gugusan Felda Selancar. Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan. Kawasan Bentong } Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011: 1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan 2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi 3. 12.00 t.h - di Felda Suharto 4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa Terlibat dalam lawatan: YB Elizabeth Wong Haji Suhaimi Said T. Kumar Rebin Birham Zabidie Abas Man Kadir (Pak Jabit) Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor. Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Rumah Dalam Balairaya | Selangor Daily Posted: 24 May 2011 07:44 AM PDT Sudah jatuh ditimpa tangga , begitulah nasib Puan Normah dan keluarganya dari Sungai Tenggi , Hulu Selangor. Pada bulan bulan september 2009 rumah didiami oleh Puan Normah dan suami serta anak-anaknya terpaksa dirobohkan setelah mendapat arahan demi arahan dari Jabatan Perhutanan Selangor. Puan Normah dan keluarga telah membina rumah dan mendiami kawasan tersebut sejak 8 tahun yang lepas. Namun selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada tahun 2008, kehidupan Puan Normah dan keluarga telah berubah. Bukannya berubah untuk menjadi lebih baik kerana kerajaan baru itu adalah kerajaan kebajikan , tetapi berubah menjadi lebih teruk. Suami Puan Normah (ketika itu masih hidup) menerima surat dari Jabatan Perhutanan Selangor agar mereka sekeluarga mengosongkan serta merobohkan rumah tersebut. Puas sudah suaminya turun naik pejabat dan merayu sana-sini tetapi hasilnya tiada. Selepas tekanan demi tekanan yang mereka terima dari Jabatan Perhutanan Selangor termasuk amaran keras, mereka tiada pilihan, akhirnya mereka terpaksa keluar dari rumah itu. Mereka tiada tempat hendak dituju kerana tiada rumah lain. Nasib baiklah pada masa itu pihak pengurusan kilang sawit Sungai Tenggi memberi kebenaran kepada mereka untuk menumpang di balai raya kawasan perumahan pekerja-pekerja kilang sawit tersebut. Mereka sekelurga tinggal di sana sehingga sekarang. Sedih dan tertekan dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga, suami Puan Normah sakit dan meninggal dunia pada 12 Mei lepas. Khamis lepas Pergerakan Wanita Umno Hulu Selangor telah mengunjungi Puan Normah untuk bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Ketua Pergerakan Wanita Umno Hulu Selangor , Datuk Rosni juga telah membawa perkara itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk bantuan sepatutnya kepada Puan Normah. Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan juga berjanji akan menguruskan rumah sewa untuk Puan Normah tinggal sementara waktu sehingga beliau mendapat rumah generasi kedua dari Felda kelak. Bertahun-tahun mereka sekeluarga tinggal di tanah berkenaan semasa zaman pemerintahan BN, tiada sebarang masalah. Masuk sahaja zaman kerajaan kebajikan, habis di halaunya keluar dari tanah itu. Lagi gambar dan video sila lawati http://minaq-jinggo.fotopages.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan