Selasa, 14 Jun 2011

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Keunikan Gold Coast <b>Morib</b> « ajai62

Posted: 13 Jun 2011 01:41 AM PDT

Oleh Azian Aziz
pengarang@utusan.com.my

Taman tema air di Gold Coast Morib Resort. – utusan/Rasmi Abdullah


MORIB, suatu ketika dahulu terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kuala Langat, Selangor kerana mempunyai pantai peranginan yang indah.

Bagaimanapun, pelbagai isu timbul termasuk soal kebersihan, selain persaingan dengan destinasi peranginan berdekatan seperti Sepang yang terkenal dengan pantai Bagan Lalang dan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Kesemua faktor itu menyebabkan kegemilangan Morib semakin pudar.

Penulis yang pernah singgah di pantai Morib sebelum ini mendapati sambutan pelancong terhadap pantai tersebut 'kurang meriah'.

Namun begitu, 'kesuraman' itu dijangka hilang apabila sebuah pusat peranginan baru, Gold Coast Morib dibuka sepenuhnya kelak. Terletak kira-kira lima kilometer dari pantai Morib dan berdekatan Istana Pantai Bahagia milik Sultan Selangor, kehadiran resort itu telah menukar persepsi penulis terhadap Morib.

Jujurnya, penulis tidak menyangka ada tempat peranginan seperti itu dibuka di Morib memandangkan prestasi pantai itu yang tidak lagi sepopular dahulu, selain keliru dengan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast.

Tetapi selepas melihat sendiri keindahan landskap, taman tema airnya yang direka cantik, 40 gazebo tepi pantai yang dijadikan restoran makanan laut eksklusif serta kawasan pantai yang telah dibersihkan, membuatkan penulis teruja untuk datang lagi ke pusat peranginan itu.

Apa yang boleh dikatakan, Gold Coast Morib mempunyai keunikan tersendiri. Terletak di tanah seluas 5.6 hektar dan dibina dengan pelaburan RM180 juta oleh usahawan terkenal Datuk Alex Tan, destinasi penginapan ini mula menerima pengunjung termasuk sepanjang musim cuti sekolah lalu walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Menurut Pengurus Besar Gold Coast Morib Resort Sdn. Bhd., Lau Cheong Leong, buat masa ini hanya 448 studio suite lengkap dengan jakuzi yang dihias indah dengan konsep Bali, Jepun dan Oriental boleh disewa pengunjung pada harga promosi RM250++ semalam.

Beliau berkata, sebanyak 128 unit kondominium dua bilik dan 64 unit tiga bilik masing-masing berharga RM400++ dan RM500++ di resort itu dijangka siap dan boleh diduduki dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Selain itu, katanya, Gold Coast Morib juga menyediakan tujuh bilik mesyuarat dan dewan bankuet yang unik kerana kesemua dinding dan bumbungnya diperbuat daripada kaca.

Tambah beliau, pihaknya juga membuka tiga jenis restoran iaitu kopitiam yang menawarkan harga seperti kopitiam di luar, lounge dan restoran makanan laut yang memberi peluang kepada pengunjungnya memilih sendiri apa yang hendak dimakan di 'pasar ikan' yang disediakan.

"Tetapi buat masa sekarang pengunjung yang datang menginap di sini hanya boleh makan di restoran sementara, mandi di taman tema yang boleh memuatkan 1,000 orang pada satu masa dan bersiar-siar di tepi pantai serta menikmati keindahan alam semula jadi dengan menyertai aktiviti river cruise di Sungai Jugra.

"Restoran makanan laut yang dinamakan Pavalion By The Sea pula akan beroperasi sepenuhnya penghujung bulan ini dan di sini pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan live band, selain menikmati keindahan laut dan lampu berwarna-warni yang dipasang di semua pokok di kawasan itu.

"Kami juga menanam 150 pokok kelapa di pantai tempat peranginan ini agar suasana nampak lebih tropika dan hijau," kata beliau ketika ditemui S2.

Cheong Leong memberitahu, pihaknya juga sedang membina 300 unit hotel bajet pada harga antara RM100++ hingga RM150++ semalam, lengkap dengan pusat beli-belah yang mempunyai 300 unit kedai, dijangka siap tahun depan.

Kata beliau, pembinaan hotel bajet adalah bagi memberi peluang kepada semua golongan yang mempunyai bajet kecil untuk datang bercuti ke Gold Coast Morib.

"Gold Coast Morib ini memang sesuai untuk keluarga, kumpulan yang ingin berseminar, syarikat yang mahu mengadakan hari keluarga serta pelancong tempatan dan luar yang cintakan alam semula jadi.

"Setakat ini, kami telah menerima pengunjung luar negara dan banyak permintaan untuk mereka datang berkumpulan termasuk dari Taiwan, Korea dan Jepun memandangkan tempat ini begitu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), iaitu kira-kira 35 minit perjalanan.

"Tidak lama lagi, kami juga akan membuka taman tema air kepada orang ramai yang tidak menginap. Bayaran masuk adalah RM30 termasuk satu hidangan makanan untuk dewasa dan kanak-kanak (RM15)," katanya.

3.054464 101.526182

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads