Selasa, 14 Jun 2011

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gempa dirasakan area Seksyen 7 <b>Shah Alam</b> - CariGold Forum

Posted: 13 Jun 2011 05:41 PM PDT

Forum Jump

UMNO Online - Konsert MTV <b>Di Shah Alam</b> : Bantahan Pas Sekadar <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 12:34 AM PDT

Kategori Utama

Konsert MTV Di Shah Alam : Bantahan Pas Sekadar Lakonan Sandiwara

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 2 Jun – UMNO Shah Alam hari ini menyifatkan Pas sebagai "Parti Amalkan Sandiwara" berhubung bantahan mereka  terhadap penganjuran konsert MTV World Stage yang akan diadakan di I-City Shah Alam pada 24 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin berkata bantahan yang dilakukan Pas itu hanyalah sekadar mainan wayang bagi mengaburi mata rakyat khususnya pengundi Islam di negeri ini.

Tegasnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Pas membuat bantahan sedangkan Pengerusi Pasi Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sendiri merupakan Exco Kerajaan Negeri yang akan bermesyuarat setiap minggu bersama Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan negeri yang lain.

Berdasarkan hakikat tersebut kata beliau lagi, Hassan Ali  sendiri boleh menyatakan prinsip sebenar Pas menolak dan membantah cadangan membenarkan penganjuran MTV World Stage ini.

"Ini semua sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Selangor khususnya orang-orang Islam. Mereka tidak serius menangani atau membantah konsert ini. Mereka sebenarnya 'ibarat lembu dicucuk hidung' oleh DAP yang hakikatnya mendominasi pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kenapa mereka tidak menganjurkan demonstrasi besar-besaran, mengapa mereka tidak menaikkan poster-poster dan kain-kain rentang dan sebagainya untuk menunjukkan mereka benar-benar membantah penganjuran konsert MTV ini di Selangor.

"Jika ini berlaku di zaman pemerintahan kerajaan BN, mereka pastinya akan membantah dan melakukan berbagai-bagai kempen dan demonstrasi bantahan,"  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa UMNO Bahagian Shah Alam sama sekali menolak dan membantah konsert penganjuran MTV World Stage di i-City, 24 Julai ini.

Pendirian ini kata beliau lagi jelas sejak BN mentadbir Selangor, sebarang bentuk konsert tidak sesuai diadakan di Shah Alam memandangkan statusnya sebagai sebagai bandar raya Islam contoh.

"Tidak ada sebarang aktiviti hiburan yang boleh dianjurkan di bandar raya ini dan ia sepatutnya dikekalkan", ujarnya.

Pendirian ini turut dikongsi bersama Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Datuk Shari yang melihat tindakan Pas Selangor ini sekadar lakonan untuk memperlihatkan pendirian Pas sebagai sebuah parti yang kononnya berjuang atas nama Islam.

Pas Selangor kata beliau lagi diibaratkan seperti seekor 'semut' yang mengigit sekadar untuk rasa gatal, tetapi tidak boleh mendatangkan kesan buruk kepada kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR dan DAP.

"Mereka tidak ikhlas, isu arak yang timbul dulu pun tidak dapat diselesaikan Pas Selangor, inikan pula isu konsert MTV ini.

"Dulu mereka kata, nak tutup kilang arak terbesar di Shah Alam, tetapi bila kerajaan negeri dah berada di tangan mereka, apa yang mereka robohkan dan apa yang mereka khususnya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tawarkan kepada kilang arak tersebut?", katanya

Pendirian Pemuda UMNO Shah Alam tambah beliau menolak penganjuran konsert tersebut malah bersedia untuk bersama-sama mana-mana pihak termasuk Pas Selangor untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah konsert tersebut. -MediaUMNO


Berita Bertarikh 2 June 2011 Pada 3:34 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads