Rabu, 15 Jun 2011

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


<b>PADANG JAWA</b> PETALING: HARI KELUARGA REHLAH DAN RIADAH

Posted: 14 Jun 2011 09:06 PM PDT





Program Rehlah dan riadah serta Hari Keluarga bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya diadakan pada 14 dan 15 hb May yang lalu. Bertempat di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, program tersebut telah diadakan selama 2 hari 1 malam.


Pada sebelah malamnya juga selain diadakan barbecue juga diadakan acara dalam dewan untuk menduga akal dan acara teka teki serta bertaaruf. Manakala disebelah paginya, telah bersolat subuh turut diadakan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Saiful yang didatangkan khas dari Shah Alam.

Di sebelah paginya turut diadakan sukaneka untuk semua.

Peserta terdiri dari pelbagai lapisan termasuk yang berkeluarga mahupun yang membujang.Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, alhamdullilah, antara tujuan utama program adalah untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim terutamanya masyarakat Padang Jawa bersama sama dengan JKKK. Alhamdullillah, saya melihat mereka semua merasa amat gembira serta rasa dihargai oleh pihak kami. katanya.


Kami berharap program seperti ini akan dapat kami teruskan dimasa masa akan datang insya Allah.

Kami berpendapat bahawa program ini adlah baik sekali. Bagaimanapun skopnya mungkin perlu diperluas dengan berusaha mendapatkan penajaan dari pelbagai pihak terutamanya dalam membentuk masyarakat yang perihatin di Padang Jawa.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads