Tarikh : 9 Jun 2011 ( Khamis )Jam : 8.15 pagi
Suatu pagi ketika HK dalam perjalanan ke tempat kerja di Rawang, HK dikejutkan dengan satu kemalangan yang membabitkan motorsikal.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian pembonceng motorsikal ini dikatakan telah dirempuh oleh sebuah lori dan kemudian lori tersebut telah melarikan diri dan kes ini disifatkan sebagai kes langgar lari.
Mujur HK lewat sedikit dari waktu kejadian ini berlaku kerana jalan ini lah jalan yang HK selalu guna untuk pergi ke tempat kerja. HK sempat ambil gambar kejadian ini dari blog GobbloG hasil pencarian di google.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan