12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
ZIARAH HAIRUMAN MISKON <b>DI</b> KLANT HALT : Blog Umno Tanjung Malim <b>...</b> Posted: 22 Jun 2011 07:20 PM PDT Bersama Kolej Poly-tech Mara menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Muhamad Hairuman Miskon, 22 di rumah kakaknya di Kampung Klan Halt, Slim River. Hairuman melecur teruk di seluruh badannya pada 26 November 2010 selepas terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat. Pengerusi KPTM, Dato' Sohaimi Shahadan dan pelajar KPTM Bangi turut hadir. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pabila Penaku Menari: Hairuman mula sesuaikan diri Posted: 21 Jun 2011 09:37 PM PDT TANJUNG MALIM - Setelah hampir sebulan dibenarkan keluar selepas enam bulan terlantar di hospital, mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon, 22, semakin cekal menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal barunya. Menurutnya, berkat dorongan keluarga terutama kakaknya, Maryuni, 32, dia kini mampu melakukan beberapa aktiviti fizikal asas seperti makan dan minum sendiri tanpa bantuan. "Namun luka lama masih belum sembuh sepenuhnya. Kulit saya tidak boleh terdedah lama dengan cahaya matahari mahupun cuaca panas. Jika tidak, akan berlaku komplikasi pendarahan. "Pada masa ini, saya juga perlu menjalani rawatan susulan dan fisioterapi di Hospital Slim River dua kali seminggu sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini," katanya ditemui semasa lawatan amal 30 pelajar dan kakitangan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi di kediaman Maryuni di sini semalam. Kunjungan diketuai Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan itu turut disambut Maryuni dan suaminya, Ahmad Faiz Hafiz. Hairuman berkata,semangatnya untuk melanjutkan pelajaran masih berkobar-kobar. "Memang saya begitu meminati bidang pendawaian elektrik namun memandangkan keadaan fizikal sekarang, saya mungkin beralih ke bidang lain yang lebih sesuai. "Antaranya seperti perniagaan, seni kraftangan dan melukis. Apapun masa masih panjang dan biarlah saya be nar-benar sembuh," katanya. Sementara itu, Sohaimi berkata, kunjungan sempena program KPTM Prihatin bertujuan untuk menyumbang derma RM2,093 dan barangan keperluan hasil kutipan pelajar dan kakitangan KPTM Bangi. Pada kejadian 26 November 2010, Hairuman melecur teruk di seluruh badannya selepas terkena renjatan elektrik ber voltan tinggi ketika mengait kelapa sawit bersama rakannya di kebun Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor. Ekoran kejadian itu, doktor menasihatkan agar kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya dipotong atas faktor perubatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan