12 di bukit raja - Google Blog Search |
..::Seorang EyZan::..: Sehari <b>di</b> JJ <b>Bukit Raja</b> Posted: 10 Jul 2011 09:08 PM PDT (orang sebok tgk news pasal BERSIH. Aku jejalan sesuka hati. Tak tau ape cerita. Hmm.. Lantak ler) Sabtu lepas menghabiskan masa dengan mengukuhkan ukhwah antara aku dengan sahabat baik yang aku kenali sejak berumur 9 tahun. Zanariah Mohd Zin, bertugas sebagai Eksekutif Akaun di Persatuan Nelayan Negeri Selangor (Shah Alam). Kami mengelilingi Jusco Bukit Raja. Aku sekadar mencuci dan memuaskan nafsu mata sambil membakar sahabatku itu untuk membeli belah. Heh. Jahat sungguh. Aku kena sabar, tunggu sehingga claim TNT dan OT aku masuk. Sedangkan berjalan semalam pun, aku telah mengorek tabung simpanan. Huhu. Dapat TNT dan OT nanti pun kena topup balik. So, memang tak dapat nak shopping sangat pun. Harus kuatkan diri dan berdisiplin dalam menyimpan wang. Bersenam ringan dalam bangunan berhawa dingin. Heheh. Window shopping dari satu kedai, ke satu kedai. Kedai yang paling lama aku masuk adalah 'Popular'. Tempat wajib. Bukan beli ape pun. Belek2 buku2, novel2 baru yang memang aku dah kurang minat untuk baca, buku2 masakan terutama baking kek. Yummy. Geram, macam nak beli tapi..SABAR. Jam 2 petang selepas solat Zohor, kami makan di Keany Roggers. Serius aku tak pernah makan kat situ. Ya, aku agak ketinggalan dalam bab western and fast-food nih. Heheh. Kurang terdedah but I'll love trying new things and stuffs. Thanks to Zana sebab belanja makan. Dia kata hadiah Bufday. Ya Allah. Bufday aku dah 4 bulan yang lalu lah. Tapi dia kata sebab Bufday dia tahun lepas aku bagi hadiah. Eh Yeke? Aku pun hampir lupa. Hehe. Jam 3.20 petang bergegas ke TGV. Lewat 5 minit. Huhu. Seb baik terang lagi, senang cari seat. Peh, cerita Transformers tu 2 ½ jam eh? Lama betul. Rasa berbaloi plak dengan harga tiket RM14. Hehe. Cerita habis pada pukul 6 petang. Bergegas ke surau, solat Asar dan terus bergerak balik ke Destinasi yang sama, Kuala Selangor. Zana bermalam di rumah kakaknya di Jeram manakala aku pulang ke Tg. Karang. *Sebab tu aku janggal jika orang gelar aku Zana, sebab kawan baik aku sendiri bernama Zana. =) *Juga ada seorang kawan baik seangkatan Diploma di UPM bernama Suzanna. Haruskah ade 'ZANA'? heheh. ;p Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di bukit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan