Selasa, 19 Julai 2011

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Rasuah : MP <b>Sabak Bernam</b> Diarah Membela Diri - SelangorKini Online

Posted: 30 Jun 2011 07:20 PM PDT

Friday, 01 July 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 1 JULAI– Mahkamah Sesyen Shah Alam  semalam memerintahkan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro membela diri masing-masing bagi tuduhan rasuah dan subahat membabitkan tuntutan palsu program yang tidak dijalankan.

Hakim, Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 14 dan 15 September depan untuk perbicaraan peringkat bela diri.

Abd Rahman, 47, didakwa menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar mengandungi butiran palsu berhubung pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan program untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM80,000.

Kesemua tuntutan palsu itu didakwa diserahkan kepada Mohd Hamizar Sulaiman, Rizam Ismail dan Mohamad Fairos Johari di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari dan 12 Februari 2008.

Pendakwaan terhadap Abd Rahman mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-lebih tinggi.

Sementara Rosli, 44, yang didakwa bersubahat melakukan kesalahan-kesalahan terbabit didakwa mengikut Seksyen 11(c) di bawah akta sama.

Perbicaraan dikendalikan Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, manakala Abd Rahman dan Rosli diwakili peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads