Selasa, 19 Julai 2011

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


FAMA Promosi Buah-Buahan <b>Di Shah Alam</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 16 Jul 2011 12:58 AM PDT

SHAH ALAM – Peminat buah-buahan tempatan bermusim terutama durian eksotik seperti musang king atau durian kunyit dan 101 kini boleh mendapatkan bekalan pada harga istimewa di beberapa buah gerai anjuran FAMA di perkarangan Hotel Quality Shah Alam di sini.

Musang king dijual pada harga rm20 untuk tiga biji saiz sederhana, kata Encik Mansor Omar Pengarah FAMA Selangor.

Antara buah-buahan lain yang dijual di situ ialah cempedak, rambutan, manggis dan dukung, katanya ketika ditemui di pasar tani Taman Botani Negara Bukit Cerakah.

Menurutnya FAMA juga akan mengadakan program jualan durian dan parti durian di sekitar Lembah Klang iaitu di Menara Kuala Lumpur pada 21 hingga 24 Julai ini, Muzium Telekom Kuala Lumpur dari 25 hingga 27 Julai, dan Taman Warisan di Putrajaya dari 29 hingga 31 Julai.

Beliau berkata mereka yang merancang menganjurkan parti durian boleh menghubungi Pengurus Operasi FAMA Selangor Badlishah Ahmad Shahrin di talian 0192695099 untuk mendapatkan buah-buahan tersebut.

Mengenai perkembangan Pasar Tani di Taman Botani itu, Mansor berkata FAMA akan mengkaji semula potensi pasar ini memandangkan ia terletak di tempat orang ramai beriadah dan kumpulan sasar pengunjungnya adalah berbeza dengan pasar-pasar tani biasa.

Mansor berkata pada mula penubuhan pasar itu November tahun lepas, terdapat 54 peserta tetapi kini hanya tinggal enam peniaga sahaja yang berniaga makanan ringan, pokok bunga serta buah-buahan. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads