Rabu, 13 Julai 2011

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


K&#39;jaan negeri sedia kerjasama bangunkan <b>Sg Buloh</b> | Free Malaysia Today

Posted: 12 Jul 2011 10:59 PM PDT

Projek pembangunan di RRI ini melibatkan kawasan yang luas iaitu 1,335 hektar, kata MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama
dengan Kerajaan Persekutuan dalam merancang pembangunan di kawasan Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya sebagai hab baru pembangunan Lembah Klang.

Beliau berkata projek pembangunan di RRI ini melibatkan kawasan yang luas iaitu 1,335 hektar dan melibatkan dua kawasan tadbir pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras) mengenai apakah kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk membangunkan hab berkenaan padapersidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

"Saya telah mendengar taklimat awal mengenai projek itu daripada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang merupakan pelabur utama di dalam rancangan itu," kata Abdul Khalid.

Buat masa ini beliau berkata hanya projek sistem transit aliran massa (MRT) oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd yang melibatkan kawasan seluas 65,437 hektar telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi kawasan hab di Sungai Buloh itu.

"Rancangan pembangunan lain belum diperincikan lagi," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau merupakan Ahli Jawatankuasa dalam pembangunan Greater Kuala Lumpur atau Lembah Klang itu.

Beliau berkata seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga akan ditempatkan di dalam jawatankuasa perancangan projek itu supaya projek ini dapat berjalan dengan cepat.

Sementara itu Bushro ketika ditemui kemudian meminta kerajaan negeri supaya mengotakan janji serta tidak bermain politik dalam isu pembangunan Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang khususnya melibatkan kawasan seluas 1,335 hektar itu di Sungai Buloh.

Beliau berkata kawasan berpotensi itu perlu dibangunkan memandangkan ia dapat memberi manfaat besar kepada penduduk Lembah Klang termasuklah menjana pendapatan kepada negeri dan negara.

Justeru itu katanya, peranan kerajaan negeri dilihat penting bagi merealisasikan usaha pembangunan itu meskipun berbeza pandangan termasuklah dari segi politik demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads