12 di bangi - Google Blog Search |
Dr Shafie Abu Bakar: Adun <b>Bangi</b> Interview Pemohon-Pemohon Tanah <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 08 Aug 2011 04:28 PM PDT Pejabat Daerah Hulu Langat, 08 Ramadhan = 08 Ogos (Isnin):
Selama 30 tahun penduduk di Kg. Pinggiran Taman Desa Seroja, Jalan Reko mendiami kampong tersebut. Setiap kali pilihanraya tiba, mereka dijanjikan untuk diberi pemilikan tanah di tapak rumah yang mereka bina. Mereka diklasifikasikan sebagai setinggan dan tidak mendapat sebarang kemudahan. Kawasan berkenaan pula sering banjir bila berlaku hujan lebat, kerana terletaknya di Pinggiran Sungai Langat. Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat menang di negeri Selangor, Adun Bangi didekati pemimpin masyarakat setempat seperti oleh Encik Nathan a/l Marianandan dan kawan-kawan bagi memohon pemilikan tanah yang mereka dan keluarga mereka tinggal sejak 30 tahun yang lepas, Adun turun melawat Kg. Pinggiran Taman Desa Seroja dan bertemu penduduk dan bersetuju menyenaraikan nama-nama penduduk di kampong berkenaan. Lawatan kedua dibuat dan pertemuan diadakan di Pejabat En. Nathan di Kampong berkenaan. Berikutnya permohonan pemilikan tanah dibuat kepada Pejabat Tanah Hulu Langat dengan sokongan Adun Bangi untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Al-Hamdulillah atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Negeri Selangor pada pagi ini 36 orang dari penduduk di Kg. Pinggiran Taman Desa Seroja dipanggil untuk diinterview di Pejabat Daerah Hulu Langat mulai dari jam 9.30 pagi. Daripada 36 orang pemohon 24 orang daripada mereka adalah berketurunan India dan 12 daripada mereka adalah berketurunan Cina. Interview dilakukan oleh Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar bersama dengan Encik Mohd Rashidi Bin Ruslan Penolong Pegawai Daerah (Tanah). Oleh kerana mereka telah menduduki sejak sekian lama di atas tanah yang dipohon, interview lebih bersifat kenal pasti pemohon yang menduduki tanah yang dipohon dan mempasti tidak ada konflik di kalangan keluarga, terutama anak-anak yang dipersetujui menjadi pemohon, jika ibu bapa mereka bersetuju, termasuk anak-anak yang lain. Terdapat juga beberapa adik beradik yang mendirikan rumah berdekatan antara satu sama lain, semua mereka juga dipanggil. Ada aspek-aspek yang lucu berlaku di dalam interview yang mentertawakan kami yang merupakan sebagai hiburan bagi kami, kerana berada begitu lama menginterviewkan mereka. Kami dibantu oleh 2 pembantu dari segi memanggil mereka yang interview dan menyediakan bahan-bahan dan catatan. Ada dari kalangan pemohon yang sudah lanjut usia dan tidak begitu faham berbahasa Melayu, maka diminta anak yang mengiringi masuk sama ketika diinterview Apa yang menarik oleh Adun, sejak awal berhubung dengan masyarakat setempat di Pinggiran Taman Desa Seroja ini bahawa masyarakat multi rasial yang terdiri dari kalangan masyarakat India dan Cina ini hidup dalam keadaan aman. Mereka sebenarnya adalah dari golongan miskin dan kebanyakan mereka adalah sebagai boroh. Ada yang datang bukan saja berpakaian sebagai boroh, tetapi berseluar carik yang menandakan kemiskinan pemohon. Tidak ramai daripada mereka yang meningkat dari status sosial. Hanya sebahagian dari anak-anak telah berpindah, bukan kerana kaya, tetapi lebih kerana ruang di Kg. Pinggiran Taman Desa Seroja telah sempit. Walau bagaimana sebahagian besar terus tinggal di situ meneruskan kehidupan yang diwarisi dari orang tua generasi lalu. Adalah diharapkan dengan pemberimilikan kelak infra-struktur dapat disediakan dengan lebih baik.Kawasan mereka sebenarnya termasuk kawasan pekan, tepi jalan dari Kajang ke UKM, di Jalan Reko, tapi sedikit ke dalam. Bila penduduk mendapat pemilikan tanah mereka tidak lagi ragu-ragu dari segi pemilikan dan boleh usaha untuk membaiki rumah kediaman dengan lebih baik, kerana tanah sudah dimiliki. Diharap Kg. Pinggiran Taman Desa Sentosa menjadi lebih maju dan penduduk lebih aman dan makmur. Sekian.
|
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan