12 di sungai burong - Google Blog Search |
Kerajaan Membela Kebajikan Rakyat Bukan Menindas « PKM <b>Sungai Burong</b> Posted: 23 Jul 2011 10:31 AM PDT Parit 4, 23 Jul : Bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan warga emas selama ini, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor, sekali lagi telah mengadakan program bagi meraikan golongan warga emas, melalui program "jom shopping", kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman. Setiap warga emas yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar di dalam Skim Mesra usia Emas (SMUE) layak untuk menyertai program tersebut yang diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, Rodziah Ismail. Setiap warga emas yang terpilih, katanya, akan diberikan kupon sebanyak RM100 dan akan dibawa ke pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Savemore, untuk mereka membeli belah di tempat berkenaan dengan menggunakan kupon yang diberkan kepada mereka. Ini adalah merupakan satu lagi bukti bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh PR benar-benar mampu untuk menjaga kebajikan rakyat, sebagai sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah dan mandat oleh rakyat, sepatutnya menjaga kebajikan dan prihatin terhadap nasib rakyat bawahan, terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Bukannya tugas pemimpin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bertindak menindas dan menzalimi rakyat serta membebankan rakyat dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian dan kos sara hidup, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di dalam program Pemeriksaan kesihatan Percuma yang dianjurkan oleh Pusat Khdimat DUN Sungai Burong dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 4 dan diadakan di Dataran Pukal Padi parit 4 dan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Haji Abd Rani Osman. Pemberian kupon sebanyak RM100 telah kepada warga emas telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, di perkarangan Tesco Kuala Selangor 15 julai lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan