Rabu, 10 Ogos 2011

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Ramadhan Yang Mampan | Elizabeth Wong for <b>Bukit Lanjan</b>

Posted: 04 Aug 2011 08:12 PM PDT

Greening up Ramadhan Bazaars

Full report here in Selangor Times http://www.scribd.com/doc/61181782/Selangor-Times-July-29-31-2011-Issue-35

Kenyataan Media
3 Ogos 2011Kerajaan Negeri Melancarkan Kempen Ramadhan Yang Mampan
Demi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini melancarkan kempen "Ramadan Yang Mampan."

Dijalankan sepanjang bulan puasa, kempen ini akan bertumpu kepada pasar-pasar Ramadan terpilih di seluruh negeri Selangor.

Ciri-ciri kempen Ramadan Yang Mampan ini termasuk pengutipan minyak masak terpakai daripada peniaga-peniaga untuk mengelakkan pembuangan tidak terkawal ke dalam sistem perparitan.

Di pasar-pasar yang terpilih ini, tong-tong kitar semula juga akan disediakan untuk memudahkan orang ramai mengamalkan budaya cinta alam sekitar  sambil membeli juadah berbuka puasa. Sebahagian dari kempen ini, orang ramai juga diingati untuk membawa bekas makanan sendiri sambil kurangkan penggunaan bahan-bahan plastik dan styrofoam.

Bagi memastikan kesedaran umum kepentingan amalan menjaga alam sekitar, pihak-pihak berkuasa tempatan juga telah memberi taklimat kepada semua peniaga-peniaga di pasar-pasar Ramadan.

Untuk pihak pengguna pula, Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan kesedaran terhadap kempen Hari Tanpa Beg Plastik melalui program-program turun padang di seluruh negeri sepanjang bulan ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam.

Seperti semua rakyat Malaysia maklum, bulan Ramadan, bulan mulia. Bulan berpuasa ini merupakan bulan tarbiyyah dan madrasah. Oleh itu, saya berharap semua umat Islam mengambil kesempatan untuk menyucikan fitrah, meningkatkan amal, memuhasabah diri dan juga menghasilkan pekerti mukmin yabg berubah akhlak, aqidah dan pemikiran 100 peratus.

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Brian Yap di pegawaikhas@gmail.com atau 0163110120

YB Elizabeth Wong

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor


View Larger Map

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads