12 di petaling jaya - Google Blog Search |
mi1: Serbuan JAIS: Perspektif Dakwah dan Undang-undang Posted: 08 Aug 2011 05:47 PM PDT Saya merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila JAIS menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam. Apabila berhadapan isu agama dan sensitif, sewajarnya kita perlu mengambil kenyataan daripada sumber-sumber yang tepat agar tidakdisalah-tafsir atau salah memberi pandangan. Ia bukan sekadar menggambarkan keburukan kepada agama Islam, bahkan memberi nilai yang negatif kepada undang-undang yang menjadi rujukan kita. Hassan Ali (gambar kiri), EXCO agama kepada kerajaan Selangor yang juga mewakili JAIS membuat kenyataan rasminya mendakwa bahawa terdapat seramai 12 orang Islam menghadiri majlis tersebut. Dan katanya lagi, terdapat perkataan 'Qur'an' dan 'Pray' diselitkan di dalam ucapan di dalam majlis tersebut. Tiada tangkapan dibuat, dan hanya pemeriksaan selepas rundingandengan pihak penganjur. (Rujuk: http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4741-serbuan-jais-kenyataan-penuh-datuk-dr-hassan-ali) Namun, bagi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), melalui pengerusinya Biskop Ng Moon Hing berkata program tersebut adalah sebuah majlis makan malam amal tahunan anjuran Harapan Komuniti bagi mengenang usaha pihaknya mengadakan porgram-program komuniti dan kebajikan. (Rujuk di sini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cfm-kesal-tindakan-jais-dan-polis-mahu-sultan-campur-tangan/) Dan bagi presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) pula menyatakan, Harapan Komuniti adalah rakan pertubuhannya dan mengadakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri Johordan Kuala Lumpur di samping memperjuangkan mereka yang menghidap HIV di dalam masyarakat. (Rujuk disini: http://www.malaysiakini.com/news/172122) Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa perlu menunggu laporan penuh daripada kerajaan Negeri Selangor sebelum membuat apa-apa spekulasi, kenyataan dan menuding jari (finger point) kepada mana-mana pihak. (Sinar Harian: 6 Ogos 2011, m/s: 1&4) Ia sangatselaras dengan pendirian Islam. Hatta pemimpin politik Islam sekalipun, kenyataannya haruslah tidak menggambarkan keburukan kepada Islam, lebih-lebih lagi memecah-belahkan masyarakat dan kesepaduan kaum serta agama di Malaysia ini.
Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam isu serbuan JAIS pada Rabu lalu adalah menilainya dari dua persepktif yang utama yakni perlaksanaan undang-undang dan aspek dakwah yang menjadi gambaran (view) agama Islam. Kedua-duanya sama penting dan memerlukan kebijaksanaan menguruskannya. Sesungguhnya, undang-undang wajib ditegakkan. Namun ia sesekali tidak meninggalkan objektif utama penubuhan undang-undang itu yakni memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh manusia. Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing. Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam. Dari sudut undang-undang - Perlembagaan mahupun Syariah - kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan - bagi undang-undang Syariah - apa yang disebut Maqasid Syariah - yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia. Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia - rahmatan lil 'alamin - maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia - orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam. Begitu juga di dalam perlembagaan. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Aziz Bari bahawa perlaksanaan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan harus disertakan dengan semangatnya iaitu menilai objektif ditubuhkan perlembagaan itu - adalah untuk memberi kebebasan, hak dan keharmonian keseluruhan agama dan kaum. Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah - yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang - iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasidsyariah itu. *Mohd Aizat bin Mohd Salleh, B.A Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti Malaya (UM). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan