12 di cheras - Google Blog Search |
PUSAT KURSUS PERKAHWINAN JOMKAHWIN.MY <b>DI CHERAS</b>: JOM BOOKING <b>...</b> Posted: 17 Aug 2011 06:06 PM PDT PERHATIAN PASTIKAN ANDA HANYA MEMBUAT TEMPAHAN SETELAH ANDA BENAR-BENAR COMFIRM DAPAT HADIR PADA HARI TERSEBUT, DAN SEKIRANYA ANDA GAGAL HADIR PADA HARI TERSEBUT IANYA AKAN MENYEBABKAN KERUGIAN KEPADA PIHAK PENGANJUR KERANA TELAH MENUTUP TEMPAHAN BAGI PESERTA LAIN DAN KERUGIAN TEMPAHAN MAKAN MINUN FAIL DAN DLLTARIKH KURSUS PERKAHWINAN BAGI SEPTEMBER - OKTOBER 2011 Tarikh : 10-11 September 2011 (Di Buka Untuk Tempahan) Untuk Booking Secara berkumpulan anda boleh emailkan ke kursuskahwin@ymail.com BIl., Nama Penuh, No. IC, No. HP, Tarikh, No.Tel dan Pusat Kursus Cheras dan emailkan ke: kursuskahwin@ymail.com ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SMS : CHERAS, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS Contoh : CHERAS, ANUAR SUBIR ALI / AYU NURAINI ABDULLAH, 1-2/10/11 HANTAR KE : 012-294 3040 / 012-634 6533 Atau hubungi talian hotline kami di : 03-4260 4329 / 03-4253 3864 WAKTU KURSUS SABTU : 2 Petang - 6 Petang -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
UMNO BAHAGIAN <b>CHERAS</b> BLOGSPOT: Baca al-Quran sebelum <b>...</b> Posted: 15 Aug 2011 10:35 PM PDT KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mempersoalkan kenapa baru sekarang seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang dilarang menggunakan pembesar suara ketika membaca al-Quran sebelum subuh.
Menurutnya, amalan tersebut sudahpun diamalkan sejak berpuluh tahun lalu dan tidak pernah menjadi isu besar atau menerima bantahan daripada rakyat bukan Islam.
Beliau mendakwa, amalan tersebut (membaca al-Quran) sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Islam di negeri berkenaan.
"Apabila amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam sejak turun-temurun itu hendak dihapuskan secara tiba-tiba, sudah tentu akan menimbulkan pelbagai anggapan," ujarnya.
Beliau kesal kerana sejak kerajaan negeri Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, pelbagai usaha dilihat sengaja dilakukan secara halus untuk melenyapkan syiar Islam di negeri tersebut.
Justeru, Syed Ali hairan bagaimana Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang baru sekarang mengambil keputusan mengharamkan penggunaan pembesar suara tanpa mengambilkira sensitiviti umat Islam.
"Pihak berkenaan sanggup membunuh amalan dan budaya yang diamalkan sekian lama oleh orang Islam di Pulau Pinang hanya kerana nak jaga hati bukan Islam, mengapa mudah sangat mengalah ? soal beliau.
"Kita hormat jawatankuasa fatwa berkenaan, tetapi isunya kenapa baru sekarang terlintas untuk berbuat demikian.
"Kenapa berlaku sekarang dan siapa yang membantah, apakah majoriti umat Islam di Pulau Pinang atau ada pihak lain yang sememangnya memusuhi Islam," tegasnya.
Beliau berkata, tindakan tersebut akan menimbulkan persepsi kepada orang ramai bahawa DAP selaku parti pemerintah di Pulau Pinang bebas campur tangan dalam hal ehwal Islam di negeri tersebut.
Beliau khuatir tindakan yang dilihat seperti 'tunduk' kepada telunjuk kerajaan negeri DAP pimpinan Lim Guan Eng itu akan menjejaskan kredibiliti jawatankuasa fatwa berkenaan.
Menurut Syed Ali lagi, hanya di Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang selalu berlaku pertikaian terhadap Islam berbanding dua lagi negeri dikuasai pembangkang iaitu Kelantan dan Kedah.
"Pulau Pinang dan Selangor yang dikuasai DAP sering berlaku kontroversil berkaitan Islam. Ini membuktikan mereka tidak senang hati dan cemas melihat kebangkitan Islam," tegasnya.
Beliau menyebut dua contoh - isu penjualan arak secara terbuka dan serbuan gereja oleh JAIS di Selangor baru-baru ini sebagai tamparan besar kepada pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang.
Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini hanya boneka yang sentiasa mengalah kepada tekanan dan kehendak DAP walaupun menggadaikan maruah umat Islam.
Oleh sebab jelas beliau, Nik Aziz dan pemimpin tertinggi PAS sehingga kini masih belum berani menyatakan pendirian jelas berhubung kedudukan Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali dalam isu serbuan gereja oleh JAIS.
"PAS sudah terjerat, sama ada mahu menegakkan akidah umat Islam atau bersubahat bersama DAP dan PKR Selangor yang kurang senang dengan tindakan JAIS dan Dr. Hassan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan