12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Bazar Ramadhan <b>Kuala Selangor</b> | ! LUNA LANUN ! Posted: 26 Aug 2011 10:48 PM PDT
Assalamualaikum... Dah tinggal 2 hari puasa baru nak post artikel ni. Huhuhuhu... Tak berkesempatan melakukannya sebelum ni. Sibuk dengan hal dunia. Untuk pengetahuan, bazar Ramadhan yang terbesar di Kuala Selangor terbentang di sepanjang jalan di hadapan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor sehingga ke bangunan IADA Barat Laut Selangor. Ada jugak kot anggaran dalam 1 KM.
Seawal jam 3 pm, kelihatan peniaga-peniaga di bazar ini sudah mula sibuk memulakan perniagaan mereka.
Namun pada waktu puncak iaitu jam 5pm dan ke atas, suasana mula menjadi sangat 'jam pack' dengan para pelanggan yang baru balik dari kerja singgah untuk membeli juadah berbuka puasa. Sehinggakan mereka terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan besar yang sedikit sebanyak melambatkan aliran trafik di jalan tersebut disebabkan kenderaan yang ingin berhenti atau keluar.
Juadah yang istimewa?! Ermmmmm... Kelihatannya seperti kebanyakan
makanan yang sempat saya jenguk di gerai-gerai bazar Ramadhan ni boleh didapati di bazar Ramadhan tempat lain. Maksudnya tiada menu yang hanya
boleh didapati di sini sahaja.
Namun putu bambu ini menarik perhatian saya kerana bambu tersebut dibalut dengan kain yang berwarna warni.Unik, tak pernah lagi saya jumpa kat tempat lain. Sempat lagi abang tu menunjukkan isyarat 'peace' semasa saya menghalakan lensa kamera ke arah gerai mereka. Mesti mereka ingat saya ni wartawan sebab bawak DSLR masuk bazar ni snap sana sini.
Selain juadah berbuka, terdapat juga barangan bukan makanan yang dijual dan yang paling menarik perhatian saya adalah tudung saji berikut. Kalau tak silap saya, hiasannya menggunakan penyedut minuman.
Dan ya, berikut merupakan kegemaran saya... Kepak ayam panggang atau di Sabah lebih dikenali sebagai 'sayap bakar'. Namun sos pencicah di sini dengan di Sabah adalah tidak sama. Dan saya lebih suka yang di Sabah. Tapi tak elok makan kerap sangat sayap ayam ni sebab ada orang bagitau saya, katanya ayam-ayam ni bila nak disuntik (tak pasti suntikan apa), akan disuntik di bawah kepak ayam tu. Jadi kepekatan bahan suntikan (bahan kimia) adalah lebih tinggi pada bahagian tersebut.
Selain bazar utama di Jalan Semarak, terdapat satu lagi bazar Ramadhan yang terletak di hadapan pasaraya Tesco Kuala Selangor. Sekiranya malas untuk bersesak-sesak di bazar Ramadhan Jalan Semarak tu, bazar Ramadhan ini menjadi pilihan.
Namun tidak banyak juadah yang dijual di sini memandangkan tidak sampai 20 gerai pun yang ada.
Jadi, selamat berbuka puasa. InsyaAllah, tinggal 2 hari saja lagi untuk menghabiskan sisa puasa Ramadhan tahun ini.
|
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan