12 di hulu selangor - Google Blog Search |
- Aku Budak Balun: Virus 'Kencing Tikus' <b>Di Hulu Selangor</b>?
- Gambar Kemalangan Proton Inspira <b>di Hulu Selangor</b> - Informasi <b>...</b>
- Lawatan keinsafan oleh KP <b>Hulu Selangor di</b> Hospital Sg Buluh
Aku Budak Balun: Virus 'Kencing Tikus' <b>Di Hulu Selangor</b>? Posted: 25 Jul 2011 12:00 AM PDT Huihhh! Sama je bahayanya kena kencing tikus dan kena kencing dengan UMNO-BN.. Satu bawak mati.. kepada MDHS.. kepada keluarga mangsa..
KALUMPANG – Sebuah resort, di sini diarah tutup berikutan penemuan virus Leptospirosis atau kencing tikus yang mengakibatkan kematian seorang remaja, Jun lalu. Pegawai Daerah, Norhisham Ahmad Dahlan (gambar) berkata, penutupan itu dilakukan secara berperingkat sebelum ditutup sepenuhnya sepanjang bulan Ramadan nanti. "Tindakan ini diambil bagi mengelak lebih ramai pengunjung terkena jangkitan virus, langkah ini juga bagi memastikan rawatan ke beberapa kawasan berisiko dapat dilakukan dengan lancar," katanya selepas melawat resort berkenaan, di sini, semalam. Lawatan itu turut disertai beberapa pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDHS). Sehingga kini, tiga lokasi di kawasan resort itu telah ditutup, iaitu kolam mandi (tempat penemuan awal virus), kafeteria dan tapak perkhemahan sejak 22 Julai lalu bagi mengelak pengunjung ke kawasan itu. Norhisham yang juga Pengerusi Wabak Penyakit Daerah Hulu Selangor memaklumkan, kes berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu, hasil keputusan positif daripada dua sampel air yang diambil di resort itu. Menurutnya, keputusan dikeluarkan hasil siasatan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan. "Dua sampel air yang diperoleh daripada Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor dibawa ke makmal didapati positif virus Leptospirosis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Gambar Kemalangan Proton Inspira <b>di Hulu Selangor</b> - Informasi <b>...</b> Posted: 22 Jul 2011 10:41 PM PDT Sedang aku santai-santai di rumah sambil tengok TV tempatan, ada satu kes kemalangan dipaparkan yang melibatkan Proton Inspira. Dikatakan kereta Proton Inspira itu mengalami pecah tayar kiri lalu berpusing sebelum merempuh penghadang jalan sebelah kiri. Seorang penumpang mati akibat tercampak keluar dari kereta Proton Inspira itu, manakala pemandunya hanya cedera ringan. Aku pun lantas, selepas berita kemalangan tersebut, terus mencari maklumat kemalangan yang berlaku di Hulu Selangor/Ulu Bernam ini di Internet, dan ketemu dengan maklumat yang dicari di ondscene.my. Dibawah merupakan gambar kemalangan Proton Inspira di KM 401.8 di Ulu Bernam pukul 1 pagi. Seorang yang mati tercampak itu merupakan pekerja Eksekutif Pemasaran akhbar Kosmo. Berdasarkan pengalamanku selama 4 tahun berkecimpung dalam dunia penyiasatan kes kemalangan, Kebanyakkan kes pemandu atau penumpang tercampak keluar akibat kemalangan adalah disebabkan oleh tidak memakai tali pinggang keselamatan. Jadi, berhati-hatilah di jalan raya, jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kenderaan. That's the least you could do to save your life. Satu lagi, bagaimana tayar kereta Proton Inspira itu boleh pecah? Nak ikutkan, kereta Proton Inspira ni keluaran baru, kurang dari 2 tahun pun. Bagaimana boleh pecah tayar tu? Nak kata panas, kejadian berlaku waktu malam. Hmmm anyway, Al-fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. P/S: Tidak semua orang bernasib baik untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. Mari kita sama-sama berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat ketemu dengan bulan penuh berkat, bulan Ramadhan. Amin.
|
Lawatan keinsafan oleh KP <b>Hulu Selangor di</b> Hospital Sg Buluh Posted: 12 Jul 2011 01:02 AM PDT Selasa, 12 Julai jam 4 ptg Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor Saudara Mahmud Karim telah membuat lawatan keinsafan Saudara Wahi Iskandar KP Cawangan TMN Cempaka Serendah dan lawatan keinsafan Saudara Rushdan bekas Ketua Pengadil Bolasepak Daerah Hulu Selangor.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di hulu selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan