12 di semenyih - Google Blog Search |
TRAFIK <b>SEMENYIH</b> SESAK TERUK <b>DI</b> BULAN RAMADHAN « PANDANG-pandang Posted: 04 Aug 2011 02:02 AM PDT Kesesakan trafik luar biasa di Semenyih! Ya! Keadaan ini merupakan satu fenomena biasa di Malaysia dan ianya adalah perkara tipikal sehari-hari yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Kesesakan trafik ini akan bertambah parah bila sesuatu "occasion" tiba umpamanya bulan-bulan perayaan, cuti sekolah dan lain-lain. Kini bulan ramadhan menjelang, seperti yang aku katakan tadi kesesakan trafik luar biasa telah berlaku dan kali ini bukan luar biasa yang biasa-biasa sahaja malah ianya luar biasa-luar biasa sekali!! Maksudnya luar biasa kuasa dua! Kamu semua mengerti apa yang aku maksudkan itu? Begini, jika selalunya dalam keadaan jalanraya yang sesak selepas waktu pejabat di hari-hari yang biasa aku akan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk pulang atau sampai ke rumah dari Cheras, KL ke Semenyih, Selangor. 45 minit sahaja dan kurang dari itu jika keadaan trafik tidak mencemburui aku. Tetapi semalam, tanggal 3/8/2011 aku telah dikejutkan dengan satu fenomena yang agak "kurang ajar" dan menguji keimanan aku yang sedang berpuasa, manakan tidak, aku mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke Semenyih! Keluar pukul 5 petang dan sampai selepas waktu berbuka! Ini semua angkara kesesakan lalu lintas yang melampau. Benar ini bukannya satu cerekarama rekayasa semata-mata, ini adalah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh aku khususnya dan masyarakat Semenyih amnya. Semalam aku telah terperangkan di dalam kesesakan di beberapa "hot spot" termasuklah terhenti seketika dan tersenggut-senggut kenderaan aku dengan kelajuan purata kurang dari 10km/j ketika terperangkap. Semasa di persimpangan susur keluar Sunway Semenyih aku ternampak kesesakan trafik berlaku di situ jadi tanpa berfikir panjang aku membuat keputusan untuk melalui lebuhraya LEKAS. Tapi malang buat aku kerana perkara yang sama berlaku di situ juga. Akibat tekanan dan stress yang melampau ketika di exit Semenyih, lebuhraya LEKAS aku mengambil langkah drastik dengan membuat pusingan U dan seterusnya memasuki lebuhraya LEKAS kembali untuk keluar di exit Pajam (Aku terperangkap kira-kira 35 minit dari tol Semenyih untuk sampai ke persimpangan lampu trafik yang jaraknya kurang dari 500 meter). Jika aku tidak membuat tindakan sebegitu (baca; pusingan U) aku jamin dan pasti kelewatan akan aku hadapi untuk tiba ke rumah, mungkin lebih 3 jam baru tiba! 3 jam satu jangkasamasa yang lama dan aku boleh pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor! Dari pemerhatian aku semalam, cuaca agak kurang baik dengan hujan lebat diwaktu petang. Tambahan pula semua pekerja (baca; muslim yang berpuasa) berpusu-pusu keluar dari pejabat dengan serentak dan justru menjadikan keadaan bertambah sesak lebih teruk daripada biasa. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai pula, terdapat satu kemalangan yang melibatkan lori besar di depan Mc D Semenyih yang menyebabkan kesesakan bermula dari depan Mc D hingga ke Bandar Sunway Semenyih. Mungkin oleh kerana faktor-faktor ini yang menyebabkan kesesakan jalanraya berlaku di Semenyih semalam. Pembangunan perumahan yang pesat di sekitar pekan Semenyih juga menyumbangkan kepada faktor kesesakan jalan raya di Semenyih. Kadar pertumbuhan dengan penduduk yang bermaustautin di Semenyih kian meningkat, housing area pun semakin banyak dan melambak tapi…jalan-jalan raya tidak pula dibesar dan dilebarkan sejajar dengan pertambahan penduduk ini malahan tiada pula jalanraya alternatif dibina bagi memberi pilihan kepada pengguna jalan raya di pekan itu dan kini jalanraya Semenyih-Kajang itulah merupakan satu-satunya jalanraya yang ada untuk menghubungkan Semenyih dengan bandar-bandar besar seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Seremban dan lain-lain. Entahlah…kini Semenyih dah makin sinonim dengan kesesakan jalan raya. Semenyih…ohhhh…Semenyih. p/s- 8-9 tahun dulu taklah sesesak macam sekarang ni dan aku masih ingat lagi dengan cakap-cakap orang satu ketika dulu…"Semenyih tempat jin bertendang" Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di semenyih - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan