12 di morib - Google Blog Search |
I.A.G. Kisahku: Taman tema air <b>di Morib</b>, Banting Posted: 26 Jul 2011 02:25 AM PDT Pernah dengar kat Morib, Banting ada sebuah taman tema air atau Water Theme Park ala-ala macam Desa Waterpark. Beberapa bulan lepas, x ingat dah bile. IAG dan isteri pergi menginap di Gold Coast Morib. Alang-alang ada urusan di situ, sambil2 bercuti hujung minggu pun best gak. Kebetulan plak Gold Coast Morib tengah promotion dan harga bilik sekarang ni separuh harga. Gold Coast Morib ni bukan Golden Palm Tree, Bagan Lalang tu, walaupun jarak antara kedua-duanya tak la jauh sangat. Belum mampu lagi IAG nak sewa bilik di Golden Palm Tree, mahal sangat. Gold Coast Morib - Pantai Morib Promosi separuh harga ini sebab Gold Coast Morib ni masih dalam pembinaan. Masih ada blok-blok yang belum siap. Sewaktu IAG pergi tu pun, restoran dan kedai-kedai dia masih belum siap sepenuhnya. Antara jenis-jenis bilik yang ada: Studio Suite ( 1 Room) Kami sewa bilik Studio Suite sebab pergi laki-bini jer. IAG pilih bilik yang menghadap water theme park dia. View yang amat menarik. Setiap bilik suite ini juga ada jacuzzi. Lepas abis bersuka ria di theme park, rileks dan berendam di jacuzzi pun syok gak. Resort ini memang untuk percutian keluarga. Theme park ini juga dibuka untuk orang luar yang tidak menginap di situ. Tapi kalau xsilap, dikenakan bayaran RM20 untuk sekali masuk. Bagi yang menyewa bilik akan masuk free. Pemandangan Taman Tema Air waktu malam dari bilik. So far, masa kami pergi banyak kemudahan yang masih belum ada. So tak banyak aktiviti yang dapat kami buat selain mandi-mandi, main gelungsur dan jalan-jalan tepi pantai. Bayar pun separuh harga...huhu. Cuba tengok video marketing Gold Coast Morib ni. Mungkin tak lama lagi, Morib akan jadi tempat kunjungan ramai macam Port Dickson. (Kalau la pantai Morib, Bagan Lalang dan Port Dickson ni bersih dan cantik kan best, xperlu pergi Pantai Timur lagi. ) |
SOSILAWATI MATI DIBUNUH <b>DI MORIB</b> ~ ZairieHusin.Com Posted: 11 Sep 2010 10:17 PM PDT KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut. Motif pembunuhan belum dapat dipastikan. Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu. 'Datuk' berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan. "Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah. "Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir 'menghilangkan' pelanggannya," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu. Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu. Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya. Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis. Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. P/S : Harap apa yang berlaku oleh keluarga dato sosilawati ada hikmahnya.. amin.. |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan