12 di sungai buloh - Google Blog Search |
Ni La BlOg Aku… » Blog Archive » kilang mercun <b>di sungai buloh</b> <b>...</b> Posted: 24 Aug 2011 02:10 PM PDT Hasil nukilan alongxp pada 25 Aug 2011 dalam kongsi kat sume, pagi | mesti korg ingat aku menipu kan? mana ada kilang mercun kat malaysia ni… jual mercun pon diharamkan,inikan pulak ade kilang mercun.. ye tak? ade… kilang mercun tu ade… dekat je ngan umah aku… masa kilang mercun tu meletup,aku sendiri tengok letupan2 yang terhasil tu… lantai bergegar2 beb… serius aku tak tipu… semalam, aku bw… aku g kat blog syuxer, so aku nampak la post pasal kilang mercun meletup tahun 1991 (masa tu aku darjah 1). so aku klik la link dalam entri tu… letupan kilang mercun sungai buloh. tragedi tu jugak disebut sebagai 'Hiroshima Sungai Buluh' mau taknye, kalau korg baca note tu, dia ada nyatakan kawasan yg jauhnye 7 km dari situ pon boleh rasa letupan tu, ini kan pulak kawasan kuaters aku yang bertentang atau seberang jalan dari kawasan kilang mercun tu. sape2 yang lalu kawasan sungai buloh atau dok sungai buloh tau la kot kuarters askar kat tepi jalan tu… kalau dari arah kl,lpas skolah tu,block A, tu la rumah aku… tapi masa letupan2 awal tu,aku tak de kat umah,aku mengaji kat block lain,aku tak ingat blok ape,tapi block lain ar… masa tu aku da siap mengaji dah,sok main kat blkg surau,tetiba dengar bunyi letupan 1st tu,cukup kuat sampaikan aku ingat ade bom yg kapal terbang perang jatuhkan dekat2 kawasan situ,aku pon trus lari masuk surau balik, bile letupan ke tiga tu,ustazah kitorg soh memasih balik, mase tu letupan die punye la kuat. lantai ni terasa beb bergegar… aku lari balik rumah ngan gaya askar tengah mengelak peluru2 dari pihak musuh(pengaruh tv), sampai umah kitorg warga kuarters turun la plak ke kawasan lapang antara blok a ngan block b. mau taknye, kalau dah cermin yang 7 km dari situ leh pecah dek kerana letupan kilang mercun tu, korang bayangkan la ape yang jadi kat kitorg yg xsmp 1 km pon dr situ… serius meriah masa tu beb. seingat aku la… sampai maghrib pon xabes lagi terbakar masa tu. lpas abes letupan2 tu,kitorg naek balik ke rumah masing,pastu aku pon jalan2 g umah kawan2 tengok apa yang jadi, ade yg pintu almari tercabut,ada yang papan atas almari bergerak,ada yg cermin pecah… macam2 la… No related posts. |
You are subscribed to email updates from di sungai buloh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan