Rabu, 24 Ogos 2011

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Polis Tembak Mati Suspek Kes Samun <b>Di Sungai Buloh</b>

Posted: 20 Aug 2011 10:21 PM PDT

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati seorang suspek kejadian samun di sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan selepas melarikan diri ke Damansara Damai.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi apabila dua lelaki rakyat tempatan berumur 20-an dan 30-an bersenjatakan pistol itu memasuki premis berkenaan untuk menyamun.

"Kebetulan pada masa itu, dua anggota polis sedang melakukan operasi di kafe siber berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tun Hisan berkata, suspek berusia 20-an itu terkena tembakan dalam kejadian berbalas tembakan.

Tun Hisan berkata, rakan suspek yang mengalami kecederaan sempat melarikan diri menaiki kereta jenis Citra berwarna hitam yang dipandu seorang rakan mereka.

"Polis mengejar kereta itu hingga Damansara Damai. Suspek kedua berjaya ditahan, manakala lelaki yang memandu kereta itu berjaya melarikan diri. Polis sedang mengesan kereta itu," katanya.

Beliau enggan mengulas bagaimana dan di mana suspek terbabit ditinggalkan di kawasan Damansara Damai.

Tun Hisan berkata, suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala dua anggota polis yang membuat operasi di kafe siber berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya, sambil menambah kafe siber itu sudah lima kali diserbu pihak berkuasa sebelum ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads