Rabu, 24 Ogos 2011

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Laporan salahguna RM6 bilion wang Felda ke SPRM - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2011 10:41 PM PDT

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membawa isu salahguna RM6 billion wang Felda kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, ia dilakukan kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mahu pun Felda gagal memberi maklum balas berhubung pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu.

"(Sebelum ini) saya buat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi dan mohon siasatan dibuat.

"Tetapi hari ini saya terima surat dari polis menyatakan kes ini perlu dilaporkan kepada SPRM.

"Kalau sampai Hari Raya tiada penjelasan dari Ahmad Maslan, kita akan serah laporan kepada SPRM," kata Mazlan Aliman.

Menurutnya, pihaknya menamakan beberapa individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad) dan Ketua Pengarah Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Anak pada Mei lalu mendedahkan pinjaman berkenaan yang dianggap membelakangkan kepentingan peneroka Felda.

Susulan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendakwa Felda meminjam dari KWSP untuk membiayai  pelaburan RM3 bilion oleh Felda Global Ventures.

Anwar mendakwa wang itu dilaburkan Felda Global kepada Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia yang semuanya mencatatkan kerugian terkumpul dar 1997 hingga 2010 sebanyak hampir RM500 juta.

Dalam sidang media sama, Mazlan menyatakan kebimbangannya terhadap Projek Perumahan Generasi Baru Felda yang akan dibangunkan oleh Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan disiarkan pada muka depan akhbar Berita Harian hari ini.

Menurut Mazlan, beliau bimbang peneroka akan ditipu dengan projek itu yang hanya diuruskan sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Malah, peneroka dan kakitangan Felda sendiri sebelum ini pernah tertipu dengan projek-projek perumahan sebegini.

"Saya nyatakan kebimbangan saya kerana adakah mereka bersandar pada komitmen kerajaan dalam projek ini?" tanya Mazlan.

Beliau mengambil contoh projek perumahan untuk 145 orang kakitangan Felda di Sungai Tengi Selatan, Selangor yang diluluskan pada tahun 1997 dan dilancarkan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Projek sebegini ditubuhkan kerajaan negeri pun dah gagal, apalagi GWGF?" kata Mazlan.

Beliau seterusnya meminta kerajaan BN mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang menubuhkan Sekretariat Felda Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua Felda.

Di bawah projek itu, 50 ekar tanah diluluskan untuk projek perumahan dengan setiap 12 ekar mampu memuatkan 100 buah rumah, kata Mazalan.

Generasi kedua yang membeli rumah itu juga hanya perlu membayar sekitar RM150 sebulan selama hampir 20 tahun, katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19027

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads