12 di bandar sunway - Google Blog Search |
jeffrey cheah foundation scholarship 2011 Posted: 13 Sep 2011 06:58 AM PDT September 13th, 2011 | by admin | Jeffrey Cheah Foundation Scholarship 2011 – Nurturing the Seeds of Wisdom. Believing in your future. With RM66 million in scholarships awarded to more than 6,000 recipients to date, the Jeffrey Cheah Foundation is founded on the fundamental premise of giving to society. A timeless commitment to benefit generations to come, the Foundation believes that education should not be denied to those deserving, through learning scholarships for students who need economic support. With its Three Founding Principles — Giving to Society, A Vision in Perpetuity and Quality Education, scholarships are made available for students to pursue their studies at Sunway University, Monash University Sunway campus, Sunway College as well as other preferred local and foreign universities. Cheah Foundation offers SChOIarShIpS in the following disciplines: Engineering Civil I Electrical I Mechanical I Architecture I Construction Management I Quantity Surveying Business Marketing I Psychology I Human Resources I Mass Communication I Public Relations Management Finance 8i Accounting I Business Administration I Commerce I Economic I Computer Science Successful candidates would have the opportunity of placement in a top organisation in Malaysia, upon completion of their studies. Only short-listed candidates will be notified. Apply for these scholarships by 22"° September 2011 at the jeffreycheahfoundation.com JEFFREY Ct-IEA!-1 FOUNDATION e¤¤g4r..rr No. 5, Jalan Universiti, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan J roar seas ssvs (oai seas ssva The Jeffrey Cheah Foundation offers Scholarships disciplines: Engineering – Civil, Electrical, Mechanical, Architecture, Construction Management, Quantity Surveying Business – Marketing, Psychology, Human Resources, Mass Communication, Public Relations, Management – Finance & Accounting, Business Administration, Commerce, Economic, Computer Science, Successful candidates would have the opportunity of placement in a top organisation in Malaysia, upon completion of their studies. Only short-listed candidates will be notified. Apply for Jeffrey Cheah Foundation Scholarship 2011 by 22 September 2011 at the www.jeffreycheahfoundation.com No. 5, Jalan Universiti, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Phone 03-5638 3575 Related posts: |
Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Saya Ingin Sertai 'My Selangor Story 2011' Posted: 05 Sep 2011 05:49 PM PDT 'My Selangor Story' telah datang lagi. Akak yang memang di lahirkan di Selangor dan kebetulan 2 orang anak di lahirkan di Selangor memang rasa teruja nak masuk contest ni. Pertandingan ini di buka kepada bloggers dari Malaysia dan juga dari Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Panel dari 'My Selangor Story' akan memilih 30 peserta dari 4 negara tersebut untuk mengembara seluruh negeri Selangor selama 5 hari 4 malam bermula dari 28hb September 2011 hingga ke 2hb Oktober 2011. Sepanjang pergembaraan ini, para bloggers di kehendaki menulis dan juga membuat video mengenai segala bentuk kegiatan yang di lakukan di blog masing-masing untuk di kongsikan dengan pembaca mereka Kenapa saya nak masuk ' My Selangor Story 2011' ? Saya sukakan cabaran dan suka travelling ke tempat-tempat yang menarik. Banyak tempat-tempat menarik yang pernah saya pergi di Selangor. Saya juga ingin menjelajahi ke tempat-tempat lain yang belum pernah saya kunjungi di negeri Selangor. Saya rasa saya juga layak menyertai cabaran ini sebab blog saya mempunyai ramai visitor dan setakat ini blog saya telah mencecah ke sejuta orang dari tahun 2009. Memang pengunjung blog saya sukakan membaca kisah pengembaraan jika saya travelling ke mana-mana. Jom baca kat mana tempat yang pernah saya pergi di Selangor. Kawasan yang di namakan Little India terletak di Jalan Tengku Kelana di Klang Selatang. Di sinilah syurga bagi kaum India untuk berbelanja terutama apabila hendak menymbut Depavali. Kaum India suka berbelanja di sini kerana mereka boleh mencari bermacam-macam barangan terutama pakaian tradisional India seperti sari, peralatan sembahyang dan juga makanan bangsa India. Ada juga di jual kain ela, langsir, cadar dan permaidani. Satu lagi tempat yang perlu anda pergi bila ke Selangor ialah Sunway Pyramid yang juga adalah kompleks membeli belah yang terkenal di Selangor dan terletak di Subang. Bila tiba hari perayaan seperti Depavali Sunway Pyramid akan di hias cantik mengikut tema perayaan. Tempat Bersejarah Salah satu tempat yang bersejarah yang menjadi tumpuan ramai ialah Bukit Malawati, Kuala Selangor.Kota Malawati terletak di atas sebuah bukit di belakang Pekan Kuala Selangor dan bukit tersebut dikenali sebagai 'Bukit Selango Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung . Kota Malawati dibentuk mengikut reka bentuk kota-kota dari barat dan dibuat kubu di setiap penjuru kota sebagai askar-askar berjaga. Kesan-kesan yang dapat dilihat di kota bersejarah pada masa ini ialah beberapa pucuk meriam besi buatan Belanda. Rumah Api di Taman Melawati. Terdapat juga beberapa meriam lama yang terletak berhampiran Muzium Kuala Selangor yang boleh di masuki secara percuma. Bila keluar dari Muzium Kuala Selangor kita di hampiri pula oleh sekumpulan lotong yang amat jinak. Dengan RM1.00 kita boleh membeli makanan lotong dan memberi makan kepada mereka. Jangan takut sebab setakat ini tiada lagi yang pernah di cederakan oleh lotong. Ambillah gambar sebanyak mana kerana pengalaman bersama habitat yang berkeliaran tidak akan di alami di tempat lain. Selepas itu kita boleh menjelajah kota tinggalan lama di Bukit Malawati dan mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Kubu pertahanan ni masih lagi kukuh sehingga ke hari ini. Kota Malawati berbentuk segiempat dibuat daripada timbunan tanah dan ketul-ketulan batu pejal yang disusun oleh tukang-tukang kayu yang mahir. Luas kota tersebut adalah kira-kira 74m x 30m, benteng kota ditambak dengan tanah kira-kira 2m tingginya dari paras dalam kota dan pada batang sebelah timur bahagian luarnya disusun dengan ketul-ketul batu pejal yang diambil dari lereng-lereng bukit tersebut. Jangan lupa melawat Perigi Beracun di namakan se demikian kerana airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.
Tempat Mandi Manda dan Kawasan Rekreasi Salah satu tempat yang menarik ialah Kolam Air Panas Hulu Tamu. Terdapat 2 kolam air panas yang di sediakan iaitu untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak. Dengan merendamkan keseluruhan anggota badan di katakan air panas semula jadi dan berkhasiat untuk sesiapa sahaja yang ada penyakit kulit. Untuk kanak-kanak airnya tidaklah sepanas kolam orang dewasa. Kanak-kanak boleh berenang sepuas hati. Jangan risau kerana di sini di sediakan kemudahan tempat mandi, tandas dan wakaf. Ada juga penjual makanan di sini. Kolam mandi air panas ni di katakan boleh menyembuhkan penyakit kulit. Satu lagi tempat menarik di Selangor ialah di Empangan Batu iaitu sebuah empangan buatan tadahan hujan yang terletak di Lembah Kelang atau lebih tepat lagi ia terletak di sepanjang jajaran rangkaian jalan utama Selayang-Sungai Tua-Ulu Yam. Dikatakan tasik di sini kaya dengan pelbagai sumber ikan dan memang sesuai untuk kaki pancing kota melepaskan gian memancing kerana ianya berdekatan dengan Kuala Lumpur. Jika tidak minat memancing anda boleh merehatkan diri bersama keluarga. Empangan ini yang di namakan R1, R2 dan R3 mempunyai tempat berehat bagi pengguna laluan Sungai Tua-Ulu Yam. Jangan risau sebab di sini di sediakan wakaf dan memang sesuai untuk aktiviti perkelahan kerana ia mempunyai pemandangan yang menarik dan kita boleh menikmati kesegaran udara tasik dan keindahan hutan yang belum tercemar. Berhampiran dengan Empangan Batu pula kita boleh mandi manda di Sungai Ulu Yam. Di sini di sediakan kemudahan tempat meletak kereta dan juga di sediakan tandas. Pengunjung boleh memilih tempat mandi manda di 3 tempat. Tempat meletak kereta yang tertinggi ialah di no 3 dimana terdapat air terjun yang deras mengalir. Bawalah makanan sambil menikmati suasana indah di sini kerana hutan yang belum tercemar. Air yang sejuk dan nyaman dan bersih memang sesuai untuk kanak-kanak bermain air. Sejuknya air di sini sampai menusuk ke tulang. Jika badan merasa sejuk kita boleh berehat di batu-batu yang besar yang banyak di sungai ini sambil menikmati makanan yang di bawa. Selepas kenyang bolehlah kita teruskan aktiviti mandi mandaKita boleh membuat pilihan samada inginkan tempat yang dalam ataupun yang dalam. Selain dari itu kita boleh juga mandi manda di Wet World yang terletak Persiaran Dato' Menteri Seksyen 2 Shah Alam . Dengan bayaran yang minimum kita boleh menikmat segala kemudahan yang disediakan dari pagi sehingga ke petang. Anak-anak memang suka mandi manda di sini Satu lagi tempat yang menarik yang perlu anda terokai ialah di Sunway Lagoon. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga tercinta Anak-anak merasa gembira bila ke sini
Pilih saja makanan yang di sukai, kita akan dapat apa yang di ingini Di MAHA Serdang pula ada jualan ala bazar ...boleh membeli belah barang keperluan dan di sediakan juga tempat jualan makanan. Jangan risau sebab di sini juga ada di jual makanan yang lazat. Tak kiralah di Rawang di Bukit Antarabangsa dan di Bandar Sunway kita boleh menikmati makanan setiap masa. Pasar Tani Shah Alam Selangor Jangan lupa singgah ke Pasar Tani Shah Alam. Pasar ini terletak di Seksyen 13. Shah Alam. Lokasinya di lapangan letak kereta Stadium Shah Alam dan berhampiran Pasaraya Giants, juga berhampiran Stadium Malawati . Bermacam-macam barangan yang dijual termasuk barangan basah seperti ikan, daging, udang, kain baju dan beraneka barangan lagi. Barangan yang di perbuat dari kulit juga ada di jual..macam-macam ada di Pasar Tani Shah Alam Ada 2 Airport Yang paling menarik mengenai negeri Selangor di sebabkan terdapat 2 lapangan terbang ada di sini. Terletak di Sepang Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah di nobatkan sebagai salah satu Lapangan Terbang yang terbaik di dunia. Kuala Lumpur International Airport terletak 50km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini berkonsepkan "Lapangan Terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara. Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ). Low Cost Carrier Terminal (LCCT)KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain. Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang pertama dibina khas di KLIA untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya para penumpang syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia. Apa macam, bestkan negeri Selangor ni...Tak payah kita hendak melancung jauh-jauh, di negeri Selangor sudah terdapat tempat-tempat menarik yang perlu di terokai dan di lawati. Itulah sebabnya saya merasakan saya patut terpilih menyertai 'My Selangor Story' bagi 2011 sebab saya ingin lagi menjelajahi ke serata tempat di Selangor dan mempromosikan negeri Selangor dan juga dapat berkenalan dengan blogger dari negara lain.Saya juga suka menghadiri event yang di anjurkan oleh pihak tertentu, kalau tak percaya boleh cerita ceriti saya kat halaman di atas.
|
You are subscribed to email updates from di bandar sunway - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan