Sabtu, 24 September 2011

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Majlis Aidilfitri Perantau, Ilmuan <b>di Bangi</b> 24 Sept

Posted: 23 Sep 2011 04:00 PM PDT

Harakahdaily   

BANGI, 24 Sept: Dua buah badan bukan kerajaan, Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dan Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) akan mengadakan Majlis Ramah mesra Aidilfitri pada Sabtu, 24 September mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITI) di belakang Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Untuk memeriahkan sambutan sempena Aidilfitri kali ini, Perantau menyediakan masakan makanan tradisi kegemaran Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor dan lain-lain makanan untuk menjadi hidangan pada majlis tersebut.

Menurut Setiausaha kerja Perantau/Ilmuan, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman at-Takiri, kedua-dua NGO ini mengambil inisiatif bergabung mengadakan program pertemuan Aidilfitri kali ini pada 24 September sebagai penerusan kepada kerjasama mereka mengadakan Wacana Merdeka di Masjid Pengadang baru, Kuala Terengganu sempena sambutan Kemerdekaan pada 16 September lepas.

Beliau menjemput dan mengalu-alukan masyarakat sekitar Lembah Kelang terutama ahli-ahli Ilmuan dan Perantau hadir memeriahkan lagi majlis Aidilfitri pada kali ini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads