Sabtu, 24 September 2011

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


krisis air <b>di</b> lembah <b>klang</b> : papan kekunci dot com

Posted: 21 Sep 2011 09:55 PM PDT

Minggu lepas pergi beraya di rumah ibu saudara di Semenyih, waktu kami datang air tidak ada hingga terlonggok pinggan mangkuk. Walaupun empangan Semenyih berdekatan, kawasan Semenyih tidak ada bekalan air mencukupi. Minggu ini saya mula perasan pada waktu malam air tidak ada bila buka pili walaupun kediaman berdekatan dengan sungai Klang yang keruh itu. Semalam di Kosmo, saya ada terbaca petikan "Krisis Rizab air di lembah Klang".

PETALING JAYA – Krisis air di Lembah Klang semakin menjadi kenyataan apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh).

Ini bermakna dalam kes kecemasan, jumlah rizab harian itu hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.

Pengarah Eksekutif Perancangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Sanusi Sulieman berkata, kadar rizab yang diunjurkan oleh pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan.

Namun katanya, kekhuatiran mengenai bekalan air timbul selepas permintaan melonjak kepada 4,197 jlh sedangkan kapasiti pengeluaran air sedia ada setakat 4,326 jlh.

"Situasi ini membimbangkan kerana purata kadar penggunaan air naik 3.5 peratus, dan angka ini dicatat naik berterusan sejak 2005.

"Peningkatan permintaan ini dijangka berterusan sejajar dengan perkembangan pembangunan di kebanyakan kawasan di Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat meja bulat mengenai isu bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason turut disertai Ketua Penolong Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Nor Zamri Sondor dan Pengarah Pusat Kajian Sumber Air Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Mohd. Zaki Mat Amin.

Kosmo! 23 Ogos lalu menyiarkan mengenai krisis kekurangan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketiga-tiga kawasan berkenaan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 4.2 peratus iaitu 186 juta liter sehari.

Krisis air di Lembah Klang sudah ada tanda-tanda. Agaknya air memang sudah tidak cukup di Lembah Klang khususnya negeri Selangor tercinta ini. Teringat krisis air yang teruk dulu hingga kami perlu mendah air dihadapan rumah kerana tekanan yang cukup rendah. Pagi tadi buka pili hadapan rumah, air tak naik lagi. Malam ini nekad tadah air dalam tonglah jawabnya.

Pemilik Papan Kekunci merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang wanita yang suka menaip di ruang sesempit blognya. Terima kasih kerana sudi membaca.

azura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads