Ahad, 11 September 2011

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Susahnya cari kedai membaiki TV <b>di</b> sekitar Putrajaya/<b>Bangi</b>/<b>Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 08:59 AM PDT

Alhamdulillah, digagahi jugak jari jemari ini menari-nari di atas papan kekunci laptop hitam ni (chewah...)

Fuh. Bukan tak update sebab raya sakan, tapi kekangan masa. Digagahi jugak tangan dan mata ni untuk menaip. Dah lama tak update tiba² cerita pasal TV pulak kan?

Keesokan selepas sampai dari kampung setelah 13 jam di atas jalan raya, TV kat rumah pulak buat hal. Tiba² je skrin jadi putih, padahal sebelum tu elok je Darwisy tengok kartun. Gelabah jugaklah memikirkan warranty dah habis disebabkan usia LCD Phillips tu dah 3 tahun lebih.

Cari dekat internet dengan menggunakan keywords kedai baiki TV di area/sekitar Putrajaya/Bangi/Kajang dan juga keywords yang sewaktu dengannya tak jumpa² jugak. Dipendekkan cerita, jumpa juga 4 tempat yang boleh repair TV.

1. Dekat Sri Serdang, berhampiran bengkel motor Honda yang besar tu. Dekat² balai polis. Lupa ambil alamat. Tak jadi hantar kat situ sebab tutup, hari Ahad.

2. Azli (0125547573), Putrajaya- Rupanya² ada jiran kat sini yang buat part time repair TV. Tak jadi hantar sebab dia bagitau lambat sikit kalau LCD TV sebab part dia kena order. Kalau CRT (TV lama) insyaAllah dia boleh buat cepat.

3. Kat kajang. Tak sempat tanya kedai apa, member cakap kat situ lama sangat masa untuk repair, terus tak jadi..hehe.

4. ELEKTONIK FARINA, NO. 8 LOT 3189 JLN CEMPAKA BIRU, 43000 BANDAR BARU BANGI. 0192002554. Ha..ambik alamat lengkap lagi. Ni dekat dengan ILIM Bangi.
Saya hantar di kedai no 4 tu. Ambil masa dua hari untuk siap. Dan abang yang repair tu pun ok, siap bagitau kos untuk part dan upah. Kalau tak percaya boleh call Phillips tanya harga part tu..hehe

Dan barang yang rosak dan berharga RM290 itu adalah....
Besar tapak tangan je video board ni. TV sekarang kalau rosak kena tukar seketul terus macam ni, bukan macam TV lama yang part² kecik masih boleh diganti. Makin canggih makin mahal kos baiki..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads