Jumaat, 2 September 2011

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Suara Sukan Anda: Malaysia Tumbang <b>Di Shah Alam</b>

Posted: 06 Aug 2011 02:31 PM PDT

Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor memulakan persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini dengan langkah kanan, apabila menewaskan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K.Rajagobal, 1-0 di hadapan hampir 2000 penonton di Stadium Shah Alam malam tadi.

Gol tunggal jaringan Rudie Ramli, pada minit ke 65, sudah memadai buat Gergasi Merah Kuning mengaibkan Harimau Malaya - kekalahan yang sekadar meneruskan lagi rentetan aksi buruk selepas tersingkir di Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, tewas kepada Singapura hujung bulan lalu.

Dengan Oman tidak lagi berminat untuk menentang Malaysia, manakala FAM dikhabarkan menolak jemputan Indonesia untuk aksi persahabatan kerana khuatir kekalahan akan menjejaskan sokongan peminat dan moral pemain, panggilan ke kem kebangsaan kali ini dilihat tidak lebih daripada suatu pembaziran.

Malaysia : Farizal Marlias, Helmi Remeli, Rizal Fahmi Rosid, Norhafiz Zamani, Asrarudin Putra, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Shakir Shaari, Baddrol Bakhtiar, Safiq Rahim, Safee Sali

Selangor : Iqbal Suhaimi, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Yosri Dermaraju, P.Gunalan, Rudie Ramli, Hardi Jaafar, Amri Yahyah, Fitri Shazwan, Haziq Zikri Elias, Fadzli Shaari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads