Isnin, 3 Oktober 2011

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Haruan Belasah Dedak @ Kolam Sri Haniko, <b>Semenyih</b>

Posted: 12 Sep 2011 09:07 PM PDT

Salam Syawal Semua,

Di bulan Ramadhan yang lepas, saya kurang aktiviti memancing. Dan juga disebabkan masalah IT iaitu laptop yang rosak, tiada post yang menarik.

Tapi saya kata kurang memancing, bukan tak mancing langsungggg. Geng gorila telah meneroka sebuah kolam baru di Semenyih dan kami memberikan markah tinggi kepada kolam ini kerana keadaan ikannya yang terjaga dan sentiasa lapar hehehe.


Kolam Sri Haniko terletak berdekatan dengan kolam Fish Valley. Dari pekan Semenyih, pusing kiri di traffic light ke arah Sungai Tekala dan carilah signboard Fish Valley. Lepas jambatan, cuba cari signboard kat atas tu ye.


Kolam ini dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja. Spesis ikan yang terdapat memang sodap iaitu Tonsan Sisik Kasar, Telapia Merah, Pacu standard dan Haruan!!! Saya berjaya menaikkan haruan dengan cast pertama saya pagi tu. Haruan pun belasah dedak!!?? Bukan sahaja sekali kawan, tapi berkali-kali haruan dinaikkan menggunakan dedak.

My first Haruan. Speymaster would be proud

Harga kolam agak standard dan prasarana agak sederhana tapi cukup bersih dan selesa untuk si pemancing kolam. Best best, patut turun......tapi janganlah ramai-ramai sangat, nanti habis ikan heheheeh
Toboy pun sudah skor ikan kat kolam ni


Enjoy the pics!!!


...disempurnakan seadanya, Alhamdulillah
SALAM!!! Jumpa di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads