Jumaat, 7 Oktober 2011

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Promosi AIM18 <b>Di Shah Alam</b> Esok

Posted: 06 Oct 2011 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR – Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang merupakan anugerah berprestij dalam industri muzik tanah air semakin hangat apabila ia akan menemui para peminat pada persembahan promosinya di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor 3 petang esok.

Menurut sumber daripada pihak penganjur AIM18, ramai artis terutamanya kalangan artis baru akan muncul mengadakan persembahan secara percuma sebelum anugerah itu berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini pada 12 November depan.

" Siri persembahan Jelajah Promosi AIM18 yang dibawakan oleh Celcom itu akan singgah ke Plaza Alam Sentral hujung minggu ini iaitu pada 8 dan 9 Oktober ini.

"Saksikanlah barisan artis popular seperti Jac Victor, Ning, Shila Amzah, Mirwana, Project Pistol, Nowseeheart, Nora dan VOU, Kyoto Protocol serta Nazrey pada hari tersebut jelajah promosi ini," kata sumber tersebut.

AIM18 yang dicetuskan oleh Celcom dengan Astro Ria sebagai penyiar TV rasmi serta ERA sebagai radio rasmi di mana ia merupakan pertandingan yang diadili 100 peratus oleh barisan juri profesional. – mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads