12 di subang jaya - Google Blog Search |
Macam Ni Lah: Pasangan kekasih 'terbang' akibat letupan <b>di</b> <b>...</b> Posted: 29 Sep 2011 01:16 AM PDT Oleh FIRDAUS HASSAN SUBANG JAYA - Seorang pemuda yang berada di bangunan Empire Shopping Gallery di sini semalam memberitahu, dia dan kekasihnya melayang beberapa meter selepas terdengar bunyi letupan kuat dari dalam bangunan tersebut. Serentak itu, Daryl Chua Chin Hong, 27, berkata, dia turut nampak banyak benda berterbangan, cermin kedai pecah dan beberapa sudut bangunan itu terbakar. Ceritanya, keadaan ketika kejadian pada pukul 3.40 pagi amat menakutkan kerana hampir separuh blok A bangunan yang sebelum ini gah musnah dalam sekelip mata. "Ketika itu, saya dan teman wanita saya mahu membayar kupon letak kereta di hadapan bangunan itu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan. "Impak letupan tersebut menyebabkan kami berdua melayang ke belakang sebelum terjatuh," cerita Daryl yang memberitahu kejadian itu merupakan pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam. Selain dia dan kekasihnya, katanya, suasana di luar bangunan agak sunyi kerana kebanyakan kedai di bangunan sudah tutup. Empire Shopping Gallery mempunyai empat blok iaitu blok A, B, C dan blok D. Sebelum itu, Daryl berkata, dia dan teman wanitanya, Hibbie Tan Wern Fang, 24, baru keluar dari sebuah restoran di aras LG di blok A bangunan tersebut. "Kami yang menaiki kereta masing-masing kemudian berdiri di hadapan mesin untuk membayar kupon tempat letak kenderaan," katanya. Namun, belum sempat pasangan itu membuat bayaran, bangunan tersebut bergegar ekoran satu letupan kuat sehingga menyebabkan mereka tercampak. |
You are subscribed to email updates from di subang jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan