12 di jeram - Google Blog Search |
RM9 juta untuk letupkan batu besar <b>di Jeram</b> Pelagus : my Sarawak <b>...</b> Posted: 04 Apr 2012 12:02 PM PDT KUCHING: Sebanyak RM9 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja meletupkan batu besar di sepanjang laluan Jeram Pelagus, Batang Rajang di Kapit yang dijangka akan bermula dalam masa terdekat. Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, dengan meletupkan batu-batu besar yang dianggarkan mengambil masa sembilan bulan itu, ia diharap mampu mengurangkan insiden kemalangan di jeram terbabit. "Kerja meletupkan batu-batu di jeram itu akan di- mulakan bila-bila masa dari sekarang, ia telah melalui penilaian alam sekitar dan kami telah diberi lampu hijau untuk meneruskannya oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) pada tahun lalu. "Kami menerima peruntukan RM9 juta dan jumlah itu diluluskan kabinet tetapi kami merasakan ia mungkin tidak mencukupi… jadi kena tunggu dan lihat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Jemaah Ahli Lembaga Sungai Sarawak (LSS) 2012 yang dihadiri Pengerusi LSS Datuk Roland Sagah dan Ahli LSS Snowdan Lawan di sini, semalam. Menurut Manyin, bagai-manapun pada masa kerja letupan yang membabitkan tujuh batu besar sepanjang jeram itu, sungai berkenaan tidak akan ditutup tetapi ia dilakukan semasa tidak ada trafik. Beliau berkata, meman-dangkan ia kali pertama untuk kerja meletupkan batu di sungai maka ia akan meng- gunakan kepakaran asing de-ngan membawa masuk syarikat dari luar untuk mengendalikannya. Katanya, upacara 'Miring' yang telah disempurnakan Menteri Kemajuan Tanah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh Tan Sri James Masing baru-baru ini bukan sahaja untuk mene-nangkan roh tetapi memaklumkan kepada penduduk yang tinggal berdekatan. "Kami percaya ramai nyawa yang hilang kerana jeram ini dan kami berharap selepas le-tupan dilakukan ia memudah-kan lagi penduduk setempat melalui sungai dan idea daripada LSS ini juga mendapat sokongan penduduk tempatan," ujar Manyin. Antara agensi yang terlibat dalam kerja meletupkan batu berkenaan termasuk Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan NREB. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LSS William Jinep berkata, dengan me- letupkan batu besar di se- panjang jeram Pelagus itu ia mampu memberi manfaat kepada kira-kira 20 rumah panjang yang terletak selepas lokasi jeram sehingga ke Belaga. "Kawasan yang terjejas akibat aktiviti ini hanya melibatkan satu kilometer sahaja," katanya. Batu-batu besar di sepanjang laluan Jeram Pelagus di-letupkan untuk memudahkan perjalanan penduduk khas-nya pada musim kemarau dan hanya melibatkan tujuh batu besar yang terdapat di sepanjang jeram ini, iaitu Batu Lapuh, Batu Nabau, Batu Kawi, Batu Sukat, Batu Tilan, Batu Naga dan Batu Pantu. Batu-batu tersebut perlu di-musnahkan kerana setiap kali musim kemarau dan sungai berada dalam keadaan cetek, bot ekspres tidak dapat me-lalui jeram berkenaan. Category: Berita Tempatan, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di jeram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan