12 di sijangkang - Google Blog Search |
Kes Duit Tabung & Tanah Wakaf Lesap <b>Di Sijangkang</b>! YB Yunus <b>...</b> Posted: 03 Apr 2012 11:51 PM PDT Semalam Keris ada up kan isu bekas nazir masjid kampung Sijangkang dan UMNO Kuala Langat dituduh gelapkan duit tabung masjid serta hasil tanah wakaf seluas 35 ekar [Klik Sini]. Betul ke? Kalaulah betul, yang mendatangkan kemuyskilan Keris kenapa perkara ni tidak diambil tindakan oleh pihak pengurusan baru masjid? Perkara yang sama menjadi pertanyaan rakan blogger Keris, Double Y [Klik Sini] dan [Sini]. Ini bukan perkara main-main. Ini soal DOSA & PAHALA lebih dari segala-galanya. Lebih dari hukuman di dunia. Ini amanah masjid dan perkara wakaf. Haji Yasin b. Bakar ini mesti diambil tindakan. UMNO Kuala Langat juga mesti dipertanggungjawabkan sebab pemimpin macam inilah yang merosakkan nama baik UMNO. Tapi kalau tak betul, kenapa perkara begini menjadi buah mulut orang kampung meniti dari satu bibir ke satu bibir? Kalau tak betul, bagaimana seorang PEMUDA PAS CAWANGAN SIJANGKANG PEKAN seperti Abdul Ghani Abdul Manap ini boleh dengan suka-sukinya menuduh seperti yang dilemparkan dalam facebook beliau seperti gambar di bawah ini? Dan ini bukan perkara yang baru. Bukti tuduhan kepada UMNO & Bekas Nazir Keris dimaklumkan bertahun-tahun perkara ini meniti dari mulut ke mulut orang kampung Sijangkang dan Kuala Langat. Dalam laman sosial seperti facebook juga seringkali dimainkan isu ini sebagai hujah kononnya bekas nazir dan UMNO Kuala Langat begitu busuk sekali. Tahniah lah YB Dr Yunus ADUN kawasan Sijangkang sebab dilantik sebagai exco yang baru menggantikan Dr Hassan Ali. Apakah seorang tua ini yang dituduh dan difitnah? Apa kes ni YB? Ini dalam kawasan YB. Perkara macam ini kena report pada pihak berkewajiban seperti PDRM dan SPRM. Baru YB dilihat telus menjalankan tugas menjaga maslahat rakyat Sijangkang. Takkan YB tidak mahu menjalankan kewajiban amal ma'aruf nahi mungkar dalam kawasan YB? Psstt Psst. Sebelum ini bermacam-macam hal Keris dengar tentang isu melibatkan masjid kampung Sijangkang ini. Tapi Keris akan simpan dahulu hingga persoalan duit tabung masjid dan tanah wakaf ini diselesaikan oleh YB Yunus. Ingat YB, rakyat memandang apa YB buat dan cakap seperti juga cakap-cakap YB yang tidak mahu dicalonkan semula bertanding dalam PRU13 nanti. K7L : YB Yunus Haidri dengan Dr Hassan Ali ada apa-apa ke? |
You are subscribed to email updates from di sijangkang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan