12 di kajang - Google Blog Search |
Dr Shafie Abu Bakar: Demonstrasi Silat Gayung Malaysia <b>Di Kajang</b> <b>...</b> Posted: 27 Mar 2012 05:21 PM PDT Kajang Utama, 01 Jamadil Awal 1433 = 24 Mac 2012 (Sabtu): Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) bagi Silat Gayung telah bertapak sudah agak lama iaitu sejak 2004 bertempat di sebuah premis kedai bersebelahan dengan Sekolah Kafa Integrasi al-Hidayah di sini. Menurut Cikgu Idris Shafie Pengerusi Silat Gayung di sini PLKU di sini adalah di bawah Pertubuhan Silat Gayung Malaysia. Silat Gayung yang didukung oleh PLKU di sini pada asalnya diasaskan oleh Dato` Mior Abdul Rahman pada tahun 1938 di Singapura. Beliau adalah Bekas Anggota Polis. Ianya merupakan Silat Tempur bagi mempertahan diri dalam menentang musuh. Pada malam ini diadakan Program Himpunan Waja Diri (PHWD) sebagai demonstrasi kejayaan latihan yang telah disampaikan selama ini. Adun Bangi sebagai Pengerusi Perbadanan Permuziuman, Adat Melayu dan Warisan (PADAT) diberi penghormatan merasmikan program yang diadakan sejak pagi tadi dan akan merasmikan penutup oleh Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Exco Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu pada petang esok (Wakil beliau). Hadir pada majlis malam ini antaranya Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Utama, Ustazah Tumijah Ketua Guru Sekolah Kafa Integrasi Al-Hidayah, Cikgu Akhtar Pengarah Program, Leftenan Kernal Jaafar Abdul Ghafar, Cikgu Ahmad Harun,, Cikgu Ruslan, Ustaz Ruslan dan tamu-tamu jemputan.
Seni Silat Gempur 200 orang Kesatria Wanita 20 ,, Gayung Petani 20 ,, Tempur Betawi 10 ,, Majlis perasmian berlangsung di padang berhampiran Sekolah dengan pasukan-pasukan pesilat berpakaian seragam hitam segak di dalam barisan. Sejak dari ketibaan Adun disambut dengan iringin gendang silat yang menaikkan semangat. Kemudian keizinan dipohon dari Adun bagi memulakan acara dengan berpancak silat. Cikgu Idris memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan memaklumkan tentang PLKU dan tujuan diadakan Program Himpunan Waja Diri. Menurutnya sejak 8 tahun PLKN dapat bertapak di institusi-institusi pengajian tinggi dan Silat anjuran PLKN diterima sebagai ko-kurikulum pelajar-pelajar. Adun Bangi berterima kasih di atas jemputan dan berpendapat keperluan pertahan diri satu kemestian. Silat adalah merupakan kaedah teratur bagi mempertahankan diri. Pada peringkat masyarakat dan bangsa pertahanan adalah kewajipan, sebab itu kita memerlukan, askar, tentera, polis dan berbagai lagi bagi pertahanan dan keamanan. Jika pertahanan memerlukan peperangan, maka kita perlu berperang sebagaimana di dalam Islam banyak berlaku peperangan bagi mempertahan dan menegakkan Islam contoh Perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya. Jadi mempertahankan diri adalah tugas suci. Selain daripada itu silat adalah latihan dan amalan untuk kesihatan dan melatih diri dengan disiplin dan aturan. Silat juga pada peringkat yang lebih tinggi ialah membina `Seni Mempertahankan Diri` yang mempunyai elemem estetik dan menarik. Sebagai Pengerusi PADAT Adun berminat untuk mempastikan tentang seni silat asal Selangor. Bagi mencari akar seni pertahan diri tempatan dan negeri, barangkali kalau perlu kita boleh mengadakan Konvensyen Seni Pertahan Diri dan meneliti akar dan tradisi yang boleh membina imej dan identiti Seni Pertahan Diri masyarakat dan negeri. Selepas perasmian diadakan demonstrasi silat dari berbagai pasukan dan berbagai jenis silat yang dipersembahkan secara solo dan berpasukan. Persembahan diiringi dengan gendang silat (gendang, gong dan serunai). Persembahan berterusan sehingga jam 11.30 malam. Sekian. |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan