Selasa, 24 April 2012

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Ipoh bakal miliki terminal bas serba moden <b>di Meru</b> Raya – Perak <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 09:39 PM PDT

Terminal Bas Bersepadu  yang dibina di bandar Meru Raya dijangka  beroperasi sepenuhnya pada Jun depan.

Menurut Exco Pengangkutan Awam, Datuk Dr Mah Hang Soon, lebih 90 peratus kerja pembinaan terminal bas tersebut sudah siap, lebih cepat dari jadual yang ditetapkan sebelum ini.

"Kawasan terminal bas ini begitu luas dan ia boleh menampung antara 8,000 hingga 10,000 orang pengguna," katanya.

Beliau berkata, lokasi terminal bas serba moden itu begitu strategik kerana ia dibina berhampiran pasaraya Mydin, sekolah antarabangsa, agensi kerajaan serta kawasan perumahan baru.

"Terminal bas ini bakal menjanjikan keselesaan kepada para pengguna dengan kemudahan yang disediakan," katanya selepas meninjau kerja pembinaan di terminal bas tersebut.

Dr Mah berkata, pengguna juga tidak perlu risau mengenai masalah tempat parking kerana lebih 500 petak meletak kenderaan disediakan.

Mengulas mengenai stesen bas antara bandar di Medan Kidd, beliau berkata pihak kerajaan negeri akan menaik-taraf stesen tersebut.

"Stesen bas Medan Medan Kidd akan terus beroperasi untuk perkhidmatan bas antara bandar dan kerajaan negeri akan membina semula bangunan baru yang lebih selesa ," jelasnya.

Ditanya pemberita mengenai terminal bas di Medan Gopeng, beliau berkata, cadangan telah dikeluarkan untuk mewujudkan satu terminal bas sahaja.

" Cadangan sudah diberi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan ia masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads