Selasa, 10 April 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Polis rampas pistol, peluru <b>di Semenyih</b> | Info Gallery

Posted: 15 Mar 2012 02:00 AM PDT



KAJANG: Polis merampas sepucuk pistol jenis Taurus buatan Brazil dan menahan seorang penasihat perniagaan berusia 30-an di rumahnya di Bandar Sunway Semenyih dekat sini Khamis lalu.

Turut dirampas ialah lima butir peluru 9mm dan sebutir peluru senapang automatik M16.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab, berkata rampasan dilakukan hasil maklumat orang ramai.
Turut ditahan ialah abang tiri kepada suspek yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

"Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan abang tiri suspek berumur lingkungan 50-an yang bekerja sebagai penternak ayam pada keesokan hari di Beranang, Negeri Sembilan.

"Suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah dan kes curi manakala suspek kedua tiada rekod jenayah.

"Kita percaya pistol ini dibeli dari negara jiran dan diseludup masuk ke negara ini. Ia mungkin mahu digunakan untuk melakukan jenayah dan motif sebenar masih disiasat," katanya kepada pemberita di sini.
Ab Rashid berkata, kedua-dua suspek direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, beliau berkata polis merampas Ketamin seberat kira-kira 33 gram dan 210 biji Eramin 5 yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM4,000, dengan tertangkapnya dua beradik di rumah mereka di Sungai Chua Selasa lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati dadah tersebut adalah untuk pasaran di kawasan sekitar dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya.

kredit : Bharian.com.my

Info Gallery - Takut mendengar terlalu banyak jenayah berlaku akhir-akhir ini

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads