Selasa, 8 Mei 2012

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Penipuan Dalam Konsert Pop Yeh Yeh PAS <b>Di Paya Jaras</b>

Posted: 07 May 2012 05:15 PM PDT

PAS Selangor cuba keluar dari kotak kebiasaan dengan penganjuran Konsert Pop Yeh Yeh di Paya Jaras.

Dalam banner promo konsert berkenaan telah mempamerkan Jeffrydin sebagai salah seorang penyanyi yang bakal tampil membuat persembahan.

Perkara ini telah dinafikan oleh penghibur veteran berkenaan, melalui kenyataannya di Sinar Harian.


Namun begitu, pihak penganjur telah melakukan penipuan dengan menampilkan klon Jeffrydin di konsert berkenaan.

Kelab Rukun Negara SAM <b>Paya Jaras</b>: Hari Guru Peringkat <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 04:02 AM PDT

Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Jubli Perak dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clliford,Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan.Sambutan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran,Tan Sri Hj.Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak,Datuk Seri DiRaja Dr.Zambry Abdul Kadir dan para-para pimpinan negeri.

Berikut adalah tema Hari Guru sebelum ini:

1972-Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973-Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974-Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975-Guru dan Pembangunan Negara
1976-Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977-Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978-Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979-Murid Sejahtera Negara Jaya
1980-Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981-Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982-Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1983-Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984-Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985-Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986-Pendidikan Teras Nasionalisme
1987-Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988-Guru Pengasas Budaya Membaca
1989-Guru Pembina Budaya Ilmu
1990-Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991-Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992-Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993-Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994-Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995-Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996-Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997-Guru Bestari Sekolah Bestari
1998-Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999-Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000-Bersatu Memartabatkan Profesion Perguruan
2001-Memartabatkan Profesion Perguruan Tanggungjawab Bersama
2002-Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003-Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004-Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005-Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006-Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007-Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008-Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009-Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru-Guru di Malaysia Terutama Guru-Guru dan Para Astai'zah SAM Paya Jaras.

Ikhlas Daripada:
Pengerusi Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads