12 di port klang - Google Blog Search |
KESIANNNNN...ISU MOGOK PEMANDU KONTENA <b>DI PORT KLANG</b> Posted: 04 May 2012 11:26 PM PDT SISTEM PENGANGKUTAN KONTENA LUMPUH DI P.KLANGSejak dari hari semalam sehingga kini, tiada pergerakan lori haulier,dan kontena di Pelabuhan Klang. Syarikat yang mempunyai kontena import dan eksport tergendala dek kerana mogok yang dilancarkan semalam oleh pemandu semua syarikat haulier yang berjumlah lebih kurang 50 buah. Sila lihat senarai di bawah yang dikeluarkan oleh LPKP.Difahamkan mogok ini menuntut pengendali depot kontena kosong supaya memikirkan hak dan kebajikan pemandu pemandu lori haulier yang cari makan dengan mengejar trip penghantaran kontena .Bayangkan berapa trip sahaja mereka akan dapat sekiranya depot yang mengendalikan simpanan kontena servis mereka kurang efisien serta lambat,untuk mendapatkan kontena. Pemandu terpaksa menunggu dalam jangka masa yang sangat lama kira-kira 2jam atau hampir ke 3jam.Macam mana mereka dapat mengejar trip sekiranya masa yang lama terpaksa diambil untuk mengambil sesebuah kontena di depot. Sekarang pihak depot atau yard pula dikatakan menaikkan charge kepada RM 18 ke 20 ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pemandu sedangkan gaji basic pemandu hanyalah RM300 sebulan atau RM30 sehari. Apakah ini adil? Walau pun Perdana Menteri telah mengumumkan kadar gaji minima RM900 mereka terbeban pula dengan charge pihak depot sebanyak rm 18 hingga 20 ringgit bagi sebuah kontena..Jika dalam sehari mereka dapat menarik tiga kontena, ini bermakna mereka terpaksa membayar RM58 sehari sebagai modal untuk mendapat gaji RM300sebulan. Jika pihak kerajaan lambat menangani isu ini pelabuhan pula yang akan menanggung lambakan kontena di depoh dalam pelabuhan sehingga kapal kapal tidak dapat menurunkan kargo kargo mereka. Pssttt...isu pemandu mogok ni isu terpencil..mana mungkin UTUSEX MELOYA nak cover..kalau cite lucah tu sahih masuk muka depan lagi..full page punya.. |
You are subscribed to email updates from di port klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan