Gelombang
MERAH mula merebak di Negeri Selangor?biar betul?ye..itulah kenyataannya..selepas beberapa negeri siri jelajah membawa
SANGSAKA BANGSA kini ianya tiba di Negeri Selangor,terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Langat,ahamdulillah,segala perjalanan berjalan dengan baik sekali.Dari Sepang,ianya terus menuju ke Kuala Langat dan dari Kuala Langat menuju ke Parlimen Klang.Larian ini membuka tirai sambutan besar-besaran sempena ulangtahun UMNO yang ke 66 tahun pada 11 Mei 2012 ini nanti yang akan berakhirndi Stadium Bukit Jalil.Untuknpengetahuan larian,ini telah dilangsungkan serentak di empat zon,iaitu di Utara, Selatan,Pantai Timur dan Sabah.
Di Kuala Langat,larian SANGSAKA BANGSA telah diketuai oleh Ybhg Dato Ketua Bahagian serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat serta barisan jawatankuasanya sebelum diserahkan kepada para ahli cawangan-cawangan yang sedia menanti di check-point yang telah ditetapkan.
Larian yang julungkali diadakan bagi menyemarakkan SEMANGAT PERJUANGAN UMNO telah mendapat sambutan yang hangat serta menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya ahli-ahli UMNO dan generasi muda..
KP serta team PUcTD merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh peserta larian serta dikesempatan ini,Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke 66 tahun kepada seluruh ahli UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan