Rabu, 20 Jun 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


PASANGAN KHALWAT TAK PUAS HATI DITANGKAP <b>DI AMPANG</b>!!!

Posted: 20 Jun 2012 02:52 AM PDT


Ampang - Tindakan seorang suami membawa pulang teman wanitanya ke rumah ketika isteri dan anaknya pulang ke kampung membawa padah apabila dia dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Dalam operasi yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada jam 2 pagi itu, lelaki itu yang juga kakitangan kerajaan ditahan bersama pasangannya yang bukan beragama Islam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan.

"Lelaki itu memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita yang berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di belakang pintu bilik," katanya.

Menurutnya, difahamkan lelaki itu tidak tinggal sebumbung dengan isterinya sejak dua tahun lalu kerana isterinya bekerja di Kedah.

"Lelaki tersebut mengenali teman wanitanya yang berusia 34 tahun itu sejak setahun lalu," katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan, manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.

Dalam serbuan berasingan, seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi tempatan tidak berpuas hati malah mempertikaikan serbuan Jais dan pegawai Masjid Al Azim di kediamannya di Pandan Perdana.

Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun itu berang dan mempersoalkan berhubung akta ketika disoal siasat oleh penguat kuasa.

"Pasangan berkenaan berpakaian lengkap ketika ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan," katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

"tukanglawan": Live Ceramah Pakatan <b>Di Ampang</b>

Posted: 12 Jun 2012 06:48 AM PDT

Mari menonton ceramah Pakatan Rakyat dibawakan Khas dari Ampang,

12hb Jun - Ceramah Perdana : Merdeka Rakyat Ampang
Masa Siaran: 9mlm - 12 tgh malam
Lokasi: Padang Taman Seraya, Ampang,Selangor

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Nuramira Razali&#39;s Story: setelah dua bulan <b>di ampang</b>*

Posted: 11 Jun 2012 12:26 AM PDT

assalammualaikum!!

yuhuuu!! derr!! i'm back!! ;) hahaah.,,
setapak aku melangkah ke uitm,seolah-olah pintu gerbang uitm yang tersergam indah itu melambai-lambai dan tersenyum menyambut kedatangan aku..
tatkala masuk ke kawasan kampus,aku dijentik perasaan,HOBIN JANG HOBIN!!..
bersemangat derr!!
insyaallah aku akan buat yang terbaik lagi! :)
doakan ye!

macam biasa la,sampai je di kolej kediaman,masing2 tak sabar2 nak jumpa member!
even aku! ;p haha..
tengah aku sibuk mengemas dan menggeledah beg barang2 yang aku bawak,tibe2 ade orang bagi salam dari luar bilik aku..
u know man??? ;)
kak ain datang derr!! hahaa..
bagai nak pecah rumah aku ni bila kita orang jmpe!!
masing2 menjerit!! macam 2 tahun tak jumpa!! haha.padahal 2 bulan je~~
saling berpelukan~~ ooo..sooo sweett..:P ahahha..*sengal!
then dia teman aku kemas barang2 yang masih bersepah~

overall,alhamdulillah..semua nya berjalan dengan lancar~..
aku seronok duduk di sini,even tak sama rumah lagi dengan housemates aku sem lepas..
no worries~ ;)
even tak 1 rumah,but kita orang masih 1 blok!! rumah kita orang pon tak la jauh mane,~ dokek jo!! :p ahah.
so,tak ada alasan la untuk kita orang tak visit antara 1 same lain~ ..;)
huhu..

dari petang,sampai la malam semalam,kita orang gath sama2..
woohuu! heaven beb!
terasa macam zaman dulu2..;p haha..

even malam pon,aku masih lepak dekat rumah kak ain~ haha.,
borak bagai mak temah~ ade je cerita nya~
lepak punya lepak,aku tak sedar dah pukul 3 pagi!
lol!!
memang tak la aku nak balik sorang2 rumah aku yang jarak nya hanya 30 meter je~~ gelap bhai!! haha.
and kak ain pon tak nak lepas kan aku balik sorang2~
u know what?? dia offer aku tido dekat rumah dia..
bagai kan orang mengantuk disorongkan bantal,aku pon,..."OK!!".
haha..

papepon,aku seronok dan bersemangat nak teruskan study aku dekat sini..
insyaallah! aku akan beat! buat kali kedua..
tak ada benda yang mustahil bagi aku dalam dunia ni.
ok guys!!,
sampai sini saje je la..
anggap la ni juadah dari blog aku setelah sekian lama aku menyepi~ haha,,
do pray for my success! ;)

thanx u!

my talk:) friend is everything to me..may Allah bless our friendship insyaallah ila jannah..:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads