Khamis, 21 Jun 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Interaksi Muzium & Masyarakat <b>Di Kuala Selangor</b> - Dr Shafie Abu <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 03:48 PM PDT

Kuala Selangor, 26 Rejab 1433 = 16 Jun 2012 (Sabtu):

Ini adalah Program Keenam bagi Interaksi Muzium & Masyarakat, iaitu selepas Kapar, Sepang, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat dan kini di Kuala Selangor bertempat di Tapak Hadapan Asrama, Pusat Seri Tanjung, Kuala Selangor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebelum itu pada malam tadi diadakan Forum Perdana di Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang Panelnya ialah Ustaz Halim Din dan Ustaz Azhar Yaakob yang memperkatakan Isu Semasa Keagamaan.

Program pada dasarnya adalah menurut format yang lepas dengan pembukaan pada sebelah paginya secara alu-aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor dan Ucapan Pembukaan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Hairi Exco Belia, Sukan, Adat Resam Melayu dan Warisan dan lawatan ke Pameran.

Aktiviti-aktiviti yang lain ialah pertandingan, persembahan, bengkel dan explorasi. Aktiviti-aktiviti disertai oleh penduduk setempat di samping dari pihak PADAT. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan sirih junjung,, pertandingan masakan dan kuih tradisi, pertandingan mewarna, pertandingan permainan tradisional (dam aji, congkak, batu seremban, manakala persembahan seperti persembahan Kesenian PADAT, Kesenian Daerah seperti Campuling, Gamelan dan Kompang dan Persembahan Kebudayaan Daerah, manakala bengkel ialah kelingkan. Antara acara yang dapat menarik penyertaan ramai ialah Explorasi Bukit Melawati yang disertai oleh 30 kumpulan. Explorasi bermula dengan pelepasan pada jam 9.30 pagi dan berterusan hingga jam 3.30 petang.

Acara seharian ini berakhir dengan acara penutup. Adun Bangi selaku Pengerusi PADAT datang pada sebelah petang jam 5.00 bagi merasmikan acara penutupan. Adun menyifatkan Interaksi Muzium Dengan Masyarakat sebagai serampang banyak mata. Tujuan yang nyata ialah bagi merapatkan muzium dengan masyarakat melalui program-program yang dianjurkan. Lebih jauh diharap masyarakat dapat memahami tentang warisan dan adat budaya dan menghargai serta mencintainya. Di dalam hal ini Adun Bangi berharap antara `mata serampang` yang lain, interaksi Muzium dan Masyarakat juga dapat mencungkil maklumat dan artifek-artifek tempatan yang boleh diangkat ke atas. Antaranya dengan mengadakan seminar dalam mana seorang tokoh budaya, ilmuan tempatan membentang kertaskerja mengenai bahan-bahan sejarah dan artifek-artifek yang ada di satu-satu kawasan. Contoh intelektual atau tokoh senibina membicarakan tentang rumah lama di Kuala Selangor, begitu juga dengan tokoh-tokoh tempatan yang terkenal dan berjasa. Boleh juga dibicarakan produk budaya dan asal usul sesuatu tempat. Dengan ini Interaksi Muzium dan Masyarakat lebih bersifat ilmu dari hanya bersifat suka-suka.

Walau bagaimana Adun berpendapat baik secara sedar atau tidak sedar dengan interaksi Muzium dengan masyarakat telah dapat melaksanakan satu resolusi Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang baru berlalu, iaitu saranan supaya Muzium Turun Mendatangi Masyarakat, bukan hanya masyarakat mendatangi muzim. Namun pengisian perlu dipertingkatkan lagi.

Selepas upacara Penutup, Adun dipersila menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dan peserta-peserta.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads